Bila
cakap bab integriti ramai yang akan berkata .. ‘aaaaa… dengan membuat mimik muka yang tak suka’ …dan pasti nya
masing-masing akan mengeluarkan teori ..serta pendapat berdasarkan apa yang
mereka tahu atau rasakan betul … malah lebih hebat lagi bila ada yang akan memetik
hadis atau ayat-ayat Al-Quran untuk mempertahankan pandangan mereka … pun
begitu ..aku masih sangsi ..berapa ramai dikalangan kita penjawat awam ini
memahami dan menghayati perkataan integriti
itu dalam kehidupan kita atau semasa kita menjalankan amanah serta
tanggungjawab sebagai penjawat awam.. kalau kita google maksud integriti tu ..pasti google akan kata ketulusan, keikhlasan dan kejujuran .. yang sudah
termaktub dalam kamus mak bapak kita dulu semasa kita meningkat dewasa .. walau
pun mereka tak sebut la perkataan integriti .. tapi mereka sentiasa ingatkan
kita untuk bersikap tulus, ikhlas dan jujur … manakala Kamus Dewan 1985
menjelaskan integriti bermaksud amanah, jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan
boleh dipercayai .. manakala mantan KSN Tan Sri Mohd.Sidek menambah .. boleh pegang cakapnya ..
Cerita
dan berita penjawat awam ditangkap membeli belah atau makan minum pada waktu
kerja sudah lama tersebar ..dan insiden-insiden ini sememangnya mencalarkan
nama perkhidmatan awam .. dan sekaligus orang ramai semakin tidak mempercayai
penjawat awam ..malah ada yang mencemuh penjawat awam sebagai golongan yang
pemalas ..suka curi tulang tetapi mau gaji yang tinggi … sebagai penjawat awam
..aku sememangnya terasa ..tetapi akibat segelintir penjawat awam yang
melakukan onar dan salah laku … keseluruhan perkhidmatan
awam tercemar … samalah juga segelintir penjawat awam yang terlibat dalam
gejala ‘makan suap’(bahasa orang kampong) .. seluruh perkhidmatan awam dilihat
sebagai jahat dan rasuah.. walaupun tidak semua penjawat
awam begitu … aku tidak salahkan orang awam mempunyai persepsi sedemikian
kerana sememangnya ada dikalangan penjawat awam yang menyebabkan perkhidmatan
awam dilihat sebegitu … dan terbaru tersebar pula berita ada penjawat awam
terpaksa membayar harga mahal untuk kenaikan pangkat kepada pegawai tinggi
dalam kementerian … maka salah siapa jika masyarakat memandang serong terhadap
penjawat awam?
Integriti
secara holistiknya bukan hanya merangkumi rasuah semata-mata .. atau keluar
makan minum atau membeli belah di waktu bekerja sahaja .. malah ianya
merangkumi keseluruhan aspek dalam perkhidmatan awam .. termasuk penyebaran
maklumat sulit jabatan atau kementerian melalui laman media sosial .. tanpa
disedari ada segelintir pegawai gemar
muatnaik gambar dia bermesyuarat ..atau pun agenda mesyuarat atau pun minit
mesyuarat .. mungkin dia nak bagitau dia sedang sibuk atau nak bagitau
kawan-kawan dia berpangkat tinggi atau nak bagitau orang ramai betapa sibuknya
penjawat awam .. entah apa motif nya .. pun dia sudah secara tidak langsung
membocorkan maklumat tertentu … maka sebab itulah MAMPU pernah mengeluarkan
Surat Arahan Penggunaan Media Jaringan Sosial di Sektor Awam pada 19 November
2009 dan seterusnya Jabatan Perdana Menteri melalui rujukan
JPM.SPID.100-16/1/11 Jld.9(12) bertarikh 23 Februari 2015 yang bertajuk
TINDAKAN KE ATAS PENJAWAT AWAM YANG MEMBOCORKAN DOKUMEN MAKLUMAT TERPERINGKAT
KERAJAAN. Integriti juga melibatkan sikap penjawat awam ..iaitu sikap yang
tidak mahu melayani pelanggan ..sikap acuh tak acuh terhadap pelanggan.. sikap
tak mahu menjawab panggilan telefon pelanggan ..yang seolah-olah menjadi isu
yang semakin merebak … sejujurnya pada pandangan aku.. penjawat awam yang tidak
mahu menjawab panggilan telefon daripada pelanggan , tanpa alasan yang
munasabah perlu diambil tindakan tatatertib juga kerana sebaik mana pun sistem telefon
disediakan oleh pihak kerajaan .. perkara isu seperti panggilan tidak berjawab
tidak akan selesai jika tidak ada tindakan tegas diambil terhadap penjawat awam
yang begitu LIAT untuk menjawab telefon daripada pelanggan.. malah ada yang ‘diberitakan’ dengan sengaja ‘mencabut’ wayar sambungan
telefon..supaya deringan telefon tersebut tidak kedengaran … maka sewajarnya
pihak kementerian atau pihak yang berwajib melihat perkara ini dengan serius
dan mengambil tindakan TEGAS .. melalui tindakan tatatertib atau salahlaku agar
isu seperti ini tidak menjejaskan nama baik perkhidmatan awam dan penjawat awam
lain yang benar-benar ingin mencari rezeki …
Integriti
juga melibatkan cara kita menguruskan masa kita bertugas .. dan sepertimana
kita sudah sedia maklum bahawa kita diKEHENDAKI bertugas lapan (8) jam sehari …
dan ada yang mungkin lebih … di atas arahan dan keperluan perkhidmatan .. maka
