Hari ini aku menulis tentang satu penyakit berjangkit yang kerap berlaku di
dalam pejabat. Aku juga beberapa kali pernah menulis mengenai penyakit ini
dalam entri bertajuk ‘Politik Dalam
Pejabat’ pada 12 November 2012 dan juga entri bertajuk ‘Kawan Makan Kawan’ pada 25 September 2013 serta entri bertajuk ‘Musang Berbulu Ayam’ pada 4 November
2013 lalu. Naluri ku tergerak untuk menulis lagi mengenai fenomena ini yang
sukar dihapuskan selepas berchatting dengan seorang rakan yang tiba-tiba
menyebut mengenai Opis Politik..walau macam mana sekalipun transformasi yang
dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.. kerana semuanya adalah bergantung
kepada sikap pekerja / penjawat awam.. Jabatan Perkhidmatan Awam perlu mencari
kaedah untuk melakukan transformasi SIKAP penjawat awam bermula di peringkat paling atas sekali..yakni
pengurusan tertinggi ...hinggalah ke akar umbinya..iaitu pekerja rendah awam..
kerana penyakit berjangkit inilah yang menjadikan sebahagian perkhidmatan awam seolah-olah hidup segan mati
tak mahu..dan hasilnya perkhidmatan yang lembap..lemah dan tidak bersemangat..
Workplace politics or office
politics or organisation politics is the use of power within an organization
for the pursuit of agendas and self-interest without regard to their effect on
the organization's efforts to achieve its goals, menurut definisi Wikipedia. Jika diterjemahkan
maksudnya ialah politik pejabat atau politik tempat kerja ialah penggunaan
kuasa didalam organisasi untuk mencapai agenda tertentu atau kepentingan diri
tanpa memikirkan kesan atau impak ke atas usaha organisasi. Politik tempat
kerja atau mudah di sebut Office Politics
berbeza dengan gossip di tempat kerja atau office gossip namun kedua-duanya berkaitan. Office gossip selalunya bersifat rahsia terbuka..open secrets manakala Office politics bersifat manipulatif
bagi mencapai satu-satu matlamat oleh
individu atau kumpulan yang berkuasa dan kedua-duanya boleh menjejaskan
hubungan kerjasama antara pekerja dan menerbitkan suasana kerja yang tidak
tenteram. Seseorang yang gemar mengamalkan opis politik selalunya akan bersekongkol atau bersekutu dengan rakan-rakan
sekerja mereka walaupun dia mempunyai agenda peribadi atau kepentingan diri bagi
mengukuhkan kedudukan dirinya dalam organisasi tanpa disyaki oleh rakan-rakan sekerja.
Dalam konteks opis politik,
ianya juga mampu membunuh kerjaya seseorang kerana kadangkala penindasan
dilakukan oleh seseorang yang manipulatif melalui kuasa tertentu bagi memberi
tekanan kerja hingga individu yang diberi tekanan tadi berputus asa dan
akhirnya melepaskan jawatan nya. Perkara sebegini kerap berlaku di sektor
swasta dimana kedudukan (position)
dan hirarki kuasa amat penting bagi memperolehi imbuhan yang lebih besar
walaupun secara teorinya bukan imbuhan yang menjadi idaman tetapi memperolehi
kuasa adalah agenda utama. Dalam sektor awam pula individu yang menginginkan
pangkat dan kuasa biasanya mendekatkan (align)
diri mereka dengan orang-orang yang berkuasa dan berusaha untuk mendapatkan
kepercayaan mereka sehingga mereka mampu menggunakan kuasa orang itu untuk
memberi tekanan atau penindasan ke atas individu yang mereka ingin singkirkan.
Pun begitu ada juga yang mempengaruhi orang berkuasa untuk membuat rekomendasi
agar mereka dinaikkan pangkat walaupun dari segi kelayakan dan merit dirinya
tidak layak berbanding rakan-rakan lain yang mempunyai prestasi kerja yang
lebih berkualiti.
