Eh..tiba-tiba aku teringat tajuk sebuah filem koboi era 60an, The
Good, The Bad and The Ugly, yang dibintangi oleh pelakon handalan
seperti Clint Eastwood, Lee Van Cleef dan Eli Wallach yang mengisahkan
menceritakan tentang persahabatan, ketamakan dan juga permusuhan. Pada zaman
itu..memang seronok tengok cerita koboi… Apa pun aku bukan nak bercerita
tentang cerita itu tetapi aku nak kaitkan tajuk itu dengan apa yang berlaku
dengan isu kalimah Allah yang belum ada kesudahan nya. Semalam berdasarkan
laporan media perdana dan juga media sosial..berlaku sedikit ketegangan di
Mahkamah Putrajaya apabila beberapa penyokong cuba meredah masuk mahkamah dan
hari ini bermacam-macam posting boleh di baca di laman media sosial. Dalam pada
itu..aku teringat pula kata Pehin Sri Taib Mahmud, mantan Ketua Menteri Sarawak
iaitu "Bagi kami (masyarakat
Sarawak) tidak menjadi isu. Kami telah hidup dengan berbeza kaum dan agama
sejak berdekad lamanya malah sebelum Malaysia terbentuk," Katanya lagi
"Kaum Iban, Melayu dan Cina telah
menunjukkan rasa hormat mereka terhadap agama dan budaya lain sebelum
pembentukan Malaysia lagi. Apabila Malaysia dibentuk, kami mengekalkan semangat
ini,"
Apa yang Ugly
(keburukan) mengenai isu tersebut
ialah, ianya telah mencetuskan perpecahan, syak wasangka antara penganut agama
lain di Malaysia. Penganut Sikh, Hindu dan Buddha juga mula menyuarakan
kebimbangan apabila ultras agama
semakin provokatif, abusif dan agresif samada dalam kenyataan mereka dan juga perlakuan.
Insiden-insiden membaling bom molotof ke dalam gereja satu petanda bahawa wujud
kumpulan pelampau yang ingin mencetuskan huru hara ..sekiranya perkara itu
tidak ditangani dengan betul. Bibit-bibit tidak puashati mula dirasai ..melalui
komen..pendapat rakan-rakan yang agak tersentuh dengan kenyataan-kenyataan
berbaur rasis oleh segelintir NGOs yang memperjuangkan isu tersebut. Pada
pendapat aku..aku tidak menyalahkan mereka jika mereka merasa dikhianati,
dihina dan juga dicerca ..kerana sentiment keagamaan seharusnya tidak berbangkit
selepas penubuhan Persekutuan Tanah Melayu dalam tahun 1957 dan seterusnya
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.
Perkara jahat atau The Bad berkenaan isu tersebut ialah apabila golongan
cendiakawan dan Menteri masing-masing menyuarakan pandangan mereka menjadikan
isu tersebut semakin hangat dan memerlukan campurtangan agar ianya tidak terus
merebak. Ada ulama yang mempertahankan isu tersebut da nada pula yang
mengatakan sebaliknya. Ada Menteri yang dengan garang dan tegas sekali
menyalahkan pihak lain…hingga ada rakan dalam kabinet pun terasa .. pada
pandangan aku sebagai cendiakawan..ulama dan juga pemimpin ..perlulah mempunyai
pandangan yang bersifat ‘pendamai’
bukan menyemarakkan lagi kemarahan pihak lain. Semuanya nak tunjuk terer..dan dilihat sebagai seorang pejuang hingga ada yang terlepas cakap
pun…. dan membuktikan walaupun selepas perjanjian ‘kongsi kuasa’ antara Melayu, Cina dan India yang merelisasikan
pembebasan Tanah Melayu daripada Penjajahan British..selepas 56 tahun..masih
lagi wujud ‘ketidakpercayaan’ apabila
ianya berkaitan dengan hal-hal keagamaan. Maka ..istilah it leave a bad taste in my mouth setiap kali melafaz ikrar Rukun
Negara “KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN”
...sama juga apabila bercakap mengenai konsep 1MALAYSIA ... kerana kedua-duanya mengajak kita untuk sentiasa
menerima dan bersikap toleransi kepada agama-agama lain..walaupun agama Islam
itu adalah agama rasmi bagi Persekutuan Malaysia .. bagaimana kita nak
meyakinkan generasi muda....anak-anak yang masih dalam pra sekolah, tadika dan
sekolah rendah.. tentang patriotisme dan menghayati konsep-konsep
kenegaraan..sedangkan golongan dewasa..dan pemimpin masih lagi tidak ada
kompromi dan konsensus mengenai isu agama!
Apa pun kebaikan atau Good part isu ini ialah masih ramai lagi orang-orang Malaysia yang
waras ..orang-orang Islam dan orang-orang Kristian yang bersifat liberal.. terutamanya di Sabah dan juga
Sarawak. Malah keharmonian yang sedia terjalin sebelum tertubuhnya Persekutuan
Malaysia menjadi resipi perpaduan yang jitu antara pelbagai kaum di kedua-dua buah
negeri. Syukur masih ada pemimpin NGOs yang berpandangan terbuka dengan
mengadakan perhimpunan damai bagi mengeratkan silaturrahim antara orang Islam
dan bukan Islam yang membuktikan masih banyak warganegara Malaysia yang
inginkan keharmonian, kedamaian dan kesejahteraan.. Orang-orang Islam yang
dilabel liberal oleh Ibrahim
Ali..adalah golongan yang kuat iman..teguh prinsip serta akidah dan tidak mudah
digoda kerana mereka sanggup bersikap toleransi dan menerima orang lain yang
mempunyai anutan agama yang berbeza. Orang Islam yang liberal tidak akan mempergunakan agama sebagai platform untuk
mengukuhkan kedudukan dalam komuniti... Orang Islam yang liberal tidak
mempergunakan agama sebagai bukti mereka pejuang Islam.. cukup mereka
menghayati dan mengamalkan semua rukun Islam seperti yang dituntut oleh
agama..berbakti kepada agama dan tidak perlu menunjuk-nunjuk ...
The Good (kebaikan) hasil isu ini, ialah bahawa
pihak berkuasa seperti JAKIM, Jabatan Agama Islam Negeri harus peka dan sedar adanya..keperluan
meningkatkan usaha untuk memperkukuhkan akidah umat Islam..memperkuatkan iman
umat islam dengan mengadakan lebih banyak kelas mengaji Al-Quran..di
Kementerian dan Jabatan Kerajaan...memperbanyakkan kelas-kelas agama di
komuniti-komuniti bandar ... memperbaiki diri orang-orang Muslim agar lebih resilience..lebih jitu..lebih
berkeyakinan menghadapi segala dugaan dalam era dunia tanpa sempadan... agar orang
Muslim Malaysia dilihat sebagai penyatu
dan pendamai masyarakat berbilang kaum...
Berpikir lah sejenak...merenung dan perhatikan disekeliling kita... apa yang berlaku di Selatan Thailand..di
Mynmar....dan jadikan ianya satu iktibar serta panduan ..agar perkara seumpama
itu tidak berlaku di Malaysia ini .... Hargailah kedamaian .. hayati lah kesejahteraan...
dan syukurilah keharmonian Malaysia ...
Pandangan Yang Cukup Bernas..
ReplyDelete