Insiden kehilangan pesawat MAS
MH370 membuktikan tingginya nilai-nilai kemanusiaan rakyat Malaysia yang
berbilang bangsa dan juga membuktikan adanya dikalangan 28 juta rakyat Malaysia
ini yang tidak mempunyai perasaan …. perasaan dan hati mereka sudah sekeras
batu.. atau pun mereka tidak ada nilai-nilai seorang manusia kerana yang
tinggal dalam diri mereka hanya nilai-nilai haiwan atau syaitan yang bertopengkan
manusia. Aku berpendapat sedemikian kerana ada di antara kata-kata nista dan
cacian di lemparkan kepada penumpang dan juga krew MH370 ..seperti tiada belas
kasihan dengan nasib yang menimpa mereka dan juga tiada simpati untuk keluarga
yang menyayangi mereka. Kata-kata seperti pergi mampos..dan padan
muka menunjukkan si penulis atau penutur kata-kata itu sudah hilang
kewarasannya sebagai seorang manusia …..dan pada aku orang sebegini hanya layak
dilayan sebagai seekor binatang buas yang berkeliaran di hutan Afrika ..
Andailah peristiwa itu berlaku
kepada keluarga-keluarga, rakan taulan orang yang gemar melontar dan melempar
kata-kata nista ..kata-kata yang menghina … apakah perasaan mereka? ADakah
mereka akan gelak ketawa seperti sekarang ini dan melihat insiden itu sebagai
satu lelucon atau bahan jenaka ? Atau mereka terus meracau-racau …seperti orang
yang hilang akal atau bertindak bodoh dengan menyalahkan orang lain di atas tragedi
tersebut sepertimana yang dilakukan oleh warga China … Cubalah bayangkan diri
anda berada dalam situasi keluarga mangsa …yang menunggu penuh setia…resah
gelisah trauma dan gundah gulana ..menunggu dan menunggu… mungkin juga mereka
seperti anjing gila..yang akan menyalak tak henti-henti …
Lebih dahsyat lagi ialah
kata-kata fitnah dan tuduhan serta teori yang langsung tidak masuk akal yang
dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin yang menguruskan insiden. Sebanyak 26
negara menghulur bantuan dengan penuh rela … tetapi ada segelintir daripada
kita ini yang hanya duduk memerhati di hadapan TV..bukan sahaja tidak
menyumbang apa-apa bantuan …malah pandai-pandai pula membuat pelbagai tohmahan
dan teori sendiri. Lebih parah ..bukan sahaja fitnah dilontarkan malah sanggup
pula menghasut orang luar supaya mencerca dan mencaci segala usaha yang
dilakukan orang lain… hinggakan sanggup melihat negara sendiri
dihina..dilemparkan pelbagai tuduhan liar …. kerana semata-mata demi kuasa
politik yang diidam-idamkan … kerana sikap rasis yang keterlaluan … kerana
hanya melihat dirinya betul ..walaupun diri masih belum pasti suci seperti yang
dibayangkan … golongan seperti ini sebenarnya sudah hilang segala nilai diri
mereka kerana terlalu fokus untuk berkuasa…hingga menidakkan usaha orang
lain..dan tidak peka kepada nasib sebenar mangsa … dan juga keluarga mereka …
dahlah tidak membantu wang ringgit, tenaga maupun idea…pandai-pandai pula
mengkritik orang lain… menghasut pulak tuu…
Aku tabik hormat kepada
pemimpin-pemimpin yang mengurus insiden MH370 bukan kerana mereka Menteri atau
pun orang yang berkuasa..tetapi aku melihat ketabahan mereka, ketenangan mereka
dan nilai-nilai kemanusiaan dalam diri mereka. Walau pun dihina, dicerca,
difitnah dan dilontar dengan pelbagai soalan..mereka tetap tenang..mereka tetap
tabah walaupun dalam hati nurani mereka tiada siapa yang tahu betapa gusarnya
perasaan mereka. Mereka juga manusia..yang tahu erti kesedihan..yang tahu erti
kesengsaraan…apabila tak mampu lagi menahan emosi ..diluahkan dengan linangan
air mata … mereka tak pernah marah apabila ditanya soalan peribadi …mereka
tidak melenting apabila dituduh menyimpan maklumat dan mereka tidak bertindak
balas apabila dihina dimaki dan dicerca… dan mereka tak mengatakan ‘You Ulang I Saman’ setiap kali ada
soalan yang bersifat terlalu peribadi …. bukan aku memuji kerana mereka orang
yang berkuasa tinggi tetapi aku melihat kewibawaan seorang pemimpin yang perlu
kita hormati ….
Nilai-nilai kemanusiaan
diterapkan oleh semua fahaman agama dan pastinya TIDAK ada satu agama pun didunia ini mengatakan jiwa
dan nyawa manusia itu tidak berharga. Seharusnya kita sentiasa menghargai jiwa
manusia tak kira apapun situasi yang kita hadapi. Manusia telah diberikan akal
untuk berfikir dan hati untuk merasai nurani ..berbanding binatang yang hanya
ada hati tetapi tidak ada akal untuk berfikir. Golongan manusia yang tidak
menghargai jiwa dan nyawa orang lain ialah spesis Neanderthal , satu spesis
manusia yang sudah pupus yang pernah wujud dizaman batu dahulu kala. Spesis ini
tiada perasaan hanya akal yang berfokus untuk kelangsungan kehidupan mereka
sahaja. Nilai kehidupan mereka hampir sama dengan nilai-nilai seekor binatang
yang buas.
Pada pandangan aku..itulah
persepsi dan tanggapan aku terhadap segelintir manusia dalam kelompok 28 juta
manusia di bumi Malaysia ini yang melihat insiden MH370 sebagai satu lelucon,
satu jenaka dan juga bahan untuk lontaran fitnah..dan situasi untuk dicaci dan
dihina … walau pun sebenarnya aku marah …namun aku begitu sedih terhadap
mereka-mereka ini kerana apakah akan terjadi kepada mereka suatu hari nanti
jika perkara yang sama menimpa keluarga mereka..sahabat mereka..sepupu..suku
sakat mereka..? Adakah mereka masih mampu ketawa ..membuat lawak jenaka..atau
adakah mereka juga memohon simpati dan empati daripada masyarakat dan pemimpin
yang mereka sangat benci?
No comments:
Post a Comment