Orang
dolu-dolu pernah berkata .. orang tamak
selalu rugi dan perumpaan itu bermaksud ketamakan menyebabkan kerugian ..
dan perumpamaan ini seharusnya amat sesuai dikaitkan dengan kenyataan Presiden
CUEPACS, Datuk Azih Muda yang mahukan kerajaan mempertimbangkan memanjangkan
lagi umur persaraan dari 60 kepada 62 tahun. Alasan Presiden CUEPACS ialah "Selain itu, kerajaan menanggung kos
yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai
kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru
mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD,
baru berkhidmat lima tahun sudah nak pencen?" Rasanya ramai penjawat awam yang tak setuju
dengan permohonan CUEPACS ini walaupun Datuk Azih Muda memberi alasan pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus
diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti
mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang
kepakaran tenaga kerja.
Kenapa
tak setuju ? Pada pandangan aku ..ramai yang merasakan usia 60 tahun pencen pun
dah memadai … sedangkan ketika ini ramai yang mengambil opsyen untuk bersara
pada usia 55 atau 56 tahun… apabila merasakan kesihatan mereka sudah tidak
begitu baik .. selain merasakan sudah terlalu lama memberi perkhidmatan dan
ingin berehat . Ada juga yang mengatakan ika kerajaan bersetuju maka ..makin
ramai la generasi muda mengganggur … kerana ramai penjawat awam dan juga swasta
yang masih berkhidmat melepasi usia 60 tahun .. dan ini tidak baik untuk negara
… satu kerugian dimana tenaga muda tidak digunakan sepenuhnya oleh negara …
memang kerajaan akan kehilangan orang-orang yang berpengalaman dan pakar
..tetapi kerajaan juga kerugian banyak kerana tidak utilise sepenuhnya tenaga kerja mahir yang lebih muda ..
tenaga-tenaga pakar seperti professor masih digunakan walaupun usia mereka
melewati 60 lebih tahun.. oleh kerajaan..malah ada golongan yang masih
berkhidmat dengan kerajaan setelah melepasi usia 70 tahun..sebagai penasihat …
golongan pakar seperti doctor dan jurutera atau arkitek..biasanya akan membuka
syarikat konsultan dan kepakaran mereka digunakan oleh kerajaan dari masa ke
semasa apabila diperlukan … justeru persoalan kehilangan orang-orang yang pakar
dan berpengalaman bukan satu masalah kerana pihak kerajaan boleh engage dengan mereka pada bila-bila masa
apabila diperlukan..
Sepatutnya
CUEPACS tak perlu lah berjuang untuk perkara seperti itu lagi kerana ianya akan
lebih merugikan kerajaan .. rugi disebabkan generasi muda semakin membenci
kerajaan kerana tidak memberi peluang untuk mereka bekerja … rugi kerana
kemahiran mereka dalam bidang-bidang yang mereka berlatih dan dilatih
bertahun-tahun di sekolah vokesyenal dan juga sekolah teknik tidak digunakan
..sedangkan kerajaan telah menyediakan tenaga mahir ini untuk membantu
meningkatkan pekerja yang mahir tetapi tenaga mereka tidak diperlukan ukan
sahaja di sector awam tetapi juga disektor swasta … hanya beberpa kerat yang
mampu berdikari dan berjaya … selebihnya akan bergantung kepada peluang-peluang
pekerjaan yang disediakan oleh kerajaan.. kerugian paling besar dipihak
kerajaan ialah apabila generasi muda ini akan terus menolak kerajaan …
Apa
yang perlu CUEPACS perjuangkan untuk penjawat awam ialah pertamanya CUEPACS
mohon kerajaan mempertimbangkan penjawat awam diberi 75%-80% daripada gaji pokok
apabila bersara nanti daripada 60% yang ada sekarang .. kerana ini akan dapat
membantu golongan gred sokongan yang pencen dalam lingkungan RM2 ribu – RM3
ribu gaji pokok boleh mendapat RM1600 – RM2400 sebulan apabila mereka bersara ..bukan
kah itu lebih baik. Keduanya CUEPACS juga harus perjuangkan untuk penyelarasan
bayaran ELAUN-ELAUN antara Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak. Kenapa bila
pegawai semenanjung dihantar ke Sabah dan Sarawak mereka mendapat elaun
perumahan yang lebih tinggi sedangkan pegawai dari Sarawak yang dipindah ke
Semenanjung menerima elaun rumah yang lebih rendah ? Sewa rumah di semenanjung
lebih mahal berbanding Sarawak ? Sama juga dengan elaun-elaun makan, minum dan
lojing .. kenapa di Semenanjung lebih rendah berbanding di Sabah dan Sarawak
sedangkan hotel di Semenanjung lebih mahal … makan dan minum lebih mahal …
berbanding kedua-dua negeri tersebut ? Perkara-perkara ini yang sepatutnya
CUEPACS perjuangkan untuk penjawat awam .. kerana ianya melibatkan kebajikan
penjawat awam secara keseluruhan ..
