Harga menurut pemahaman aku ialah nilai tukaran
bagi mendapatkan produk atau perkhidmatan samada dalam bentuk matawang atau pun
tukaran barang. Jika ianya dikaitkan dengan manusia ianya lebih terarah kepada
harga diri seseorang atau pun nilai yang ada pada seseorang. Harga
seorang manusia itu sukar untuk kita tentukan tinggi rendah nilanya.. namun
masyarakat sentiasa melihat nilai harga
seseorang itu pada kedudukan atau status dalam masyarakat, pangkat, kekayaan
dan juga pendidikan ..walaupun hakikatnya manusia lebih dinilai harga daripada
adab tertib dan pelakuan .. boleh kah seorang manusia yang berkedudukan tinggi
dan mempunyai status dalam masyarakat itu dianggap mempunyai nilai harga diri yang tinggi sedangkan
pelakuan moral dan adab nya lebih teruk daripada seorang pengemis jalanan?
Bolehkah seorang manusia yang berpangkat tinggi dalam sesebuah organisasi
dianggap mempunyai harga diri yang
tinggi sedangkan segala tindakan nya mengalahkan pelakuan jin dan setan ?
Bolehkah seorang yang kaya raya dianggap mulia dan mempunyai harga diri yang tinggi sedangkan
sentiasa menindas orang lain? Maka adalah amat sukar untuk kita mengukur dan
memberi penilaian kepada harga diri seseorang manusia hanya kerana kedudukan
dan status nya, pangkat nya atau pun kemewahan yang dimilikinya …
Setiap
manusia yang mempunyai harga diri
sebenarnya sentiasa ingin diHargai..
dan diberi Penghargaan ..walau
sekecil mana sekalipun ungkapan .. tidak ada seorang manusia pun di muka bumi
ini yang tidak mahu diHargai.. maka sebab itulah timbulnya pelbagai hari yang
dedikasikan kepada golongan-golongan tertentu dalam masyarakat. Kita ada Hari
Ibu..sebagai penghargaan kepada golongan ibu..kita ada hari Wanita..untuk
menghargai jasa dan pengorbanan wanita..kita ada Hari Guru, Hari Buruh, Hari
Perkhidmatan Awam, Hari Bapa …semuanya untuk menghargai jasa, usaha dan
pengorbanan yang diberikan oleh golongan-golongan yang dinyatakan. Sambutan dan
perayaan yang diadakan sempena hari-hari istimewa ini semuanya bergantung
kepada diri masing-masing walaupun ada sesetengah pihak memandang serong
terhadap beberapa hari yang dikhususkan..seperti Hari Valentine dan April Fools
Day …
Pun
begitu apa-apa penghargaan daripada seseorang merupaka satu motivasi dan
anugerah yang sepatutnya layak diberikan kepada sesiapa pun yang memberi
khidmat yang baik dan bukanya berdasarkan berdasarkan giliran atau sebab orang
itu dah ‘nak pencen’. Jika itulah ukuran kepada pemberian penghargaan dan
anugerah, maka segalanya tidak mencerminkan keadaan sebenar ‘kepentingan’ penghargaan itu kepada
penerimanya. Dan inilah yang banyak berlaku dalam sector awam dimana anugerah
disandarkan kepada ‘giliran’ dan atas
sebab ‘nak pencen’ hinggakan anugerah
itu sudah tidak lagi membawa apa-apa makna kepada ‘kecemerlangan’…defeat the
purpose.. just superficial ..
Penghargaan seharusnya bersifat sesuatu yang benar-benar ‘genuine’
kerana itulah sifat penghargaan yang sebenarnya … ada orang mengharap
penghargaan di atas usaha penat jerih mereka .. penghargaan tidak semestinya
dalam bentuk wang ringgit atau barangan..cukuplah sekadar mengucapkan ‘terima kasih’ .. namun ada manusia yang
berkedudukan tinggi, berpangkat …bila berkuasa..cukup sukar untuk mengungkap terima kasih kepada orang bawahan ..ada
pula yang merasakan orang bawahan itu sebagai kuli dan tidak layak diberi
ucapan ‘terima kasih’.. . some bosses
are too damn egoistic to say thank you
just because we are just another subordinate….
No comments:
Post a Comment