“Ya Allah, Ya Tuhan kami selamatkanlah krew dan penumpang penerbangan
MH370. Ya Allah..permudahkanlah usaha-usaha pihak-pihak mencari dan menyelamat agar
mereka dapat segera menemui kapal terbang MH 370 …Amiiin” ..hanya itu
sahaja aku mampu lakukan untuk mereka.. dan kepada keluarga mereka ..aku hanya
mampu memohon mereka terus bersabar, bertawakal dan terus berdoa.. Mata ku
dikaburi genangan air mata…hati terasa sebak setiap kali mendengar berita di TV…rasa
gelisah… walaupun aku tiada hubungan dengan sesiapa pun dalam penerbangan MH
370. Namun aku ada hubungan sebagai rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang
manusia … yang mudah tersentuh hati dengan apa yang sedang berlaku ..iaitu
kehilangan pesawat milik Malaysia Airines MH370 yang membawa 227 penumpang dengan
12 anak kapalnya.Air mata ku tetap mengalir…. mengenangkan nasib mereka..
Pun begitu aku berasa sedih dan
kecewa dengan beberapa kenyataan dan komen beberapa individu yang sudah hilang
ciri-ciri dan sifat kemanusiaan mereka..rasa empati dan simpati yang terhakis
akibat kebencian mereka..akibat rasa dendam yang dipendam sehingga mereka mampu
menjadi inisden itu sebagai bahan jenaka dan juga politik murahan dengan
menuduh orang lain sengaja melakukan nya untuk mendapat publisiti murahan atau
menutup perkara lain.. betapa rendah nya moral, integriti dan
martabat mereka-mereka ini yang langsung tiada rasa belas..langsung tiada
perasaan sensitif dan kasihan kepada kaum keluarga penumpang dan krew yang
terlibat dalam insiden tersebut ..what type of humans are these peoples ..or are they humans? ..jika pun mereka terlalu
membenci..jika pun mereka memang tidak suka dengan pemerintah..sekurang-kurangnya
mereka melihat kesedihan keluarga-keluarga yang terlibat .. dan tidak menjadi
perkara itu sebagai lawak jenaka murahan mereka … apa yang mereka lakukan
merupakan cerminan diri sebenar mereka, sikap dan sifat mereka yang sebenar
yang menggelar diri mereka seorang pemimpin..yang menggelar diri mereka
penyokong parti politik … mungkin satu hari nanti Tuhan akan tunjukkan kepada
mereka ..apa yang dirasai oleh keluarga-keluarga mangsa yang terlibat dalam
insiden kehilangan MH 370…apabila perkara serupa berlaku kepada keluarga mereka
sendiri .. aku tidak mendoakan nya..tetapi what
goes around comes around.. dan aku juga berharap pihak berkuasa mengambil
tindakan undang-undang ke atas mereka yang menuduh orang lain sengaja melakukan
perkara itu untuk mendapat publisiti … Subhanallah ….
Aku ucap tahniah dan syabas
kepada pihak-pihak yang mengambil tindakan segera bagi mencari dan menyelamat
penumpang dan krew penerbangan MH 370 ..dan ucapan penghargaan kepada
negara-negara seperti Singapura, Vietnam, China dan Amerika Syarikat yang
menghulurkan bantuan kepada pihak berkuasa Malaysia. Semoga usaha-usaha mereka
mampu mempercepatkan lagi penemuan dimana sebenarnya pesawat MAS penerbangan MH
370. Aku kagum dengan beberapa tokoh ternama seperti Lee Hsien Loong, Barrack
Obama dan pemimpin dunia lain yang memohon rakyat mereka mendoakan keselamatan
krew dan penumpang penerbangan MH 370 ..berbanding beberapa pemimpin negara
kita yang lebih mengutamakan politik daripada sifat kemanusiaan mereka.
Beberapa pemimpin politik negara kita begitu sukar untuk memisahkan diri mereka
atau membezakan apa itu politik dan apa itu kemanusiaan..kerana mengambil
kesempatan menghentam dan mengkritik pemerintah apabila berlakunya krisis
seumpama ini. Alangkah baik nya jika pemimpin-pemimpin politik mengenepikan
fahaman politik mereka dan sama-sama mendoakan keselamatan penumpang dan krew
MH 370 ..bukanya mengeluarkan kenyataan yang bersifat sinis..jelik dan keji
seperti apa yang kita baca di laman-laman sosial . Alangkah ruginya negara mempunyai
pelajar-pelajar pengajian tinggi yang tidak mempunyai kualiti pemikiran yang
matang ..tidak sensitif dan tidak perihatin kepada kesusahan orang lain …
alangkah malangnya negara mempunyai segelintir rakyat yang tidak dapat membeza antara politik
dan sifat kemanusiaan… dan alangkah sedihnya parti politik yang mempunyai
pemimpin yang tidak memperdulikan nasib rakyat..sebaliknya hanya tahu
mempolitikkan semua perkara… walaupun ianya melibatkan nyawa beratus-ratus
manusia!!.
Aku berharap dan berdoa..seperti
jutaan warganegara Malaysia yang lain agar penumpang dan krew MH 370 selamat ..
dan kepada kaum keluarga yang terlibat … untuk terus tabah dan bertawakkal …
hanya doa yang mampu kami berikan untuk MH 370…. Aku tidak mampu menahan air
mata ku ..dan aku berharap kepada semua untuk BERHENTILAH membuat spekulasi dan
juga komen-komen yang tidak berperikemanusiaan…
No comments:
Post a Comment