‘Waras ke?’ kata seorang ahli YB menyapa hadirin dalam satu
majlis..aku tersentap dan dalam hati berkata ‘biar betul YB nie?’ Dalam gelak tawa ramai juga yang menjawab ‘waras’ … dan aku lihat YB tersebut
tersengih dan dengan selamba berkata ‘Alhamdulillah
..syukur ..kerana masih ramai lagi warganegara yang berfikiran waras ..walau
pun semakin ramai dikalangan kita sudah hilang keWARASan nya..sudah lupa untuk
mengucap syukur ..sudah tak ingat nak ucapkan terima kasih ke atas apa yang
kita perolehi dan nikmati’.. begitulah pembuka bicara ..seorang pemimpin di
atas pentas satu majlis ilmu … dan ketika itu aku juga tersenyum simpul baru
mengerti maksud tersirat kepada sapaan awal YB itu tadi … ya aku masih WARAS!!...
Aku masih WARAS untuk mengucap
syukur kepada Allah S.W.T setiap pagi ..ke atas segala nikmat yang diberikan
nya..membolehkan aku masih bernafas .. memberikan aku kekuatan untuk
menggerakkan anggota badan ku ..memberikan aku kesihatan fizikal dan mental …dan
memberikan aku segala kebajikan untuk aku terus hidup menyara isteri serta
anak-anak ku … ya dan aku masih WARAS untuk berterima kasih kepada
negara ku yang aman damai …tidak dilanda bencana besar..tidak di selaputi huru
hara ..tidak dihujani derita seperti yang berlaku di Syria, Palestin, Benua
Afrika … dan sedihnya ada dikalangan manusia negara kita sudah hilang keWARASan
mereka… mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka
sewenang-wenangnya mampu berseloka bersenda gurau dengan kematian orang lain …
mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka bergelak tawa di atas
kesengasaraan orang lain … dan mereka hilang keWARASan mereka apabila
mereka mempolitikkan isu berkaitan kematian ..dan menunding jari kepada orang
lain.. mereka hilang keWARASan mereka apabila mereka langsung tidak sensitif
kepada kesedihan yang ditanggug orang lain … kerana mereka hanya mementingkan ‘political mileage’ … mereka hanya
mementingkan diri mereka …
Mereka hilang keWARASan
apabila mereka masih lagi memikirkan untuk mempertahankan ‘hak eksklusif’
mereka …dan mereka hilang keWARASan apabila tidak membenarkan
orang lain ..selain mereka ..menggunakan bahasa yang mereka gunakan untuk agama
mereka .. dan mereka hilang keWARASan apabila mereka sudah berani
menjatuhkan hokum hakam …walaupun mereka tahu itu bukan hak atau priviledge mereka.. pada aku mereka ini
tidak layak digelar pejuang ..kerana mereka lebih suka menimbulkan kontroversi …mereka
lebih suka melihat rakyat berpecah belah di atas prinsip yang mereka cipta
..bukan yang mereka diberi kuasa.. pada aku mereka inilah pengkhianat kepada
perpecahan bangsa …. Perpatah Jepun mengatakan ‘the reputation of a thousand years maybe determined by the conduct of
one hour’ yang membawa maksud segala usaha murni..usaha perpaduan..usaha
penyatuan berpuluh tahun lalu boleh musnah dengan sekelipn mata’ jika
pemerintah masih membenar atau mentutp sebelah mata kepada golongan yang
ekstrim bersuara dalam negara ini … menjadi jaguh kepada sesuatu yang mampu
memusnahkan bangsa dan negara bukan jaguh namanya … kerana …negara ini bukan
milik satu bangsa ..negara ini bukan milik satu agama …. negara ini milik semua
yang bergelar Warganegara …… apa pun fahaman politik mereka ..apapun agama
kepercayaan mereka …
KeWARASan minda menjulang
pemimpin sebenar ….KeWARASan tindakan membuktikan
pemimpin yang unggul … kerana hanya pemimpin yang bertindak mengikut akal
..yang bertindak tanpa akal ..tanpa berfikir adalah golongan yang mengangkat
diri mereka sebagai pemimpin..yang berperasaan diri mereka adalah pemimpin…yang
menganggap diri mereka adalah pemimpin… dan yang ingin benar menjadi pemimpin
dan ingin dianggap sebagai pemimpin…..
Jadi WARAS ke kita hari ini? …fikir-fikirkan
…
No comments:
Post a Comment