Wednesday, March 26, 2014

Pegawai Besar VS Pegawai Kecil

Jika sebelum ini aku menulis tentang perbandingan antara Pegawai Tinggi dan Pegawai Rendah kali ini aku nak menulis pula mengenai Pegawai Besar dan Pegawai Kecil tapi bukan berkaitan dengan perbezaan perks and benefit …tetapi mengenai sikap dan perangai. Apa yang aku tulis ini pun merupakan observation dan juga pandangan beberapa rakan yang pernah mengalami nya. Perkara seumpama ini bukan sahaja berlaku dalam organisasi sektor awam tetapi juga di sektor swasta. Ada sebahagian daripada penjawat awam dan pekerja swasta merasakan diri mereka mempunyai autoriti yang begitu besar sehingga mereka tidak mampu memandang atau bergaul dengan orang bawahan. Ada penjawat awam yang berpangkat besar tidak mahu bergaul atau makan minum bersama orang bawahan kerana ingin menjaga status dan prestij mereka. Malah ada yang merasakan orang bawahan adalah low class (pinjam kata P.Ramlee) kerana mereka pegawai besar dan tidak layak bersembang, makan minum dengan kerani, drebar dan sebagainya. Golongan pegawai besar seperti ini boleh kita lihat sentiasa berpakaian kemas dan bertali leher …sepanjang masa…even waktu nak sembahyang pun pakai tali leher..mungkin takut Tuhan tak tahu dia pegawai besar!. Satu lagi sikap pegawai besar ini ialah dia suka nak komen tentang pakaian orang lain…seolah-olah apa yang dipakai oleh orang lain itu tidak mempunyai standard atau tidak bermutu pada mata dia.. malah penggunaan kenderaan pun menjadi satu isu kepada pegawai besar kerana bagi dirinya pangkat besarnya harus setaraf dengan apa yang dia pakai… kadang-kadang pegawai besar ini baru gred 41 jer..tetapi lagak lebih beb!!...kalau di swasta mungkin hanya bertaraf penyelia kanan jer..tetapi berlebih-lebih malah berlagak macam Pengurus pulak..he he

Satu lagi perangai atau sikap pegawai besar nie..atau pegawai berlagak besar ini ialah suka bercakap besar .. serba serbi dia tahu ..suka meremeh usaha orang lain .. dalam satu organisasi atau syarikat..dialah paling hebat, paling pandai dan paling tahu segalanya..mengalahkan ketua pejabat atau pengurus syarikat. Mudah jer nak tahu pegawai besar atau berlagak besar nie..perhatikan cara dia bercakap dengan staf-staf lain yang lebih rendah pangkat daripadanya ..atau semasa dia bersembang di cafĂ©.. kalau dalam mesyuarat pendapat dia sahaja yang betul..pendapat orang lain semua salah … tetapi bila di suruh buat kerja …hmmm habuk pun tarak..hampeeh!! ..silap-silap tugasan atau kerja yang dipertanggungjawabkan kepada nya mungkin di sub-contract kepada pegawai bawahan atau kawan lain…atau lebih parah dia menggunakan konsetan (consultant) supaya kerja dia nampak hebat dan bagus!.Apa yang pegawai besar atau pegawai berlagak besar boleh buat ialah bercakap besar … dan kebanyakkan masa pegawai besar buat ialah bercakap, bercakap dan bercakap … komen dan mengkritik …

Antara sikap pegawai besar atau orang berlagak pegawai besar ialah apabila ditegur atau diberi salam..malah kalau kita senyum dengan dia pun..dia tidak akan respond..sebaliknya dia akan memerhatikan kita dari atas hingga bawah..seolah-olah kita sudah membuat satu dosa besar kepada dirinya. Dia seolah-olah membuat analisa ke atas diri kita … terutamanya semasa berada di dalam lif!. Cukup sukar untuk melihat pegawai besar ini senyum apatah lagi nak memberi senyum dengan orang lain …begitu sukar satu senyuman mereka… Entah kenapa pegawai besar ini sukar sangat nak senyum…mungkin dalam pandangan mereka apabila mereka senyum..hilanglah status mereka sebagai pegawai besar…jika mereka senyum…mereka takut orang akan lebih mesra dan cuba ambik kesempatan ke atas pangkat besar yang mereka sandang..atau jika mereka senyum..orang akan hilang takut dan hilang hormat kepada mereka!. Pada padangan aku..aku lebih menghormati orang yang memberi  respon ..apabila diberi salam..atau diberi senyuman..kerana untuk mendapat hormat orang lain, kita perlu menghormati orang lain terlebih dahulu. Perasaan takut kepada pegawai besar bukan tanda hormat … pegawai besar atau pegawai berlagak besar ini terlupa bahawa pangkat yang besar yang mereka sandang pada ketika ini hanyalah sementara sahaja…cukup tempoh umor 60 tahun..pastinya mereka akan bersara juga ..dan pada ketika itulah … orang akan mula lupa dan tidak memperdulikan mereka lagi… jika mereka dulunya bersikap baik..mudah senyum..mudah bergaul dengan orang tanpa mengira pangkat, darjat …mereka akan tetap dihormati dan disanjung tinggi..tetapi jika berlagak..sombong dan ego…dan tidak menghormati orang lain..sewaktu berkuasa.. walau mereka terjatuh di tepi parit pun..orang tak akan peduli …atau ingin mengambil tahu..

Pegawai besar atau orang berlagak menjadi pegawai besar ini juga lupa..satu hari nanti mereka juga akan mati ..akan ke alam barzagh …dan ketika itu juga hanya kain putih yang menyelimuti badan…bukan pakaian berjenama yang dibanggakan. Pangkat mereka juga tidak akan dibawa bersama…malah yang mengangkat jenazah juga bukan pegawai-pegawai besar seperti dirinya …tetapi orang-orang kampong atau orang-orang se taman perumahan yang lebih rendah tarafnya …dan kenderaan yang membawa mereka juga hanya sebuah van jenazah…bukan Mercedes, BMW, Audi, Volkswagen, Toyota atau Kia ….(para ini aku pinjam sedutan dari seorang Ustaz) … maka tinggalkan kesombongan, lepaskan keegoan dan hilangkan kebongkakan ..sewaktu kita berkuasa..sewaktu kita berpangkat besar..sewaktu kita seorang pegawai … lihatlah orang-orang sekeliling kita..orang bawahan kita … hidupkanlah nilai-nilai kemanusiaan…nilai-nilai simpati dan empati ..kerana kita tidak pasti..kita tidak tahu…ianya akan berlaku kepada keturunan kita..anak-anak dan cucu-cucu kita …


Hidup ini satu putaran.. seperti kata P.Ramlee dalam cerita Tiga Abdul .. ‘Tak apalah Sidek Sigaraga..hari ini hari engkau ..esok hari aku pula’

No comments:

Post a Comment