Pernah seorang kawan rapat berkata
... pandai tak boleh diajar, bodoh tak boleh ditegur.. aku pun tak tau apa
maksud sebenar tapi apa yang aku paham ialah seseorang yang merasakan diri nya pandai dan enggan untuk mendengar
nasihat orang lain..hatta apa lagi nak
belajar pengetahuan baru dari orang. Dalam masyarakat kita di Malaysia ,
ramai dikalangan kita mempunyai sikap sedemikian..terutamanya dikalangan sektor
awam...dan amat berkaitan dengan kedudukan dan pangkat dalam organisasi ..
berdasarkan pemahaman aku .. bodoh bermaksud tidak cepat berfikir
atau lambat (lembab) dari segi pemikiran atau kurang keupayaan untuk memahami sesuatu
manakala sombong pula pada
pemahaman aku ialah seseorang yang merasakan dirinya mempuyai keupayaan
melebihi orang lain atau seseorang yan memandang rendah pada keupayaan atau
kebolehan orang lain..maka jika dicantumkan...maksudnya ialah seseorang yang lembab yang cuba berlagak
pandai ..
Apabila kita berhadapan dengan
orang yang bodoh sombong kita akan
menghadapi suatu keadaan yang amat sukar untuk mendapatkan persetujuan atau
memberi kefahaman. Pastinya pandangan kita juga akan diremehkan oleh orang yang
bersikap bodoh sombong kerana sukar
baginya untuk menerima pandangan orang orang lain selain dirinya.. apatah lagi
untuk menegur perilaku orang yang bersikap bodoh
sombong. Hebatnya orang bodoh sombong
ini ialah mereka mempunyai pendidikan yang tinggi tetapi mempunyai otak yang
kecil...mungkin mengecut semasa belajar keterlaluan..memaksa otak untuk
menerima segala maklumat.. antara kebodohan ketara yang terdapat pada orang
yang bodoh sombong ialah sering
mengakui banyak membaca buku ..tetapi kurang memahami apa yang sudah
dibacanya...dan sukar untuk menghayati isi kandungan buku yang dikatakan sudah
dibacanya.. bila ada orang mengatakan sudah membaca sesebuah buku..dia pun
mengaku juga dia telah membaca buku tersebut..dan bila ditanya apa kandungan
dan faedah daripada buku itu..emmm…gerenti tak tahu ...
Orang Bodoh Sombong nie bila kita
ajak untuk berbincang mengenai sesuatu perkara biasanya akan menjawab… ‘aahhh..perkara biasa senang bah..kacang
saja itu!’… ayat-ayat lazim yang akan terkeluar ditambah dengan mimic muka
yang kesombongan … dan setelah itu pula akan merungut dengan pihak atasan dan
menuduh orang lain tidak memberi kerjasama bila didapati telah melakukan banyak
kesalahan dalam melaksanakan tugas. Inilah yang kadangkala berlaku dalam sector
awam apabila banyak yang berlagak dan menjadi bodoh sombong. Individu bodoh
sombong juga apabila bergaul dengan rakan-rakan akan sentiasa ingin
memperlihatkan kehebatan dirinya samada melalui percakapan atau melalui
perlakuan. Sekiranya dalam kumpulan yang bercerita tentang sesuatu
pencapaian..atau bercerita mengenai hobi.. individu bodoh sombong tidak mahu kalah dengan orang lain..atau dia pasti
ada hobi atau pencapaian yang lebih hebat daripada orang lain.. contohnya jika
ada dikalangan rakan yang pergi memancing ikan di laut ..mendapat ikan seberat
10kg..pasti si bodoh sombong akan mengatakan
dia lagi terrer…iaitu mendapat ikan seberat 30kg!!... begitulah hebatnya
dirinya …
Orang bodoh sombong nie sebenarnya kuat membodek atau kuat mengampu ketua
atau pihak atasan.. dan sangat suka bermuka-muka dihadapan teman-teman
sepejabat.. dihadapan kita dia bercakap lain..dibelakang kita dia kutuk bagai
nak rak ..dan akan menceritakan keburukan kita dihadapan ketua …agar dirinya nampak
seperti seorang ‘malaikat’ walhal
dirinya lebih teruk daripada segala jin dan setan …kerana gemar menganiaya
orang lain..mengucar kacirkan suasana pejabat dan melaga-lagakan orang lain
dengan pelbagai cerita yang tidak benar.. dan lebih teruk apabila orang bodoh sombong ini memegang tampuk kuasa …dia
akan melihat semua orang yang disekelilingnya sebagai satu ancaman kepada
kedudukan yang disandangnya..dan memastikan orang-orang yang dianggap ancaman
itu dipindah …ke tempat lain.. dia sering berburuk sangka dengan sesiapa sahaja
yang memberi pandangan atau pendapat yang berbeza daripada pendapat dirinya
atau tidak bersetuju dengan tindakan nya … orang bodoh sombong akan memastikan orang-orang disekelilingnya
orang-orang yang sentiasa bersetuju dengan segala pandangan nya atau tindakan
nya ..dengan kata lain..YES MAN..
seperti burung belatuk (parrot) yang akan menuruti /meniru apa sahaja yang
diperkatakan oleh tuan nya….
Adakah anda tergolong didalam
golongan itu ?
No comments:
Post a Comment