Gendang tari sudah di palu..gerak
rentak sudah direncana…hanya menunggu penari dan pelakonnya … puak pakatan
sudah ada pelakon nya..Bang Nuar yang tak sabar-sabar mengulangi skrip lama …dan
BN pula..mencari pelakon veteran yang dikatakan ‘agak cantik’ oleh Muhyiddin…untuk
dipasangkan dengan pelakon hebat sepanjang zaman seperti Bang Nuar. Sudahkah BN
menyedia skrip dan lakon layar untuk di papar dan di pamerkan kepada khalayak
? Siapa Chew Mei Fun yang dikatakan
mempunyai gelaran Datin Paduka .. yang akan menentang pelakon hebat yang
bergelar Dato’ Seri … jika di Google kan.. Datin Paduka Chew Mei Fun bukan
orang baru dalam politik .. pernah menjawat jawatan Ketua Wanita MCA ..dan
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat…tetapi terpaksa
meletak jawatan nya atas prinsip tidak mahu mempunyai seorang ketua atau
pemimpin yang mempunyai isu moral seperti Chua Soi Lek …. Chew Mei Fun pernah
menjadi wakil rakyat Petaling Jaya sebelum ditewaskan oleh Tony Puaka dalam
tahun 2008. Hebat juga wanita ini yang sanggup melepaskan semua jawatan nya
kerana prinsip ‘Tidak Mahu Seorang Ketua
Yang Tidak Bermoral’.. justeru amat jelas apakah senjata utama yang akan
digunakan oleh Chew Mei Fun untuk menentang Bang Nuar …dan memenangi hati
pengundi Kajang.
Kali ini apakah helah BN ? Adakah
BN akan mengikut gerak tari pakatan atau menyediakan koreografi sendiri
berdasarkan pakar-pakar strategi dari gabungan nya…menentang pakar strategi
hebat pakatan seperti Rafizi … yang sememangnya hebat memutar belit pelbagai
isu … malah tidak gentar dengan apa jua saman kerana beliau mempunyai banyak
orang dalaman yang sanggup memperjudikan nasib mereka dengan mengorek segala
rahsia BN..untuk didedahkan kepada rakyat..dan mengalih pandangan serta
perhatian rakyat kepada isu sebenar dalam pilihan raya kelak. Bang Nuar yang
sememangnya hebat dari segi penghafalan skrip yang diulanginya sejak dulu lagi
..pasti semakin hebat dengan adanya sokongan anak didik kesayanganya..Azmin Ali
yang tidak putus-putus mempunyai idea hebat dalam memerangi apa jua strategi
BN. Penceritaan N25 Kajang menjadi lebih menarik dengan adanya Pak Kaduk..yang
gemar madah berhelah …menyatakan akan memerangi Bang Nuar….dan menyokong MB
Selangor tetapi sebenarnya hanya bertujuan untuk memecah belah undi…supaya Bang
Nuar boleh menang…..pastinya Tan Sri Khalid..sudah masak dan berpengalaman
untuk menilai siapa Zaid Ibrahim … kerana ketiga-tiganya mempunyai ‘ayah’ yang
sama .
Strategi pakatan mudah …kemukakan
isu..dan pastinya puak-puak BN akan bertempiaran mencari pemadam api untuk
memadamkan isu tersebut … hingga mereka tidak mampu merekacipta isu untuk di
perjelaskan oleh puak pakatan. .. BN juga mudah nak ikut rentak gaya puak
pakatan…kalau pakatan janji nak bagi 10 juta untuk bantu kaum Cina… BN akan ‘up’ kan tawaran..macam main poker la pulak … .. seolah-olah
pakar-pakar strategi BN tidak mempuyai idea yang kreatif..sustainable…walaupun banyak pakar-pakar di bawa masuk duduk dalam
Jabatan Perdana Menteri … gaji tinggi-tinggi pulak tu….. bukan nak mengutuk
atau mengatakan BN tidak berupaya..tetapi itulah kenyataan yang aku nampak dalam
banyak pilihan raya kecil sebelum ini seperti di P201 Sibu …dan juga di Kedah….
nampak sambutan yang begitu hebat setiap kali ada majlis anjuran BN…malah
keluar pelbagai kenyataan yang mengatakan puka-puak pakatan keluar parti
..tetapi akhirnya BN tumbang juga dengan permainan tipu daya pembangkang yang
sebenarnya licik menggunakan kelemahan BN sendiri… aku juga tak kata pengundi
Cina menipu..aku cuma kata BN tertipu oleh keseronokan
sendiri..melihat sambutan yang ramai ….. dan pastinya setiap menteri cabinet akan
mengadakan aktiviti dan menunjukkan kepada PM komitmen mereka membantu
BN..tetapi bak kata bidalan Jawa … ‘too
many cook spoils the brooth’ terlalu banyak event..majlis keramaian..hinggakan
orang ramai tak tahu nak pegi mana..maklumlah makan free…kadang-kadang transport pun free… ada cabutan bertuah… ada bantuan bermacam-macam …sapa yang
tak nak datang!!. Itulah peluang semua orang tak kira mereka sokong parti mana
..kerana sokongan adalah rahsia!!. Disitu juga nanti kita akan nampak semua
Menteri kabinet Malaysia ada…malah ADUN-ADUN dari negeri-negeri yang tak
berkenaan pun datang…turut meramaikan suasana… hingga membuat bandar yang sudah
sediaada kucar kacir semakin sesak…
Pada pandangan dan pendapat aku…
seeloknya BN merancang dengan teliti dan teratur…kerana BN adalah sebuah
gabungan yang sudah berpengalaman..mempunyai banyak sumber… tak perlu lah
menurun semua jenteranya ke Kajang …tak perlulah semua menteri nak buat majlis
dan keramaian.. jika berada di kawasan India..hantarlah seorang pemimpin India
yang dihormati mereka..yang ada kepentingan kepada mereka seperti
Kamalanathan..Timbalan Menteri Pelajaran …. Kalau di kawasan Melayu..hantar lah
orang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ..dan kalau kawasan
Cina..hantarlah Liow Tiong Lai … PM dan TPM buat dua event seorang cukup laa…
yang lain tu buatla sesi perjumpaan bersemuka…diketuai oleh YB Menteri ..tak
perlu meriah….tak perlu pom pom pun… amalkan konsep gagasan 1Malaysia … dan tak
perlu berkempen hingga larut malam kerana orang pun nak tido awal..nak cari
rezeki mereka …. gunalah kaedah… visit
and wipe dikawasan yang pernah di
lawati puak pakatan… ulangi jika perlu… ini pandangan aku sebagai rakyat biasa…
Samada lakonan Bang Nuar menjadi
atau tidak di Kajang…yang pastinya beliau pernah duduk di Kajang … menikmati
keindahan dalam penjara..satu ketika dulu..dan pastinya skrip melodramatiknya
akan terus diputarkan ..dan jika hasrat MCA untuk mengkebumikan lakon layar Bang Nuar di Kajang..MCA perlu akur dan
mendengar pandangan-pandangan rakan-rakan dalam BN ..kerana a team effort will be more efficient…towards
a common goal. Mampukah 'kecantikkan' Mei Fun menawan hati pengundi Kajang..dan mencairkan Bang Nuar ...
Good Luck to both contestants..
No comments:
Post a Comment