Ketiga
CUEPACS juga perlu memohon kerajaan persekutuan untuk menyediakan lebih banyak
rumah kuarters untuk penjawat awam di negeri-negeri agar penjawat awam lebih
mudah untuk berpindah .. kerana salah satu punca KENAPA penjawat awam susah nak
berpindah ke daerah dan negeri ialah KESUKARAN untuk mendapatkan tempat tinggal
disebabkan kuarters kerajaan yang tidak mencukupi .. justeru penjawat awam
kenalah mencari sana sini rumah sewa ..yang kadangkala tidaklah begitu sesuai …
malah jauh dari tempat kerjanya pula… cuba-cubalah CUEPACS buat kajian tentang
perkara ini dan kemudianya kemuka kepada pihak kerajaan setelah kajian itu selesai
.. agar dapat meringankan bebanan penjawat awam dari segi pencarian rumah sewa
dan juga mengurangkan bebanan kerajaan dari segi membayar ITP … sebab ITP akan
dipulangkan kepada kerajaan .. kerana 99 peratus penjawat awam inginkan
keselesaan apabila berada di daerah ataupun negeri-negeri … khususnya penjawat
awam dari kalangan sokongan … mungkin perkara sebegini yang perlu di
perjuangkan oleh CUEPACS kerana masalah ini sudah berlarutan bertahun-tahun …
atau jika CUEPACS nak lebih nampak hebat … mohon kerajaan sediakan rumah untuk
diberi oleh penjawat awam di daerah-daerah ..bukan hanya ditumpukan kepada
kawasan seperti Kuala Lumpur atau Putrajaya saja..atau bandar-bandar besar sahaja…agar
mereka boleh membeli rumah dengan harga yang lebih rendah … satu kemudahan yang
boleh CUEPACS perjuangkan atas alasan kebajikan penjawat awam …. kerana selain
BOMBA, POLIS, TENTERA dan KASTAM .. penjawat awam lain hanya bergantung kepada
flet-flet kerajaan persekutuan.. itupun tidak mencukupi … kerana ada penjawat
awam yang berpangkat lebih rendah terpaksa menyewa .. kerana selalunya PRIORITI
diberi kepada penjawat awam yang berpangkat lebih tinggi .. seperti 41 ke atas …
justeru aku sarankan CUEPACS teliti perkara ini dengan lebih serius terhadap
masalah yang dihadapi oleh penjawat awam persekutuan di peringkat negeri dan
daerah-daerah …
Berbalik
kepada cadangan Datuk Azih Muda ..aku sejujurnya merasakan ianya tidak perlu
kerana umur pencen sehingga 60 tahun itu sudah memadai .. walaupun terharu
dengan usaha CUEPACS untuk memanjangkan lagi perkhidmatan kami, aku rasa lebih
elok kita beri peluang kepada golongan muda yang masih lagi mencari peluang
untuk berkhidmat dengan kerajaan .. dan setahu aku ..ramai juga yang tak mahu
berkhidmat sehingga bongkok atau tak terdaya … menjalankan tugas mereka … 60
tahun pun dah cukup lamaaa …
No comments:
Post a Comment