Hari ini memang aku dah tak ada idea
nak tulis tentang apa…kalau nak tulis tentang MH 370 ..apa lagi yang aku nak
perkatakan…kerana sehingga kini kecanggihan teknologi yang di bawa oleh tentera
Amerika Syarikat pun tak mampu nak cari lokasi pesawat … nak cerita tentang
pilihan raya kecil Kajang dan juga Balingian pun ..aku malas sebab aku tak
berada di kedua-dua lokasi…lagipun biarlah hal politik ini untuk orang-orang
yang mahir berpolitik untuk berpolitik ..he he he.. tiba-tiba aku teringat satu
emel dari seseorang yang seringkali memberi maklumbalas bila aku hantar emel tak kira apa..pasti ada
komen dan kritikan nya … tinggi juga pangkatnya …biasa la kan ..orang yang
tinggi pangkat nie..selalu ada idea-idea yang lebih baik dan bila ada orang
yang rendah pangkatnya memberi idea..pasti idea itu dilihat macam tak boleh di
pakai atau tidak berguna pada organisasi …
Maka ..timbul pula idea nak
menulis pasal orang yang pandai..memandai-mandai dan terpandai. Maksud pandai mengikut kamus
ialah orang bijaksana..cerdik..panjang akal, mahir..walau
pun dalam bahasa Melayu kuno, pandai bermaksud tukang yang mahir ..seperti pandai emas = tukang emas , pandai tilik=tukang tilik dan sebagainya.
Perkataan memandai-mandai pula adalah dari suku kata pandai yang
bermaksud orang yang membuat sesuka hati mengikut tafsiran sendiri..manakala
kata terpandai
bermaksud orang yang paling bijak, paling cerdik dan paling mahir
..dikalangan orang-orang yang bijak pandai. Berbalik kepada apa yang aku kata
awal tadi, iaitu apabila idea-idea datang dari orang-orang bawahan dalam
organisasi, selalunya orang yang berpangkat tinggi atau orang yang merasakan
pangkatnya tinggi akan sering memperlekehkan idea-idea itu kerana merasakan
idea-idea mereka lebih baik …disebabkan mereka mempunyai pendidikan yang lebih
tinggi dan berpangkat lebih tinggi .. jadi apa pun idea orang bawahan…biasanya
dalam organisasi akan masuk ke dalam bakul sampah pada golongan yang menganggap
diri nya terpandai!.
Dalam pada itu satu golongan
lagi, iaitu golongan yang memandai-mandai memang teramai dalam
organisasi kerana merasakan diri mereka terpandai dalam melakukan sesuatu
walaupun seringkali melakukan kesilapan. Akibat kurangnya ilmu malu dalam diri
mereka, mereka tidak akan mengaku kegagalan berpunca daripada mereka malah akan
sentiasa menuding jari pada pihak lain..dan golongan memandai-mandai ini
selalunya akan membawa kerosakan kepada organisasi. Golongan ini juga selalu
bersikap bodoh sombong dan tidak akan menerima nasihat orang lain atau belajar
daripada kesilapan lalu yang telah mereka lakukan. Lagipun golongan yang memandai-mandai ini bijak
memanipulasikan suasana dan situasi dan mudah mempengaruhi golongan yang terpandai.
Bila aku recall balik maklumbalas dan komen-komen yang aku terima daripada
emel pegawai berkenaan aku cuma dapat membuat dua andaian, iaitu dia nie memang
betul-betul pandai atau pun mempunyai otak yang tidak seimbang … he he
he..itulah kesimpulan aku selepas aku membuat kajian ringkas kepada sikap dan
sifat pegawai tinggi itu melalui temubual dengan orang-orang yang pernah
bekerja dengan nya …
Maka kalau kita pandai, bijak, cerdik dan mahir sekalipun, gunakanlah kepandaian, kebijaksanaan, kecerdikan dan kemahiran itu kepada perkara yang positif dan berguna untuk organisasi serta masyarakat..dan bukan untuk mengkritik, menghentam serta memperlekeh kerja orang lain tanpa batasan.. seolah-olah dia sahaja yang betul.. kerana jika tak tahu tujuan dan objektif kerja orang lain..lebih baik duduk diam daripada memandai-mandai..
No comments:
Post a Comment