Aku selalu dengar orang sebut ‘apa
laa itu orang…cakap tarak serupa bikin..citt!’ Bagaimana sebenarnya Cakap Tak
Serupa Bikin ammaa? Ini perpatah Melayu lama ka atau kata-kata kiasan Melayu
moden ? Cakap Tak Serupa Bikin menurut takrifan umum dan ulasan orang-orang
yang bijak pandai dalam bahasa ..ialah orang yang sering memberi nasihat atau
teguran kepada orang lain tetapi diri sendiri tidak mengamalkan nya.. dalam
bahasa Inggeris pula ianya sama seperti Do Not Walk The Talk atau untuk
lebih kurang sama dengan perpatah Melayu lama..Ibu Ketam Mengajar Anak Berjalan Lurus . Biasanya kita mendengar
nasihat daripada orang-orang yang lebih tua..yang sering mengaku diri mereka
lebih dulu makan garam..sebab itu mereka mengaku diri mereka lebih berpengalaman
dalam hidup ..he he..tapi pandangan aku..mereka terlebih makan garam tu…sebab
tu asyik-asyik beri nasihat tapi sendiri tak buat … contohnya mereka sering
suruh anak-anak jangan kuat bermain ..mesti rajin belajar ..tapi mereka sendiri
duduk melepak berjam-jam di kedai kopi..sembang kosong..kadang-kadang main
dam..sampai tak ingat nak balik rumah..atau cari rezeki ..tapi ..suka sangat
nasihat anak-anak belajar rajin-rajin supaya senang dapat kerja..yang diri
sendiri tak berusaha..camana ?
Contoh lain yang kita boleh
kategorikan dalam senarai Cakap Tak Serupa Bikin ialah
bagaimana seorang ketua pejabat sering menasihatkan orang bawahan nya supaya
sentiasa datang awal ke pejabat dan mematuhi peraturan yang ditetapkan..tetapi
diri sendiri datang lewat…paling awal jam 9.00 pagi ..dan sering memberi
alasan.. jalan jem..banyak urusan..walaupun sudah disediakan pemandu oleh
jabatan atau organisasi!. Boleh pakai ke nasihat ketua jabatan macam tu? Kalau
orang bawahan lewat pasti kena marah dan kena beri amaran..dan silap-silap
boleh kena tindakan tatatertib… tapi kalau diri sendiri..buat muka selamba..dan
dengan egoisnya beri alasan…sibuk ada orang datang jumpa di rumah … he he..ada
perasaan tak you all ? Ini banyak berlaku di dalam organisasi..tak kira
la..sektor awam ke atau sektor swasta… samalah seperti seorang ayah atau ibu
menasihatkan agar anak bersembahyang..tetapi mereka sendiri tidak bersembahyang
pun..dan tidak mendidik anak-anak untuk bersembahyang menyembah Tuhan..boleh pakai ke nasihat macam tu
?
Seorang Pengerusi mesyuarat
mengingat ahli mesyuarat agar menutup atau guna mode senyap pada telefon bimbit
supaya tidak menggangu mesyuarat..tetapi telefon diri sendiri berdering-dering
tak pula di senyapkan…alasanya ..tengah tunggu panggilan yang teramat penting
daripada pengurusan tertinggi di Ibu pejabat …he he he..boleh juga kita
kategorikan sebagai Cakap Tak Serupa Bikin..suruh orang buat ..diri sendiri tak
buat..malah nasihat daripada orang seperti ini tidak berguna ..dan boleh
mengurangan kredibilitinya..samalah seperti seseorang menasihati kita agar
tidak melakukan maksiat atau berskandal sedangkan diri sendiri secara
terang-terangan ..malah dengan bangga dan menunjuk-nunjuk kehebatanya masih
mampu menarik perhatian wanita ..heh heh.. camana nak dengar nasihat orang
camnie ek? Memang sah Cakap Tak Serupa Bikin punya olang!
Ada satu ketika ..aku pernah mendengar seseorang memberi nasihat kepada orang
bawahan nya agar mematuhi arahan dari pihak atasan..dan sering memberikan
dirinya sebagai contoh…tapi bila ada arahan yang melibatkan dirinya…fuiyooo..banyak
alasan dikemukakan..malah mohon bantuan ke sana sini supaya tidak dipindahkan…ini
juga boleh dikatakan sindrom Cakap Tak Serupa Bikin … dan aku
juga pernah nampak seseorang menegur dan memberi nasihat kepada seorang pegawai
bagaimana nak mengurus dan mentadbir sedangkan diri sendiri pun tak pernah
berbuat demikian sepanjang kariernya ..pun aku kategorikan sebagai orang yang Cakap
Tak Serupa Bikin.
Pada pandangan aku..orang yang
tak pernah melakukan sesuatu perkara yang betul tetapi diberikan kepercayaan
untuk memimpin dan mengurus pastinya akan selalu membuat keputusan yang salah
walaupun dari segi kedudukan..dari segi pengalaman kerjanya lebih lama … lama
tak semestinya dia betul dan tahu … antara nasihat yang sering aku dengar ialah
jangan guna kemudahan kerajaan sesuka hati .. tetapi apa yang tengok ialah
banyak kenderaan jabatan berada di masjid pada hari Jumaat dan kebanyakkan
penggunanya tidak layak pun menggunakan kenderaan jabatan..kecuali mereka dalam
perjalanan ..travelling.. setiap pagi
ada yang parking di tepi gerai untuk
sarapan …tengahari di kedai makan untuk makan tengahari…dan malam di restoran
untuk makan malam bersama teman-teman … maka..nasihat mana yang harus orang
bawahan dengar ? Boleh juga dikategori dalam Cakap Tak Serupa Bikin
kan.. ..’Jangan bersikap rasis’ …antara
nasihat yang selalu aku dengar..tapi bila time makan..duduk dengan orang yang
sama kaum ….. tak nak bergaul dengan rakan-rakan keturunan Cina, India atau
yang dianggap bukan Melayu!! Malah dalam kursus..ada yang tak nak sebilik
dengan kaum lain..mesti sama kaum dengan dia!!...jadi..?? Boleh percaya ka atau
hanya Cakap Tak Serupa Bikin?
Banyak sebenarnya contoh-contoh
yang boleh aku tulis tentang Cakap Tak Serupa Bikin terutamanya
yang berkait rapat dalam sektor awam..yang membabitkan nasihat-nasihat orang
atasan kepada orang bawahan …yang kadangkala aku perhatikan hanya satu retorik
sebagai menunjukkan kuasa..kerana ianya hanya terpakai untuk orang bawahan
tetapi tidak kepada pihak pengurusan atasan. Mengambil conth mudah..seorang doktor
menasihatkan seorang pesakit supaya berhenti merokok..tetapi doktor itu sendiri
sebenarnya seorang perokok yang tegar..bagaimanakah kempen Berhenti Merokok akan berjaya jika masih ramai orang yang terlibat
dalam kempen dan dalam bidang kesihatan itu sendiri menunjukkan contoh yang
tidak sepadan dengan kempen
..Cakap Tak Serupa Bikin ..
No comments:
Post a Comment