dalam tempoh lapan (8) jam tersebut kita kadangkala ‘mencuri’ masa untuk mengambil anak dari sekolah .. ke pejabat pos
untuk urusan bayaran bil … kirim barang melalui poslaju .. jumpa kawan dan sebagainya namun kerajaan tak
pernah meminta kita untuk membayar balik masa-masa yang pernah kita curi itu … dan kita diberi kemudahan
memohon daripada ketua jabatan .. dengan mengisi boring tertentu jika kita
sebenarnya ada urusan tidak melebihi empat (4) jam di luar , semasa waktu
pejabat . Tak ramai dikalangan kita mengambil manafaat kemudahan tersebut …
kerana menganggap ianya terlalu leceh dan merumitkan … kena isi borang ..lepas
nak minta tandatangan bos … tapi cuba kita fikir dengan logiknya … tujuan semua
itu adalah untuk menjaga kebajikan kita ..menjaga keselamatan kita … seandainya
apa-apa perkara yang tidak baik berlaku kepada kita semasa dalam perjalanan
membuat urusan tersebut .. pihak kementerian atau jabatan dapat melindungi kita
.. sebab kita ada kebenaran daripada ketua kita yang didokumentasikan
..direkodkan .. tetapi jika kita keluar tanpa keizinan atau kebenaran ketua
jabatan .. maka segala kemudahan kita sebagai penjawat awam ..hilang atau
terhapus begitu sahaja sekiranya apa-apa perkara yang tidak baik berlaku pada
kita..seperti kemalangan contohnya .. justeru …jangan lah ambil mudah peraturan
yang amat mudah … kerana ianya boleh membuat kita susah …
Integriti
juga melibatkan kepatuhan kita kepada ketua jabatan .. contohnya dari segi
arahan untuk menghadiri mesyuarat bagi mewakili dirinya ..dalam keadaan yang dia
juga mempunyai urusan lain (bukan dalam keadaan ketua tidak mempunyai apa-apa
urusan) … kerana kadangkala kita merasakan itu tugas dia ..maka kita tak mahu
membantunya dalam keadaan dia memerlukan … tetapi dalam keadaan tertentu kita
mengharapkan ketua jabatan kita memberi kita markah yang baik dan tinggi dalam
penilaian prestasi dan mengharapkan ketua jabatan merekomenkan kita untuk
kenaikan pangkat ..tetapi dalam banyak hal kita langsung tidak menyokong beliau
dalam menguruskan pejabat .. kita tidak mahu bersama dalam bertanggungjawab ke
atas urusan jabatan dengan alasan dia berpangkat lebih tinggi .. dan dia
bergaji lebih besar … inilah alasan-alasan yang sering didengar dalam jabatan
atau kementerian yang seolah-olah menjadi duri yang menyakitkan …
Integriti
juga melibatkan percakapan kita dalam pergaulan sesame rakan .. bergurau dalam
nada yang agak lucah dikalangan rakan-rakan yang amat mengenali kita mungkin
mampu diterima..tetapi jangan sesekali bergurau sedemikian dengan pegawai
atasan atau pegawai bawahan yang kadangkala sukar menerima guruan sebegitu .. malah
secara tidak langsung kita boleh mengundang tindakan gangguan seksual oleh
orang-orang tertentu ..maka berhati-hatilah dalam melontarkan percakapan..
kerajaan tidak pernah melarang penjawat awam untuk mencari pendapatan tambahan
tetapi kerajaan melarang mana-mana penjawat awam yang melakukan pekerjaan lain
dalam waktu bekerja .. jika diluar waktu bekerja .. tidak ada masalah asalkan
ianya tidak menjejaskan prestasi kerja dan tidak ada kepentingan yang berkaitan
dengan tugas yang diamanahkan .. atau melakukan perkerjaan yang melanggar
undang-udang negara .. carilah rezeki … tetapi jangan pulak guna kemudahan
kerajaan seperti kenderaan pejabat, komputer dan kertas pejabat .. lebih buruk
lagi di waktu pejabat ..
Sesungguhnya
integriti dalam perkhidmatan awam banyak yang ‘dilanggar’ jika kita perhalusi
dari pelbagai sudut ..namun selagi ianya tidak menjejaskan perkhidmatan awam
kerajaan tidak pernah menuntut daripada mana-mana penjawat awam untuk membayar
balik apa yang mereka telah ambil dari lapan (8) jam yang diperuntukkan untuk
mereka memberi perkhidmatan kepada rakyat .. maka sebab itulah penjawat awam
sentiasa dipinta untuk patuh dan taat setia kepada kerajaan dan tidak
sewenang-wenangnya membocorkan maklumat kepada orang luar .. kerajaan juga
memohon penjawat awam sentiasa berdisiplin mematuhi waktu kerja .. agar dapat memberikan
perkhidmatan terbaik kepada rakyat …
P.S
.. saja nak tulis .. not that I’ve never
break the rules .. tetapi rasa sedih bila melihat ada kenderaan jabatan
(guna jata negara) yang parking
melintang dalam tempat telak kereta .. dan melihat pegawai serta pemandunya
(pakai pakaian korporat) sedang dengan lahapnya makan nasi pada jam 11.00 pagi
di Seri Kembangan … mungkin kerana terlalu lapar pemandu tersebut tidak meletak
kenderaan jabatan dengan betul sehingga mengambil tempat dua buah tempat letak
kereta (menyusahkan orang lain nak letak kereta)… maka kita tak boleh salahkan
orang ramai jika ada yang sebenarnya meluat terhadap sikap penjawat awam …
No comments:
Post a Comment