Tuesday, March 4, 2014

PATI OH PATI : Semakin Ramai Semakin Menjadi …

“Sepanjang lima tahun saya mengambil penumpang di sekitar lokasi itu, saya nampak jumlah warga asing tidak pernah berkurangan, sebaliknya kian bertambah. Hari ini operasi, esok (warga asing) ada lagi. Malah ada yang mampu menyewa premis dan lesen untuk menjalankan perniagaan” luahan seorang pemandu teksi (BH,3 Mac 2014). Malah dalam laporan bertajuk ‘KL bagai kampung kami’ dalam Berita Harian itu  mempamerkan statistik yang agak menggerunkan iaitu 6293 PATI ditahan sejak Ops Bersepadu 6P yang dilancarkan penhujung tahun 2013.Itu yang ada berada di Ibu Negara, Kuala Lumpur!. Bagaimana pula di negeri-negeri ? Pastinya senario yang sama dengan jumlah PATI yang seolah-olah tidak gentar dengan tindakan penguatkuasa dan semakin berani melakukan pelbagai jenayah termasuk merompak, menyamun dan adakalanya membunuh!. Aku tak kata semua mereka yang datang secara haram itu jahat dan melakukan kejahatan … kerana banyak juga jenayah di negara ini dilakukan oleh warga kita sendiri.  Peliknya kehadiran warga asing semakin hari semakin bertambah ..seolah-olah majikan di negara ini tidak lagi memerlukan tenaga kerja tempatan dan bergantung sepenuhnya kepada tenaga kerja warga asing yang dikatakan boleh diupah dengan gaji yang lebih rendah.

Satu ketika dulu aku berulang alik Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan menggunakan bas RAPID dan setiap hari ..pagi dan petang…penumpang yang paling ramai ialah warga Bangladesh dan Pakistan selain warga Filipina dan Mynmar. Ia mengambarkan bahawa kumpulan ini bekerja di Kuala Lumpur tetapi menetap di Putrajaya ..dan menurut seorang rakan..mereka menetap di Presint 9 dengan menyewa apartment..iaitu satu rumah sampai 10 hingga 15 orang berkongsi… sebab itulah jika kita lihat di Putrajaya Sentral..ramai warga asing menunggu bas untuk ke Kuala Lumpur, Seri Kembangan dan juga kawasan Serdang untuk turun bekerja. Di Putrajaya sendiri pun ramai warga Bangladesh yang bekerja dan ada juga yang sudah mempunyai gerai makanan..di Presint 9 … tak tahu lah samada dia bekerja dengan pemiliknya atau pun pemilik gerai tersebut sudah ‘memajakkan’ lesen gerai tersebut kepada ‘pekerjanya’. Di Pasar Borong Selangor sudah ada kedai minuman milik orang Vietnam.. malah di mana sahaja kumpulan warga asing ini ramai..pasti ada gerai/kedai yang didirikan oleh mereka .. kalau di Pasar Seni, Sentral Market dan Petaling Street..tak payah pegi laa..kalau hari Sabtu, Ahad atau cuti umum …kawasan itu seolah-olah dimonopoli oleh warga Bangladesh..yang datang dari seluruh kawasan untuk berhimpun!!.Setiap minggu kawasan itu dipenuhi ‘pelancong’ warga Bangladesh!

Aku juga pernah menulis tentang PATI dalam entri bertajuk ‘Ganyang PATI Ganyang’ pada 23 Januari lalu dan amat berharap Operasi yang dilakukan oleh agensi penguatkuasa tidak bersifat ad-hoc atau bermusim sepertimana yang diperkatakan oleh YB Menteri Zahid Hamidi. Aku amat bersetuju dengan kenyataan beliau iaitu tidak hanya mengharapkan Kementerian Dalam Negeri sahaja untuk mengambil tindakan..sebaliknya kementerian lain seperti Kementerian Sumber Manusia ..juga perlu membuat serbuan terutamanya kepada majikan yang gemar ‘mengupah’ PATI sebagai pekerja..kerana there will be no supply if there is no demand. Majikan-majikan mengambil PATI sebagai pekerja sepatutnya diambil tindakan juga sebagai pengajaran kepada mereka…kerana mereka juga melakukan kesalahan sama seperti PATI yang datang atau diseludup ke negara ini. Seringkali yang menjadi mangsa dan sasaran undang-undang negara ialah golongan PATI ini yang datang ke negara ini untuk mencari rezeki..mereka tahu mereka salah..tetapi orang yang paling bersalah dalam hal ini ialah ..penyeludup dan juga majikan ..dan mereka ini sepatutnya diberi hukuman yang lebh berat … apa yang kita sering saksikan acapkali ialah GRO-GRO dari negara China, Taiwan, Thailand, Vietnam, Indonesia, Mynmar..ditangkap..kemudian dihantar pulang…sedangkan towkey-towkey mereka yang kaya hasil memperdagangkan mereka bebas..dan hanya dihukum seminima mungkin..dan setelah bebas..mereka mengulangi perkara yang sama … maka masalah kehadiran GRO dan masalah pendatang tanpa izin (PATI) tidak akan diselesaikan sampai bila-bila..selagi undang-undang negara kita masih lemah dari segi pelaksanaan hukuman nya..

Senario PATI yang semakin banyak ini amat mengusarkan penduduk tempatan yang melihat ancaman terhadap kehidupan harian mereka dari segi peluang pekerjaan, keselamatan dan juga sosial. Kata-kata YB Menteri Dalam Negeri, iaitu “KDN komited menguatkuasakan undang-undang melalui operasi membenteras kebanjiran pendatang asing tanpa izin, namun orang ramai terutamanya majikan harus bekerjasama, mengambil berat dan patuh pada undang-undang” ada kebenaran nya..kerana tanpa kerjasama semua pihak usaha membenteras kebanjiran warga asing tanpa izin tidak akan berjaya..dan sikap majikan-majikan tempatan harus berubah…pemilik-pemilik kilang dan pemain industri negara harus juga memainkan peranan mereka…dengan mengubah polisi pengambilan pekerja …bagi mengurangkan permintaan penggunaan tenaga kerja warga asing. Aku percaya dan berharap Operasi yang dilakukan KDN ini perlu juga dilakukan di seluruh negara..lebih kerap..agar sekurang-kurangnya menjelang tahun 2020 nanti…kebanjiran warga asing di setiap ibu kota negeri..dapat dikurangkan…


Malaysia memerlukan kehadiran pelancong untuk merancakkan industri negara..tetapi bukan pelancong yang mengambil peluang pekerjaan rakyat kita… 

No comments:

Post a Comment