Antara teknik-teknik opis politik yang paling mudah kita
nampak di organisasi awam ataupun swasta ialah teknik pertama..iaitu
teknik paling popular..dan mudah.. mengipas
atau membodek , teknik membodek boss
boleh dilakukan dalam berbagai cara...iaitu pertama,
sentiasa bersetuju (tidak membantah) dengan apa jua cadangan yang dikemukakan
oleh boss walaupun cadangan itu memberi impak negatif kepada organisasi.. kedua sentiasa mendampingi boss..walau
kemana sahaja ... malah sanggup menyediakan apa sahaja walaupun ianya bukan
skop kerja dirinya. Ketiga,Orang kaki bodek..kaki kipas ini akan mempertahankan apa sahaja yang dilakukan oleh boss..walau
pun dia sendiri tahu apa yang dilakukan itu salah dari segi etika dan
kadangkala melanggar peraturan pejabat. Keempat,
sanggup berbelanja..iaitu membelanja boss makan.... asshole kissers ..
Teknik kedua
ialah menabur fitnah atau menyebarkan khabar angin terhadap
individu yang dianggap mengancam kedudukan dirinya dalam pejabat. Antara fitnah
atau khabar angin paling popular dalam pejabat ialah tidak amanah atau makan duit
atau lebih mudah bahasa nya..rasuah..selain
fitnah mengenai skandal dalam pejabat..Biasanya
ini dilakukan agar boss atau pengurusan tertinggi hilang kepercayaan kepada
individu terbabit, terutamanya dalam soal mengurus kewangan atau perolehan selain
tentang moral dan integriti. Apabila individu tersebut digugurkan dari
kedudukan nya atau dipindahkan ke tempat lain..orang yang menabur fitnah akan
mendapat kedudukan tersebut dan mudah bagi dirinya untuk memperolehi apa yang
dihajatinya sebelum ini.
Teknik ketiga
ialah ‘getting credit for other peoples
efforts..yakni mengakui kerja orang lain sebagai kerja dirinya atau bahasa
kiasan nya lembu punya susu..sapi punya nama.Teknik ini mudah dilakukan jika
seseorang itu bersifat manipulatif dan mempunyai kedudukan tertentu dalam
organisasi ...antara nya mengarahkan orang bawahan untuk melakukan kerja-kerja
yang sepatutnya dilakukan sendiri oleh dirinya......ini adalah antara politik dalam
pejabat yang banyak memberi tekanan kepada pekerja bahawan..usaha bertungkus
lumus mereka kadangkala tidak dihargai oleh pihak atasan...walaupun kebanyakkan
kerja-kerja yang dilakukan mencapai matlamat dan objektif organisasi...yang
mendapat nama boss / penyelia mereka...yang langsung tidak menyebut nama mereka
apabila memberi penghargaan... sebab itu lah kadangkala konsep kerja berpasukan
gagal apabila ada jenis manusia bermain politik dipejabat untuk menaikkan nama
diri nya..dan kepentingan dirinya sahaja..sepatutnya kita mengamalkan giving credit where credit is due.. iaitu sentiasa menghargai usaha orang lain walaupun usahanya sekecil zarah sekalipun..
Teknik keempat
ialah seseorang yang manipulatif menggunakan politik pejabat biasanya sedaya
upaya akan cuba to put down hasil
kerja orang lain atau dengan kata lain cuba meremehkan kerja yang dilakukan
oleh orang lain..terutamanya dalam mesyuarat pengurusan. Dia akan cuba menonjolkan
bahawa apa yang dilakukan nya lebih baik dan seandainya dia diberi peluang untuk menguruskan projek
tersebut ..beliau pasti lebih berjaya menghasilkan yang terbaik untuk
organisasi.. antara tanda-tanda nya ialah dengan mengemukakan pelbagai soalan
yang langsung tidak berkaitan ..untuk memberi tekanan selain cuba
memperlihatkan kebodohan orang lain... perhatikan bagaimana reaksinya apabila
ada yang memuji hasil kerja orang lain...pasti akan nampak reaksinya yang amat
negatif dengan komen-komen yang negatif dan provokatif...dan ianya menjad lebih teruk jika komen dan pandangan negatif ini disokong oleh pengerusi atau pengurusan tertinggi!!..
Teknik Kelima ialah Khianat...biasanya
individu yang bermain opis politik
ini gemar menyerang peribadi orang lain..memperkatakan tentang keburukan orang
lain..tetapi hanya berani bercakap dibelakang individu yang dikatakan nya..jika
di hadapan individu itu..beliau berlagak mesra dan bersikap begitu baik sekali...
