Penyakit DENGGI semakin serius di
negara kita dengan kes mencatatkan kes kematian yang lebih tinggi tahun ini
berbanding tahun lepas. Menurut pihak Kementerian Kesihatan terdapat
peningkatan sebanyak 269 peratus atau 6894 kes berbanding 2559 kes pada tempoh
masa yang sama tahun lalu. Menurut Wikipedia, Demam DENGGI merupakan sejenis
penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara
penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus
denggi kepada orang yang sihat. Terdapat dua jenis DENGGI yang paling berat
iaitu Demam Hemoragik DENGGI(DHF) dan Sindrom Kejutan DENGGI (DSS). Dalam pada
itu, DENGGI dan DENGGI berdarah merupakan penyakit febril akut (acute febrile), dijumpai di kawasan
tropika, dengan taburan geografi serupa dengan malaria. Disebabkan oleh satu
daripada empat virus serotype yang berkait rapat dari genus Flavivirus, famili
Flaviviridae, setiap serotype cukup berbeza menjadikan tiadanya perlindungan
bertindan (cross-protection) dan wabak
denggi yang disebabkan oleh pelbagai serotype (hyperendemicity) boleh berlaku. Denggi disebarkan kepada manusia
oleh nyamuk Aedes aegypti (hanya kadang-kala oleh Aedes albopictus) …
Penyakit DENGKI pula menurut pandangan
seorang rakan, DENGKI ialah membenci nikmat Tuhan yang dianugerahkan kepada
orang lain dengan keinginan agar nikmat orang lain itu terhapus.DENGKI
merupakan akhlak yang buruk dan merupakan penyakit jiwa yang sangat
membahayakan kesihatan manusia. DENGKI boleh dikaitkan dengan kesihatan kerana
DENGKI adalah sumber kepada penyakit jiwa dan mental. Orang yang sentiasa hidup
berDENGKI sebenarnya hidup dengan penuh penderitaan batin sepanjang hayatnya.
Berbeza dengan penyakit DENGGI, penyakit DENGKI disebabkan beberapa faktor. Pertama
ialah virus yang dinamakan CEMBURU iaitu cemburu kepada nikmat atau kurnia yang diperolehi oleh orang
lain lebih besar atau lebih baik daripada dirinya. Hatinya akan merasa sakit
hingga menimbulkan benci yang sungguh mendalam dan seperti penyakit DENGGI
berdarah, boleh membunuhkan karier orang yang dibencinya dengan pelbagai
cara..selain boleh meyebabkan kesihatan dirinya terganggu.. Kedua
ialah virus KETAKSUBAN diri atau terlalu memikirkan dirinya hebat hingga
tiada orang lain boleh mengatasi kehebatanya. Orang yang dijangkiti virus KETAKSUBAN
DIRI ini amat takut jika rakan sejawatnya mendapat pujian daripada
orang lain atau pun ketuanya…dan dia akan meracau..meroyan jika didapati rakan
sejawatnya dinaikkan pangkat melebihi dirinya…. virus ini juga boleh menyebabkan
kesihatan dirinya terganggu..terutama mental nya…dan jika tidak diubati ..boleh
menyebabkan orang yang dijangkiti virus ini Gila..Sewel
.. Panas
Baran…dan paling ditakuti dia akan menjadi Psycho!.
