Thursday, April 17, 2014

Celupar

Emmmm…rasanya pasti tertanya-tanya apa cerita Celupar ? Tiba-tiba rasa nak menulis mengenai mulut Celupar ..atau dalam bahasa lain Sedap Cakap Ikut Rasa atau Mulut Jahat… kalau ikut takrifan dari Dewan Bahasa dan Pustaka .. Celupar ialah kelanjuran (mula baca ingat ketelanjangan..he he) … perihal terlanjur, keterlaluan … berkaitan dengan tutur kata atau percakapan… banyak cerita Celupar sebenarnya.. ada yang bagus..ada yang tak bagusnya …sebab itu orang-orang dulu berpesan Terlajak Perahu Boleh Diundur..Terlajak Kata Binasa Padahnya… Keceluparan manusia ini bukan satu penyakit atau sindrom yang berjangkit..tetapi suatu habit atau sikap semulajadi dalam diri seseorang yang sukar dikawalnya ..terutama apabila emosinya terganggu atau perasaan nya disakiti .. pun begitu keceluparan boleh berlaku kerana kurangnya pendidikan dan juga pemahaman ke atas perasaan orang lain atau kurang sensitiviti kepada persekitaran … dan keceluparan berlaku kerana memang perangai semulajadi seseorang individu itu sendiri …

Orang yang suka menabur fitnah.. atau menyebarkan aib orang lain..atau mengatakan orang lain juga boleh dianggap Celupar kerana suka-suka memperkatakan atau menjaga hal orang lain … dan keceluparan jenis ini amat bahaya kepada orang yang menjadi sasaran nya …kerana boleh menjatuhkan maruah atau memalukan orang itu …ianya juga bahaya dari segi fizikal kepada orang yang bermulut Celupar andainya orang yang menjadi sasaran nya mengenalpasti identiti si Celupar. Tahap kebahayaan itu …boleh mendatangkan kecederaan..atau pun paling tidak terpaksa berjawab di dalam kamar mahkamah … dan banyak kali kita lihat..tengok dan dengar bagaimana keceluparan pemimpin politik kedua-dua pihak …berakhir di mahkamah…dan juga artis-artis yang bermulut tempayan yang suka-suka mencari publisiti murahan dengan mengatakan rakan artis lain… dan kalau kita baca beberapa komen dalam laman sosial memang ramai yang agak celupar ..mungkin mereka merasakan orang tidak kenali diri mereka..dan mereka berani berkata apa sahaja ..sebab itulah ramai yang tak guna nama atau gambar sendiri..dan ini memudahkan mereka menjadi key board warrior..hentam sana sini .. bila kedapatan..macam-macam alasan..kena hack..bukan dia buat dan sebagainya..

Orang yang bercakap berterus terang juga dianggap Celupar …kerana cara dia bercakap dengan nada dan suara yang kurang adab ..bukan kerana dia berani bercakap dihadapan orang … Keceluparan jenis ini biasaya mendapat balasan yang segera..seperti penampar …atau tumbukan ..sepakan dan sebagainya … Keceluparan jenis ini biasanya berkaitan dengan sindiran atau perkataan-perkataan sinis yang dikeluarkan oleh seseorang terhadap orang lain..atau komen-komen yang tak berapa nak bagus..lebih banyak menyakitkan hati ..tertutamanya bila ia ditambah dengan mimikan muka atau aksi badan yang cukup memualkan … Keceluparan begini biasanya berlaku dalam perbincangan..atau diskusi …atau pertemuan pihak berkuasa dengan pihak-pihak yang menuntut keadilan…atau dalam majlis-majlis yang bersifat keilmuan … dan kalau kita lihat dalam insiden kehilangan MH370 …keceluparan warga sebuah negara ..yang langsung tidak tahu erti kesyukuran…dengan membuat bantahan dan menuduh negara ini membunuh rakyatnya..walhal mereka yang datang ke negara ini secara sukarela…malah diberi tempat tinggal, disediakan makan minum dan dijaga kebajikan mereka…itulah tanda keceluparan yang paling manusia yang tidak tau erti bersyukur… kalau ikutkan hati kita berhak menghalau mereka keluar kerana membuat demonstrasi di negara kita…


Satu lagi jenis keceluparan..ialah Celupar dari segi sukar nak tutup mulut …sukar nak simpan rahsia..seperti mendedahkan rahsia kerajaan…sedangkan sudah berikrar akan sentiasa menjaga kepentingan organisasi …malah ada peraturan dan undang-undang yang mengikat (bond) mana-mana kakitangan awam dan swasta untuk tidak mendedahkan rahsia organisasi kepada orang lain..tetapi apa yang kita dapati hari ini..seolah-olah sudah tidak ada rahsia lagi …bukan soal tidak ada ketelusan..tetapi ada perkara yang tidak patut didedahkan kepada orang ramai …kerana ianya boleh mengundang pelbagai persepsi..terutamanya persepsi negatif… mungkin juga si pelaku kurang arif tentang peraturan kerana terlalu ghairah nak tunjuk dia proaktif…atau dia memang sengaja …itu dua perkara yang boleh kita fikirkan..namun kesan nya amat tidak membanggakan…


Maka dalam apa jua pun tindakan kita…berhati-hati dalam setiap tindakan agar ..tidak berlaku keceluparan… dari segi tutur kata atau perlakuan serta tindakan kita … meskipun kita terganggu dari segi emosi ..dari segi mental …kerana akibat keceluparan biasa nya tidak mendatangkan kebaikan kepada diri sendiri..

No comments:

Post a Comment