Wednesday, March 12, 2014

Kewarasan Mental VS Ketaksuban Politik

Gila..tak berakal dan tidak ada hati perut..atau tiada perasaan… begitulah pandangan aku terhadap segelintir individu yang menyerupai manusia atau beberapa ekor binatang yang menyerupai manusia ..yang mengeluarkan kenyataan..yang menghina..yang mencerca dan paling burok ..paling teruk..menuduh pihak lain menyebabkan kehilangan pesawat MH 370 …dengan alasan untuk menutup isu yang berkaitan dengan pemimpin mereka… apa teori dan alasan mereka hingga sanggup menyamakan apa yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun 1991 … dan menganggap insiden kehilangan pesawat MH 370 sebagai satu konspirasi politik … dan menuduh orang lain sanggup mengorbankan ratusan nyawa manusia sebagai galang ganti pengukuhan kedudukan politik! Subhanallah.. begitulah pandangan golongan yang aku kata binatang yang menyerupai manusia..kerana tiada sedikit pun perasaan simpati terhadap mangsa yang hilang atau pun perasaan empati kepada kaum keluarga dan sanak saudara mereka..yang menunggu penuh harapan..

Adakah mungkin akal mereka sudah dicuci dengan klorox hingga mereka tidak mampu berpikir dengan waras lagi ? atau hati mereka sudah begitu hitam..hingga hilang segala perasaan kemanusiaan dalam diri mereka … ketaksuban politik mereka sudah sampai ke tahap dimana setiap apa yang berlaku di sekeliling mereka..di politikkan..setiap apa yang berlaku ke atas diri mereka dan penyokong mereka adalah konspirasi dan salah orang lain.. dan setiap apa yang berlaku dalam kehidupan mereka adalah politik semata-mata … Wallahualam … jika ahli politik yang ketaksuban ..dengan ideologi perjuangan mereka..dan melihat diri mereka adalah pilihan terbaik… aku masih lagi mampu menerima dan memahami … tetapi ..bila ada golongan pelajar yang belajar di universiti awam..belajar pun pinjam PTPTN… asyik mengutuk..mencerca … apakah kes mereka? Sedarkah diri mereka itu masih banyak yang perlu dipelajari dalam kehidupan mereka…sedarkah mereka peranan mereka sebagai pelajar dan tanggungjawab mereka kepada penat jerih ibu bapa yang bertungkus lumus bekerja mencari duit supaya mereka dapat belajar di peringkat yang tertinggi..dan sedarkah mereka aspirasi serta ekspektasi ibu bapa terhadap mereka? Aku tidak paham bagaimana golongan-golongan ini mampu melihat kesengsaraan..penderitaan dan kepedihan yang dialami dan dirasai oleh jutaan manusia itu sebagai satu lelucon..bahan jenaka ..dan bahan fitnah yang melampau ..

Ketidakwarasan mental sebahagian warganegara Malaysia ini membuktikan betapa kita masih belum matang..dan belum bersedia untuk menjadi negara maju yang komprehensif.. Komander armada tentera laut Amerika Syarikat ..sebuah negara yang terkuat dan paling berpengaruh di dunia memuji usaha gigih dan professional Malaysia ..namun.. ada pemimpin-pemimpin politik kita pula yang memperkecil dan mentertawakan usaha kita sendiri .. malang sekali … akibat ketaksuban dan minda yang sudah dikaburi dengan pelbagai perkara negatif…. aliran negatif ini menular kepada penyokong-penyokong mereka yang sudah menjadi buta hati dan mata…hingga mereka hanya mampu melihat segala kebaikan berlaku di pihak mereka dan melihat keburukan sahaja di pihak lain… keadilan hanya berlaku jika ianya memihak mereka..dan jika tidak itu adalah konspirasi politik semata-mata!! … inilah ideologi dan fahaman politik di Malaysia …yang lebih melihat politik sebagai satu kehidupan dan bukanya satu alat untuk menguruskan kehidupan …

Parahnya generasi akan datang apabila golongan pelajar..golongan yang dianggap intelektual..golongan pelapis pemimpin masa depan ..golongan harapan juga mengalami ketidakwarasan mental apabila tidak mampu membuat penilaian dan analisa dengan jelas. Ada yang sudah dikaburi dengan hasutan fitnah..ditimbuni dengan segala sumpah seranah dan diisi dengan ilmu pengetahuan yang salah .. sehingga mereka abaikan tanggungan mereka terhadap ibu bapa yang menaruh harapan kejayaan yang gemilang pada anak yang disayang … mereka sanggup berbudi menggadai diri berjuang menjadi tunjang kepada perjuangan yang belum pasti.. perjuangan mengangkat martabat individu yang bercita-cita tinggi … tetapi kemana hala tuju mereka apabila semuanya tidak menjadi ? Apakah usaha mereka dihargai ? Apakah penat lelah mereka dibela nanti?. Apakah jaminan kehidupan masa depan mereka nanti?  Pada pandangan aku..tidak salah untuk menyokong mana-mana parti politik berdasarkan ideologi dan pandangan masing-masing ..kerana itu hak demokrasi mereka… tapi jangan sampai pendidikan terabai… keutamaan terpesong dan hasrat serta impian ibu bapa berkecai …

Dalam situasi krisis yang sedang kita hadapi …sepatutnya ada kewarasan mental yang jitu..ada perasaan kemanusiaan yang satu ..ada rasa simpati dan empati yang padu ..kerana kita tidak tahu..hari ini hari mereka dan keluarga mereka..entah esok lusa dan hari-hari berikutnya..ianya berlaku pada keluarga..sanak saudara kita pula… jangan la sesedap mulut kita mengata..mencerca.. jangan begitu mudah mentertawa dan mempersenda …jangan begitu mudah menghina … walau pun dalam diri ada dendam…dalam hati ada kebencian …

Ingatlah..hidup kita ini ada putaran ..ada kitaran nya..


#Berdoalah untuk MH370.

No comments:

Post a Comment