Apa ke jadah Selfie? Selfie tu haiwan ke? Barang jenama baru ka?
Sebenarnya Selfie merupakan bahasa baru dalam kamus manusia setelah
wujudnya telefon pintar ..seperti iPhone,
Galaxy
dan sebagainya.Berdasarkan definisi laman sesawang..atau web, selfie
ialah jenis gambar potret sendiri yang diambil menggunakan telephone pintar
atau kamera digital. Tujuan selfie ialah untuk dimuat naik ke
laman media sosial seperti Facebook,Instagram, Myspace dan sebarang bentuk laman
media sosial di alam maya .. Selfie mungkin bersifat casual..atau
menunjukkan aksi serta gaya si pemilik untuk dipertonton kepada teman-teman
atau rakan-rakan di laman media sosial .. Selfish pula ialah sikap yang
mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan keperluan atau perasaan orang
lain. Adakah perkataan Selfie berasal dari Selfish?
Kenapa orang berSELFIE?
Apakah ianya merupakan TREND masakini ? Sindrom selfie paling
banyak berlaku dikalangan golongan muda antara 15 tahun hingga 40 tahun kerana
golongan ini merupakan yang paling ramai aktif menggunakan telefon pintar
berbanding pengguna yang lebih berusia. Mungkin golongan ini secara logiknya
mempunyai kulit muka yang masih belum berkedut-kedut ..atau keadaan rambut
belum ada uban-uban..berbanding pengguna-pengguna yang berusia 41 tahun ke atas
..itu logik akal dan dari segi logik pemikiran..amatlah buruk jika ada pengguna
yang dah berkedut-kedut rupanya nak berSELFIE lagiii! Selfie lebih banyak
dikalangan golongan muda kerana ia merupakan satu aktiviti sosial yang boleh
merapatkan hubungan mereka melalui perkongsian gambar atau meningkatkan minat
teman-teman seusia. Ada selfie yang ekstrim ..ada selfie
dalam bilik tidur..bilik mandi..semasa driving dan sebagainya…banyak ragam
banyak gaya selfie bergantung kepada kehendak diri masing-masing..
Tiada siapa tahu kenapa orang berSELFIE
dan kemudian memuat naik gambarnya ke laman media sosial. Setiap situasi dan
psikologi seseorang itu berbeza dan keperluan berSELFIE pastinya berbeza.
Ada orang berSELFIE untuk menarik perhatian orang ramai di laman media
sosial dan jumlah LIKES dan COMMENTS dari teman-teman adalah
cara yang paling mudah dan cepat untuk mendapat pujian dan meningkatkan ego
mereka. Ada juga yang berSELFIE untuk merangsangkan harga
atau nilai diri. Disebabkan golongan muda yang paling aktif berada di alam
maya, mereka juga mempunyai masalah dengan nilai diri mereka. Maka jalan pintas
dan terbaik untuk mengukur tahap kesedaran diri dan nilai diri mereka
dikalangan kawan-kawan alam maya ialah melalui Selfie! Ramai juga yang
berSELFIE
kerana nak menunjuk-nunjuk kejayaan diri atau pencapaian diri dan paling tidak
pun nak memberitahu orang ramai mereka itu hensem, cantik dan juga bergaya!. Ia
juga sebagai satu khazanah diri …untuk dipertontonkan kepada orang lain..
Ada yang berSELFIE untuk mendapat
perhatian seseorang atau orang yang tertentu kerana ada jenis manusia yang malu
untuk memberitahu secara bersemuka..maka SELFIE adalah cara yang paling mudah
untuk mereka melakukanya. Mungkin dia meminati seseorang atau memuja seseorang
secara diam-diam ..dan amat sukar untuk meluahkan isi hati.. SELFIE adalah jalan
mudah bagi dirinya untuk menarik perhatian dan minat orang yang dia suka atau
puja.. Ada orang berSELFIE kerana bosan! Mereka bosan di tempat kerja, mereka bosan
di sekolah, mereka bosan di seminar, forum ..dan untuk hilangkan bosan mereka
berSELFIE!
Mereka berSELFIE kerana mereka tiada kerja atau perkara untuk dilakukan!
Ada orang berSELFIE kerana semata-mata ingin bersosial! Ada orang tidak
memerlukan alasan atau sebab untuk berSELFIE!. Mereka melakukan nya kerana
sosial media itu menyeronokkan dan mereka boleh berSELFIE sebanyak mana
mereka mahu. Mereka berSELFIE kerana ianya seronok, mudah
dan satu cara paling baik untuk mendokumenkan kehidupan mereka!.
Selfie dan Selfish
tak jauh bezanya ..kerana Selfie ialah mengenai diri sendiri
..kepentingan diri sendiri ..namun Selfie bukan Selfish kerana SELFIE
ialah perbuatan manakala SELFISH
ialah sikap manusia yang mementingkan diri sendiri ..untuk kepentingan diri
sendiri..tak tidak akan memperdulikan kepentingan orang lain. Sikap Selfish
dikalangan kita sering kita pertontonkan melalui berbagai tindakan kita seperti
memotong
Q ..atau barisan .. terutamanya semasa dalam majlis makan menggunakan sistem
buffet …nak membayar makanan atau barangan di kedai makan, atau super
mall..menaiki bas … bayar bil …memang sering berlaku dalam masyarakat tak kira
dimana jua… Sikap Selfish boleh kita lihat semasa meletak kenderaan …iaitu
tidak meletak kereta dalam petak dengan betul …hingga meyebabkan orang lain tak
boleh guna petak seterusnya…meletakkan motosikal dalam petak letak
kereta..meletakkan kereta di kawasan letak motosikal ….meletakkan kenderaan
mereka sesuka hati di bahu jalan hingga meghalang lalulintas… Selfish
juga ditonjolkan semasa dalam keadaan kesesakan trafik.. tidak
memberi ruang kepada orang lain walaupun orang itu memberi signal untuk menukar
lorong … memandu perlahan di lorong laju hingga menghalang orang lain untuk
memotong …
Jika nak di ceritakan banyak sikap
SELFISH
yang ada pada diri kita yang kadang-kadang kita tak sedari melakukanya demi
kepentingan diri...banyak sikap SELFISH yang berlaku dalam masyarakat.. Pada pandangan
aku..biarlah orang nak berSELFIE..kerana itu hak diri
masing-masing dan tak perlu orang lain nak memberi komen negatif…asalkan mereka
tidak menyusahkan orang lain … begitu juga sikap SELFISH perlu ada dalam
diri kita kerana kita perlu memikirkan hal diri sendiri sebelum kita memikirkan
hal orang lain..tetapi jangan lah sampai menyusahkan orang lain..menidakkan hak
orang lain atau menganiaya orang lain…
Jadi..lebih baik berSELFIE!
No comments:
Post a Comment