Tanggal 28 Februari 2014 …terciptanya
sejarah baru …buat Bumi Kenyalang .. Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri
Sarawak yang ke-5 menggantikan Pehin Sri Taib Mahmud yang bakal dilantik
sebagai Tuan Yang Terutama … Sarawak, Bumi Kenyalang telah menyaksikan anjakan
pembangunan selama 33 tahun di bawah
pentadbiran Pehin Sri Taib Mahmud .. yang memulakan karier politiknya seawal
tahun 1963 pada usia 27 tahun apabila dilantik sebagai Menteri Perhubungan dan Kerja Raya dalam Kabinet
Negeri Sarawak. Aku pasti ramai yang menangisi dan kecewa dengan perletakkan
jawatan nya ..namun itula hakikat yang harus diterima oleh penyokong setianya …kerana
sudah tiba masanya beliau berundur dari politik dan memasuki fasa baru dalam
hidupnya sebagai Tuan Yang Terutama.. atau gelaran lama ..Gabenor Sarawak. Aku
juga pasti ramai musuh nya gumbira dan bertepuk dengan pengunduran nya dari
pentas politik … kerana orang yang mereka paling geruni sudah tiada suara lagi
dalam Dewan Undangan Negeri … dan perlantikkan Pehin Sri Taib sebagai Gabenor
Sarawak menyebabkan musuh-musuhnya terkedu lagi …
Selamat Bersara Pehin Sri Taib …dan
Selamat Bertugas Tan Sri Adenan .. dua jagoan arena politik negeri yang
sama-sama disegani kawan dan digeruni oleh lawan… Sepanjang 33 tahun Pehin Sri
Taib mentadbir negeri terbesar di Malaysia … 33 tahun yang dipenuhi dengan onak
ranjau berduri..membangunkan negeri … melepasi badai politik …yang tiada henti
berkonflik … mencari arus kejayaan dan mencipta kegemilangan ..bumi Kenyalang
yang terbilang … setelah 33 tahun Pehin Sri Taib akhirnya berundur jua…memberi
peluang generasi seterusnya untuk melakarkan kejayaan yang lebih cemerlang
..buat bumi Kenyalang. Apa pun orang mengata tentang Pehin Sri Taib…harus kita
akui beliau telah meninggalkan banyak jasa… Jasa yang akan dikenang sepanjang
zaman oleh generasi yang mendatang … Apa pun yang orang caci..harus kita akui
.. beliau telah bina satu landasan kejayaan untuk di nikmati oleh generasi
seterusnya … apa pun yang orang benci …Pehin Sri Taib telah mengharmonikan
negeri dengan politik yang lebih bertoleransi… bukan politik yang mengungkit
hal-hal peribadi … tiada istilah kawan
sejati dalam politik..tetapi beliau telah beri bukti bahawa kesetiaan itu
satu anugerah yang perlu dihayati dalam diri setiap individu yang ingin menjadi
ahli politik … dan setianya Tan Sri
Adenan kepada Pehin Sri dan parti yang dijunjung..bukti nyata yang kini pasti…
perlu direnung …
Tahniah Tan Sri Adenan Satem ..
Ketua Menteri ke-5 Bumi Kenyalang ..bergema suara ‘ooohaaaa’ dan the most
handsome politician in Sarawak … pengganti yang berwibawa..penuh pengalaman
dan juga banyak jenaka nya. Berusia 70 tahun dan merupakan seorang lawyer dan
bekas wartawan ..kewibawaan Tan Sri Adenan bakal diuji dengan pilihanraya kecil
negeri DUN N51 Balingian … dan pilihan raya negeri yang dikatakan pasti lebih
hebat..lebih panas dari sebelumnya dengan keghairahan juak pakatan untuk
menawan kawasan luar bandar yang menjadi tunjang barisan kerajaan… perlantikkan
Pehin Sri Taib sebagai Tuan Yang Terutama dipersoalkan oleh juak-juak yang rasa
kecewa ..kecewa kerana gagal untuk mencari kesalahan nya..kecewa kerana gagal
mencari kelemahanya.. kecewa kerana gagal mencemarkan reputasinya..
Pada pandangan aku .. selepas ini
pasti ada ceritera …pasti ada gurindam.. pantun seloka ..ada jua puisi yang
diisi penuh dengan jasa..kecemerlangan..sumbangan Pehin Sri Taib yang
menjangkau tiga abad …untuk direnung..ditenung dan dianalisa … bagi yang
mengenalinya ..pasti berduka kerana pengalaman bekerja bersama nya adalah
sesuatu yang berharga .. apa pun gelaran yang diberi kepada nya.. Tok Uban atau Pei Mao telah mencipta sesuatu yang amat berharga … iaitu amalan
politik yang bertoleransi…hingga mampu menyatu padukan rakyat berbilang bangsa
.. seperti kata Tan Sri Adenan .. I am a
Chief Minister for all .. I’m not a Chief Minister for the Malays only … amalan
politik yang tidak mengungkit hal-hal peribadi … amalan politik yang berfokus
kepada pembangunan bukan menghina sesama rakan politik dengan taktik pendedahan
dan provokasi … dan pesanan Pehin Sri
sebelum melepaskan jawatan nya.. please
protect Sarawak from politics of racism amat jelas membuktikan beliau
mementingkan perpaduan…jika pun berlainan fahaman politik dengan pihak lain…
walau pun ianya dilihat amat kecil ..tetapi pada pandangan aku ..itulah paling
berharga kerana Bumi Kenyalang … perlu terus harmoni..terus sejahtera…terus
bersatu padu…dan saling memahami tanpa perlu menggunakan agama dan kaum sebagai
galang ganti kelangsungan parti politik mereka …
Tahniah YAB Ketua Menteri Tan Sri
Adenan Satem.. semoga terus memacu kejayaan Bumi Kenyalang. Nya aja jako aku ..
No comments:
Post a Comment