Sesungguhnya seluruh rakyat
Malaysia dalam kesedihan .. mengenang nasib pesawat MH 370 yang hingga ke hari
ini tidak dapat ditemukan .. walau secanggih mana peralatan ..walau sehebat
mana teknologi yang digunakan… saban hari hanya teori dan andaian dikemukakan
.. Aku tak tahu tahap manakah kegelisahan
serta kerunsingan kaum keluarga yang setia menanti denga penuh harapan..tetapi
aku tahu bagaimana perasaan aku setiap kali aku mendengar berita dari radio dan
televisyen .. bunyian musik yang penuh syahdu..rantaian doa yang menyentuh
kalbu..dan puisi-puisi yang mendayu – dayu .. semuanya hanya untuk keselamatan
dan kesejahteraan serta kepulangan pesawat MH 370 ..yang hilang sejak Sabtu
lalu..
Semakin lama insiden ini semakin
banyak pulak teori ..menyedihkan tetapi rasa mualku dan rasa bosanku bukan
kerana berita yang ku tunggu tetapi kerana sikap dan cara publisiti yang
berlaku dikalangan stesen radio dan televisyen yang sering berlumba-lumba untuk
menjadikan bahan berita itu sebagai ‘mileage’
populariti .. pada pandangan aku … apa guna nya pihak stesen TV dan Radio
menembual atau mewawancara kononya pakar-pakar dari segi teknikal yang hanya
membuat andaian dan mengemukakan teori .. apa faedahnya stesen TV dan Radio
mendapat pandangan bekas-bekas juruterbang, pramugari dan pramugara …hanya
untuk mengetahui SOP kerja yang dilakukan mereka …yang juga mengemukakan
andaian dan pandangan semata-mata … ada juga stesen Radio yang gila…mendapat
pandangan dan berkongsi kesedihan dengan para pendengar … Ya Allah
..hentikanlah .. rakyat Malaysia secara amnya ingin mendengar berita mutkahir
..dimana MH370 ..dah jumpa ke belum … itu sahaja … bukan nak mendengar
bebelan..andaian..pandangan..pendapat dan juga teori-teori bagaimana MH370
hilang dari pandangan seluruh dunia .. it SUCKS! bila mendengar ngomelan-ngomelan the so called pakar yang dibawa ke stesen TV untuk memberi pandangan dan juga andaian serta kemungkinan-kemungkinan..
Cukuplah sekadar setiap kali
..kita titipkan doa ..tanpa perlu wartawan-wartawan media terkejar-kejar kaum
kerabat keluarga untuk mendapat insight
mereka..untuk mendapat bagaimana kehidupan penumpang MH370 sebelum ini….perlukah
semua itu? Perlukah setiap stesen TV dan radio mendapat keluh resah kaum keluarga
yang menunggu ? Perlukah wartawan-wartawan membuat terjahan semata-mata untuk
menjadi stesen TV dan Radio No.1? Pada pandangan aku..semua itu tidak perlu..
kerana rakyat seluruh dunia hanya ingin nak tahu dimana MG370 itu!. Maaf bukan
aku nak mengutuk stesen-stesen TV dan Radio yang seolah-olah sudah hilang focus
kepada isu utama dalam insiden ini … kerana setiapkali ada siding akhbar.. sang
Menteri TERPAKSA menegaskan begini ‘our
main priority and objective is to find the plane MH370’ …dengan harapan
semua media yang berada disitu ..memahami fokus sebenar yang dilakukan oleh 25
buah negara yang sedang bertungkus lumus mencari MH370 disetiap sudut lautan dan daratan yang maha luas..
Sebenarnya setiap kali aku
memasang radio .. dan juga TV… aku terasa mual dan memang menyampah sungguh
bila ada sahaja pendengar-pendengar atau ‘pakar-pakar’
mengemukakan pandangan..andaian serta teori mereka ..yang pada aku harus
dibiarkan untuk dilaksanakan oleh pasukan mencari dan menyelamat …tak perlu
seluruh rakyat nak menokok tambah itu dan ini.. aku juga berpandangan sudah
tiba masanya sidang media hanya untuk memberitahu sahajadan tiada lagi Q &
A atau pun soal jawab.. kerana setiap kali soal jawab pasti ada sahaja soalan
provokatif atau andaian yang tidak disahkan dikemukakan oleh wartawan-wartawan luar
dan juga juga dalaman .. dan kadangkala soalan-soalan yang berulang-ulang …
hingga jenuh menteri dan pasukan untuk menjawab nya … just have a straight forward press conference without Q & A..
Harapan dan doa seluruh rakyat
Malaysia ialah semoga MH370 ditemui ..walau apa pun andaian dan teori-teori …
dan harapan aku …mungkin juga sebilangan rakyat Malaysia…ialah agar
stesen-stesen TV dan Radio ..menghentikan sessi-sessi temubual..wawancara …terjahan
pandangan serta pendapat ‘pakar-pakar‘,
kaum keluarga serta rakyat biasa .. cukup sekadar mereka terus berdoa dan
berdoa tanpa henti ..agar MH 370 segera di temui..
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahiim ..
Jika di laut ..TIMBULKANLAH..
Jika di udara .. TURUNKANLAH..
Jika di darat .. ZAHIRKANLAH ..
Amiin ..Ya Rabbil Alamiiin..
No comments:
Post a Comment