‘Oh dunia ini
..penuh kepalsuan..’ begitulah antara lirik lagu Janji Manismu oleh
penyanyi Aishah .. dan bait-bait lagu itu penuh makna .. dan dalam masyarakat
kita yang gemar membuat janji .. kadangkala terpikir jua..apakah orang yang
membuat janji itu sedar akan komitmen dan ikatan dirinya terhadap janji-janji
yang telah diungkapkan. Secara sedar
atau tidak ..kita sudah membohongi diri kita dengan membuat pelbagai janji
kepada anak-anak kita … agar mereka mahu ke sekolah ..supaya mereka membuat
kerja rumah..supaya mereka belajar rajin-rajin dan mendapat kecemerlangan
akademik .. dan aku percaya ramai ibu bapa yang melakukan nya setiap hari ..dan
berapa ramai dikalangan ibu bapa yang dapat menunaikan janji-janji mereka … ??
Ingatkah lagi ibu bapa ..apa yang mereka janji kepada anak-anak mereka sejak
mereka di tahap satu Tadika ? atau di tahun Satu ..sekolah rendah ? Apakah
semuanya sudah ditunaikan ? Jika tidak .. mungkin inilah perasaan anak-anak
terhadap kita ‘hati membeku mengingkatkan
kata janji manismu…’
Dalam
politik ..janji-janji umpama bertih jagung bertaburan ..terutamanya di musim
pilihan raya ..dan pasti banyak janji-janji di taburkan di Pilihan Raya Kecil
Balingian, Kajang, Gelugor dan juga Teluk Intan .. Balingian dan Kajang dan
berlalu … apakah janji-janji yang di masyhurkan oleh kedua-dua pihak sudah mula
dilaksanakan …atau masih lagi dalam KIV (Keep
In View) ? Sejauhmana janji-janji yang di taburkan menjadi satu reality selepas
pilihan raya ??? .. berapa peratus ?? 50 peratus ?? 70 peratus ?? atau 90
peratus ?? … siapa yang menghitungnya ?
Bagaimana pula di Gelugor dan Teluk Intan nanti ? Yang pastinya…janji-janji
semasa berkempen seoalh-olah satu kemestian kepada semua calon dan parti yang
bertanding ..dan rakyat yang mendengarnya hanya tergangga dan bertepuk tangan
..tapi sejauhmana menjadi satu kenyataan ..wallahualam!!.
Janji
memain peranan utama dalam percintaan dan semasa berkasih kasihan .. ramai yang
sanggup berjanji bulan dan bintang …sanggup meredah api demi cinta yang sejati …
sanggup sehidup dan semati .. itu semua kata-kata yang diungkapkan sebelum
dapat apa yang diidam … tapi bila dah dapat .. .. beribu alasan dikemukakan …
umpama habis manis sepah dibuang .. sama juga dengan yang sudah berkahwin … cinta sejati konon .. jika tidak dapat
berkahwin dengan si dia ..tidak guna hidup ..tapi bila sudah beranak pinak ..macam
keretapi … boleh pulak kata tiada lagi jodoh …atau sudah tidak sefahaman lagi
?? ..mana janji sehidup semati ?? mana janji sanggup meredah lautan api ?? …
lagi teruk dan dahsyat ..ialah pasangan yang bercintan cintun bagai nak rak …tayang
sana sini ..hanya puji-pujian yang terhambur keluar dari tuturkata..hanya
kebaikan yang nampak dimata..sekelumit keburukan pun tiada pada pasanganya …
tapi bila tak jadi kahwin …atau baru kahwin sebulan dua … semua keburukan
menjelma..dan terhambur segala nista … kan dah kata ?? Janji itu hanya tinggal
janji …jarang sangat janji sebegitu dikota … maka statistik …semakin lah ramai …
seperti kata Aishah ‘lidah tidak
bertulang…’ maka itu lah begitu mudah kita sebagai manusia mengukir janji …
Justeru
… ingatilah kata-kata ini dari Arthur Warwick
‘I
had rather do and not promise than promise and not do’
No comments:
Post a Comment