Ketiga penyakit DENGKI
juga disebabkan oleh virus KESOMBONGAN diri. Virus KESEOMBONGAN
diri ini bleh menyebabkan seseorang individu sukar bergaul dengan orang lain
dan lebih suka memberi arahan atau bahasa kasarnya memerintah orang
lain..menghambakan orang lain …dan virus ini juga boleh menyebabkan seseorang
itu menjadi BODOH SOMBONG dan sukar mendengar pendapat serta pandangan
orang lain. Apabila virus KESOMBONGAN diri berada dalam
seseorang indvidu, dia akan merasakan orang lain mempunyai mertabat lebih
rendah dari nya..ataupun mempunyai nilai-nilai diri yang tidak setaraf dengan
nya… dan ada orang yang melebihi dirinya..dia akan menjadi gusar..gundah gulana
..dan tidak tenteram hidupnya … virus ini juga sangat merbahaya kepada
kesihatan orang yang dijangkiti kerana boleh menyebabkan orang itu sentiasa sakit
hati...tidak mudah senyum…dan paling parah boleh menyebabkan dirinya darah
tinggi!..sebab terlalu memikirkan bagaimana nak mengatasi kelebihan
orang lain!!..jika tak pun dia akan menghidapi asma!! Keempat, virus KEDEKUT atau BAKHIL juga merupakan salah satu
daripada penyebab penyakit DENGKI, iaitu dengan kata lain..jika dia tidak
mendapat kenaikan pangkat..orang lain pun tak boleh mendapat kenaikan
pangkat..falsafah dirinya ialah rela berputih tulang daripada berputih mata…andai
ada peluang-peluang kenaikan pangkat dan sebagainya..dia akan memastikan
dirinya adalah orang pertama mendapat nya..jika tidak..dia juga akan memastikan
tiada seorang pun yang akan memperolehi peluang tersebut…dia tidak akan merelakan
kenikmatan itu dipunyai oleh orang lain, kecuali hanya untuk dirinya …virus ini
juga amat bahaya..kerana boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit
jantung!! ..sebab terlalu berusaha untuk menjatuhkan orang lain!
Kelima penyakit DENGKI
juga boleh berlaku akibat virus TAKUT pada bayang-bayang sendiri
..atau TAKUT PERSAINGAN! Kerunsingan dan kemurungan merupakan
penyakit yang akan berlaku kepada sesiapa yang dijangkiti virus ini..kerana dia
khuatir orang lain akan mengatasi dirinya atau orang lain akan melakukan apa
yang akan dia lakukan kepda orang lain! Sesiapa yang dijangkiti virus ini
mempunyai peluang besar untuk menghuni wad pesakit mental atau wad sakit
jiwa!..dia akan berusaha memburukkan nama baik orang lain yang menjadi
persaingan nya..atau pun dia akan berusaha menutupi segala kebaikan dan
kelebihan orang itu daripada diketahui oleh pihak atasan..dan penyakit ini
berlaku di semua peringkat dalam organisasi …dan sangat bahaya kepada
organisasi kerana ia boleh menyebabkan ketidakstabilan serta suasana kerja yang
tidak harmoni dan tidak kondusif!. Andainya ia berlaku di sektor swasta ia
boleh menyebabkan kerugian kepada syarikat!. Jika dia berada pada kedudukan
yang tinggi dalam organisasi..dia akan berusaha memastikan saingan nya tidak
mampu bangkit atau tidak dinaikkan pangkat!!. ..dan Keenam..penyakit DENGKI
boleh disebabkan oleh virus PERMUSUHAN lampau..dan ini boleh
disifatkan setaraf dengan penyakit DENGGI Berdarah kerana ianya mampu
menyebabkan karier seseorang itu musnah atau tidak berkembang sama sekali.
Dendam dan kebencian melampau adalah simtom penyakit DENGKI yang amat parah ….dan
seseorang yang dijangkiti virus ini cenderung menabur fitnah yang melampau
terhadap orang yang dibenci nya!!.Mudah untuk melihat simtom orang yang
berpenyakit DENGKI, iaitu a) sukar untuk melihat orang lain berjaya,
maju, berhasil atau bahagia; b) cenderung untuk mencari kesalahan
orang lain atau menyusahkan orang lain; c) gembira melihat orang lain dalam
kesusahan atau bersukaria di atas penderitaan orang lain ; d) tidak pernah bersyukur
/ kurang bersyukur dengan nikmat yang ada ; dan e) begitu cenderung atau
mudah memburuk atau mengaibkan orang lain…
Secara konklusifnya..penyakit DENGGI boleh menyebabkan maut kepada
manusia yang tidak menjaga kebersihan persekitaran kehidupan nya..manakala
penyakit DENGKI juga boleh
menyebabkan kerosakan kepada manusia jika dia tidak menjaga kebersihan hati dan
jiwa nya.
No comments:
Post a Comment