Tuesday, April 8, 2014

Tong Kosong ..Hebat Bunyinya..

Bijak pun tidak.. pandai pun bukan… hanya menulis untuk mengingatkan diri ..dan apa yang ditulis pun tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun sudah dikuburkan … kalau ada yang terasa ..maafkanlah..kerana dalam hidup ini ada pro dan contra … mungkin pro untuk diri aku..contra pula untuk yang membacanya …. apa yang aku tulis adalah atas pengalaman kehidupan..serta pandangan teman dan rakan yang juga mungkin pernah mengalami atau melihat situasi yang sama.. dan ini hanya sekadar pandangan …  Peribahasa Tong Kosong Bunyinya Nyaring, berdasarkan Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP ianya merujuk Orang Bodoh yang banyak bualnya yang sama maksud dengan peribahasa Besar Bungkus Tak Berisi . Tong Kosong mengikut takrifan umum pula jika dikaitkan dengan seorang manusia ialah seseorang yang hanya pandai bercakap besar ..mengaku dirinya hebat ..menganggap dirinya pandai melebihi orang lain..walau pun tidak pernah melakukan satu perkara yang betul. Individu yang berperwatakan sedemikian wujud dalam mana-mana-mana organisasi di dunia ini…

Tidak dapat tidak..individu yang berperwatakan Tong Kosong akan sentiasa mewarnai kehidupan masyarakat di mana sahaja..di kampong..di bandar..dalam persatuan..dalam organisasi kerajaan maupun swasta.. Adakalanya Tong Kosong boleh menjadi penghibur dan penglipurlara dengan cerita fantasinya yang hebat … .keunggulan dari segi pencapaian prestasi kerja..kepetahan mengolah cerita yang berpaksi kepada kepandaian diri..kehebatan diri melebihi individu lain … jika ada pun kelemahan nya hanya terlalu sedikit dibandingkan dengan  kehebatanya mengurus dan menyelesaikan masalah kerja .. fantasi kehebatan nya pasti memukau dan mempersona teman dan rakan yang baru mengenali dirinya .. Biasanya Tong Kosong akan memperakukan tanpa malu dan segan silu ..hasil kerja orang lain sebagai hasil kerja dirinya..dan membangga dirinya dengan pencapaian tersebut …

Tong Kosong juga hebat melakarkan cerita dongengnya kepada khalayak …malah cukup berbangga dengan dirinya sendiri sebagai orang yang work smart…berpakaian kemas…untuk menutup kelemahan dirinya. Tong Kosong akan berusaha mencari segala kelemahan orang lain untuk digembar gembur kepada golongan khalayak yang terpesona dan tergoda dengan olahan ceritera yang mengkagumkan … dan pastinya Tong Kosong akan berusaha bersungguh-sungguh menutupi kelemahan dirinya dengan mencari scapegoat dalam apa jua kesalahan yang berlaku …dan menonjolkan dirinya sebagai hero..inilah kehebatan seorang Tong Kosong kerana mampu mengalih perhatian dan tumpuan orang lain kepada apa yang sebenarnya berlaku..dan dalam organisasi..amat sukar bagi seorang Tong Kosong untuk bertanggungjawab mengaku ..kesalahan dirinya.. pastinya akan ada kambing hitam untuk persalahkan…


Pada pandangan aku secara relatifnya individu Tong Kosong ini sebenarnya seorang individu yang amat kreatif… kreatif dari segi menipu orang lain dengan olahan ceritera dongengannya..kreatif menokok tambah perisa asam garam menyebar keburukan orang lain..agar dirinya nampak kacak..cantik ..suci berseri..walaupun hakikatnya..hatinya hitam legam..dipenuhi dengan segala keburukan yang ada… kreatif mencipta pelbagai kehebatan dirinya…mengagungkan sifat dan nilai dirinya…taksub kepada perwatakan diri..hingga tak nampak pada dirinya suatu kelemahan pun.. malah akan sentiasa melihat dirinya hensem… sedangkan realitinya …adalah sebaliknya … pada aku biarlah si Tong Kosong berfantasi ..bermegah-megahan dengan kehebatan dirinya…biarlah dia merasai tahkta yang diimpikan nya..kerana hidup ini bukan lah kekal abadi selamanya..tiba masa nanti pasti si Tong Kosong pergi jua… 


No comments:

Post a Comment