Sistem
kasta dalam masyarakat sememangnya sudah lama wujud ..walau pun system kasta
banyak dikaitkan dengan kaum India maupun agama Hindu. Secara realitinya sistem kasta wujud dalam
semua etnik dalam masyarakat dan juga agama ..walau pun ianya tidak begitu
ketara. Di zaman feudal, Melayu
lama.. sudah wujud golongan Bangsawan yang
terdiri daripada kaum kerabat yang lebih tinggi darjatnya daripada golongan bawahan yang dianggap sebagai hamba
kepada golongan Bangsawan… malahan
golongan Bangsawan menguasai
segalanya dan golongan bawahan hanya
menjadi pemerhati dan pekerja.. dan itulah sistem kasta yang diamal oleh bangsa
Melayu di zaman feudal … dalam etnik lain pun ada sistem pangkat darjat yang
melambangkan kuasa, autoriti serta kasta yang diamalkan bagi membezakan tahap
kedudukan seseorang dalam komuniti mereka …
Pun
begitu, dalam era kemodenan yang dilengkapi dengan pelbagai kecanggihan
teknologi, sistem kasta masih wujud walau pun dalam bentuk lain dengan nama
lain..yakni.. VIP atau VVIP ..yang memberi maksud Very Important People atau Very
Very Important People dan biasanya golongan ini terdiri dari orang-orang
yang berkuasa, berpengaruh dalam politik, berpengaruh dalam bidang perniagaan,
ada nama dalam masyarakat dan golongan yang berkepentingan dalam komuniti.
Golongan-golongan ini sentiasa mendapat keistimewaan dalam apa jua majlis dan
sering menjadi tetatmu-tetamu kehormat untuk majlis-majlis yang grand..event-event yang besar.. dan kadangkala mendapat pelbagai
keistemewaan….. dan inilah sistem kasta yang diamalkan secara halus dalam
masyarakat yang serba moden ini..
Apa
pun jua pandangan kita … akibat pengaruh budaya yang kompleks..maka sistem kasta
ini terpaksa kita terima dengan hati yang terbuka … walau terluka kerana ramai
yang menangguk di air keroh dengan menggunakan tag VIP dan VVIP untuk
mendapat keistimewaan untuk kaum keluarga mereka jua… begitu pun ..apa yang aku
nak perkatakan bukan orang-orang yang sepatutnya diberi penghormatan sebagai VIP dan VVIP ….meskipun tulis panjang berjela … sebenarnya aku nak tulis
mengenai orang-orang yang berperasaan mereka itu VIP atau VVIP … walau pun
mereka langsung tidak layak diberi status sedemikian rupa…!!
Pada
pandangan serta takrifan aku .. VIP
atau VVIP ialah Very Impossible People / Very Very Impossible People terutamanya
orang-orang yang amat menyusahkan dan menyakitkan hati terutama dalam pekerjaan
atau semasa menjalankan tugas. Ada sejenis golongan manusia yang banyak
songgeh..banyak cerewet..dan inilah takrifan VIP/VVIP yang patut diberi kepada mereka.. dan VIP/VVIP ini akan sentiasa menyebabkan kerja-kerja kita
tertunda..tertangguh dan kadangkala gagal… ada satu lagi golongan VIP/VVIP yang
juga sering menyakitkan hati ramai orang..iaitu Very Insensitive Peoples / Very Very Insensitive Peoples seperti
keturunan PERKASA dan ISMA yang tak henti-henti mengeluarkan kenyataan untuk memprovokasi
melalui agama dan juga pandangan ekstrim mereka terhadap kaum lain.. keturunan
ini langsung tiada perasaan hormat kepada agama dan juga kaum lain dengan
mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh merosakkan keharmonian serta
perpaduan antara kaum yang sudah lama terjalin…. Ada satu lagi golongan
VIP/VVIP ini … yang cakap besar…..terutamanya dalam sexual prowress ..kehebatan di dalam bilik tidur !! ..tapi bila
ditanya..berapa orang anak… hmmmm tak ada sorang pun… rupanya ..golongan Very Impotent People!!..bukan la nak
mengata …tapi bila berlagak sangat …aku pakat gelak laaa….!! Ooiiii!!
Tapi..ada
VIP/VVIP yang aku sangat suka..iaitu Very Interesting Peoples ..yang boleh
diajak berdiskus secara terbuka..terbuka minda dan hati.. yang tidak mudah ‘terasa hati’ bila ditegur….yang menegur
kesilapan kita secara jujur..dan ikhlas… bila bercakap pun dengan penuh tertib
dan berbudi bahasa … ringan tulang ..dan mudah nak menghulurkan bantuan …
..begitulah
pandangan aku …
Thanks info
ReplyDelete