Teknik khianat ini selalu dilakukan
oleh kawan yang akrab (atau nampak macam akrab) kerana hanya dirinya sahaja
yang tahu kelemahan serta keburukan kawan nya. Hanya mereka berdua yang
berkongsi segalanya. Mereka selalunya mendapat kepercayaan rakan-rakan sekerja
untuk menyuarakan pandangan serta pendapat mengenai pengurusan tertinggi
organisasi... dan mereka inilah yang akan mengkhianati
rakan sekerja nya dengan mengapi-apikan atau menghasut pengurusan tertinggi
dengan memperkatakan keburukan mengenai pegawai-pegawai dalam pengurusan
tertinggi...walaupun apa yang diperkatakan oleh rakan-rakan sekerjanya tidaklah
seburuk yang dinyatakan nya...
Teknik Keenam ialah Tai-Chi atau mengelak kerja-kerja yang diberikan kepadanya dengan alasan dia mempunyai kerja yang lebih penting dan selalunya akan mencadangkan nama musuhnya..untuk melakukan kerja-kerja tersebut walaupun dia tahu individu tersebut sedang melakukan empat atau lebih tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh seminggu. Pelbagai alasan akan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk mengelak dirinya melakukan kerja-kerja tersebut, terutamanya jika ianya melibatkan hujung minggu atau melebihi waktu kerja..dan dia tidak mendapat apa-apa imbuhan. Jika kerja-kerja itu mampu memberi imbuhan seperti kedudukan atau kewangan, dialah orang pertama yang akan mengambil tugas tersebut ..
Menurut Wikipedia, matlamat opis politik ini bukan semata-mata untuk mendapatkan kenaikan gaji atau
pangkat. Biasanya matlamat utama ialah untuk mencapai kuasa yang lebih selain
berusaha untuk memalukan atau menjatuhkan pihak lawan nya kerana orang yang
ingin dimalukan atau dijatuhkan maruah serta kedudukanya mungkin merupakan ancaman
terbesar bagi dirinya. Orang itu juga mungkin mempunyai maklumat mengenai
kelemahannya atau tahu latar belakangnya. Adakalanya politik dalam pejabat
berlaku disebabkan persepsi seseorang yang takut dengan bayang-bayang nya
sendiri.... takut dia akan menjadi mangsa politik pejabat kerana dia sendiri
mengamalkanya..dan dia menganggap semua orang adalah seperti dirinya.. Persepsi
bahawa kedudukan dia terancam kerana ada orang lain yang dilihatnya lebih baik
dari dirinya dan dia perlu melakukan sesuatu ..supaya kedudukan nya tetap
kukuh.
Apa pun isu utama opis politik ialah individu-individu
yang memanipulasikan hubungan kerja akan mengambil masa dan sumber demi
kepentingan diri mereka dengan mengorbankan pejabat atau organisasi. Apabila
berlaku banyaknya opis politik,
ianya akan menggangu pengaliran maklumat, maklumat dimanipulasi, diputar
belitkan dan di salah tafsirkan bagi mencapai kepentingan jangka pendek
seseorang. Inilah bahaya nya opis politik kepada organisasi kerana ianya akan melibatkan pembentukan
strategi,halatuju organisasi, pengurusan bajet dan juga pengurusan sumber.
Apabila politik pejabat terlalu kuat..maka hubungan kerjasama dalam pejabat
akan menjadi rengang, kemesraan menjadi tegang..suasana kerja menjadi tidak
tenteram..dan semua ini akan memberi tekanan kerja yang tidak baik kepada
pekerja dan juga organisasi.
Maka sebaiknya, jangan mainkan politik pejabat atau office politics...jika
nak naik pangkat..gunakanlah kebijaksanaan sendiri..tak perlu pijak orang
lain..burukkan orang lain..andai nak bodek boss..bodeklah , kipaslah
sekuat mana pun asalkan tidak menganggu orang lain .. ingatlah hukum alam..natures law iaitu life is a circle..what goes around comes around yang bermaksud apabila kita melakukan kejahatan
ke atas orang lain, satu hari nanti kejahatan itu akan datang balik kepada kita....jika
ianya tidak berlaku ke atas diri kita..ianya mungkin berlaku ke atas anak dan cucu
kita...
Saya ada membuat analisis guna AI. Sila rujuk: http://halazlanismunmerekaitu.blogspot.com/search/label/Ancaman%20produktiviti
ReplyDelete