“Kenapa negeri-negeri yang tidak menyokong BN sering mendapat perhatian
BN dan diberi bantuan yang lebih besar berbanding negeri-negeri yang sentiasa
menyokong BN. Contohnya Sarawak..yang dikatakan ‘fixed deposit’ BN?” ..tanya
anak gadisku yang kini sudah layak menjadi seorang pengundi. “Ambik contoh Pulau Pinang..dua pilihan
raya..BN tewas di tangan pakatan rakyat…tetapi
sudah ada dua jambatan yang terpanjang di Asia Tenggara!”..katanya
lagi. “Negeri Sarawak…yang sentiasa menyokong
BN…sampai hari ini pun tak ada lebuh raya ..macam lebuh raya di Semenanjung
ini!” …katanya. Aku terkedu seketika …dan dalam otakku mencari –cari apakah
hujah yang harus aku berikan kepada anak ku ini…yang amat jelas inginkan
pencerahan kenapa ianya berlaku begitu. Dalam aku tercari-cari jawapan
..tiba-tiba dia berkata lagi ..”mungkin
kalau Sarawak undi pakatan rakyat..mungkin BN kan beri lebih perhatian!”.
Pantas aku menjawab..”kalau orang Sarawak
undi pakatan rakyat..BN dah tak jadi kerajaan lagi …pakatan rakyat akan jadi
kerajaan dan BN akan menjadi pembangkang la pulak”. “Kenapa?”…
tanya nya lagi . “Sebabnya kalau BN
Sarawak kalah semua kerusi …maka BN Pusat cuma ada 108 manakala pakatan akan
ada 114 kerusi dan memberi pakatan rakyat sebagai kerajaan pusat”. .jawab
aku..untuk meyakinkan anak aku yang mula berminat tentang soal-soal
pembangunan.. aku tahu jawapan aku tidak mampu meyakinkan anak aku yang nampak tidak
berpuashati.
Soalan itu muncul semasa kami
menyaksikan perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang oleh YAB Perdana Menteri yang penuh gilang
gemilang. Inilah persoalan-persoalan yang sering diperkatakan oleh
pengundi-pengundi di Sarawak dalam setiap pilihan raya. Soal jalan raya yang
sehingga kini sentiasa masih dalam pertimbangan. Tahun demi tahun..dari sewaktu
Leo Moggie menjadi Menteri Kerjaraya dan Perhubungan …hingga kini ….janji untuk
membina lebuh raya Pan Borneo hanya tinggal janji … Mampu kah Menteri Kerja
Raya yang baru Datuk Fadillah Yusof memenuhi aspirasi rakyat Sarawak? Satu
ketika ada jawapan yang pada pendapat aku agak tidak masuk akal daripada
seorang Menteri Kerja Raya (many many moons ago) apabila ditanya kenapa Sarawak tidak mempunyai lebuh
raya… “jumlah kenderaan (traffic volume)
terlalu rendah untuk membina sebuah lebuh raya walaupun hanya dua laluan
sahaja..dan tidak berbaloi dengan peruntukkan yang akan disediakan”. Itulah
jawapan paling bijak daripada seorang menteri yang sepatutnya mempunyai
pandangan masa depan..kerana jumlah kenderaan akan bertambah dari hari ke
hari..dari bulan ke bulan…tak kan la jumlah kenderaan di Sarawak tidak
bertambah… pada pandangan aku jika di tahun 1990an dulu dah dimulakan dengan
pembinaan lebuh raya berperingkat-peringkat..mungkin lebuh raya tersebut sudah
siap dibina sebaik sahaja masuk era tahun 2014.. kalau lah pembinaan lebuh
raya itu mengambil masa 20 tahun lamanya!!.
Isu mengenai jalan raya di
Sarawak merupakan isu yang akan terus diperkatakan…termasuklah jalan raya
menghubung Bandar Kapit ke daerah-daerah lain. Kapit merupakan satu-satunya bandar
sejak 50 tahun dulu menjadi sebuah ‘pulau’
yang hanya mampu dihubungi melalui laluan air atau udara. Pun begitu pengundi
di Kapit tidak pernah mengecewakan BN dalam setiap pilihan raya umum atau pun
pilihan raya negeri. Begitu juga dengan Pulau Bruit, yang merupakan pulau kedua
terbesar di Malaysia dengan jumlah penduduk 30 ribu orang sahaja .. tidak
pernah mengecewakan BN dalam setiap pilihan raya..namun..tiada kemudahan asas
seperti bekalan air bersih/paip … apatah lagi sebuah jambatan untuk
menghubungkan penduduk nya dengan tanah besar. Pulau Bruit hanya dapat diakses
melalui laut..dan tragedi bot karam baru-baru ini sepatutnya menjadi iktibar
dan pengajaran kepada pemerintah untuk menangani masalah dan mencari satu
penyelesaian agar pengundi yang taat setia ini diberi ganjaran untuk menikmati
suasana kehidupan yang lebih baik di atas kesetiaan mereka kepada pemerintah.
Program-program loyalty oleh syarikat-syarikat besar
seperti MAS, AirAsia dan juga gedung-gedung membeli belah seharusnya menjadi
contoh kepada pemerintah kerana loyalty
akan mengikat pembeli-pembeli untuk terus membeli di gedung mereka atau
menggunaka perkhidmatan mereka..jika ingin menikmati pelbagai kemudahan dan
penjimatan. BN juga sepatutnya menggunakan kaedah yang sama ..walaupun mungkin
dalam modus operandi yang berbeza, iaitu kawasan-kawasan..negeri-negeri yang
sentiasa taat setia menyokong BN harus diberi KEUTAMAAN dalam memberi
pembangunan dan peruntukkan berbanding kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang
sentiasa menolak mereka. Kawasan-kawasan dan negeri-negeri yang membangkang
tetap diberi bantuan dan juga pembangunan..tetapi ditahap yang agak minima .. supaya
dapat dilihat sejauh mana parti yang mereka sokong memberi bantuan dan
pembangunan kepada mereka seperti yang dijanjikan di dalam manifesto atau
semasa mereka berkempen. Jangan sampai satu ketika kawasan-kawasan dan
negeri-negeri yang sering menyokong BN hanya melihat..menonton melopong apabila
BN lebih menumpu perhatian kepada kawasan-kawasan yang membangkang…akhirnya
yang taat setia pun akan goyah dan akhirnya berpaling tadah. Mungkin inilah
yang berlaku ketika ini apabila BN terlalu nak ambil sangat hati
pengundi-pengundi yang beralih arah hingga terlupa mereka mempunyai
pengundi-pengundi setia yang tegar … yang terabai.
Apa yang aku tulis ini adalah
satu pandangan hasil beberapa reaksi anak-anak muda Sarawak yang melihat trend
ini semakin menjadi-jadi. Apatah lagi dengan beberapa NGO yang mula bersuara
mengenai referendum..amat jelas sudah ada bibit-bibit ketidakpuasanhati
pengundi-pengundi muda terhadap apa yang berlaku. Meskipun ketika ini..ianya
tidak begitu nampak serius..namun bibit-bibit ini boleh mengancam kedudukan BN
negeri di pilihan raya negeri akan datang dan seterusnya PRU ke 14. Isu sebegii
perlu ditangani lebih awal dan dibuktikan betapa seriusnya BN untuk membina
kemudahan prasarana yang lebih baik di Sarawak berbanding dahulu ..dan
janji-janji PM Najib dan juga TPM Muhyiddin terhadap Sarawak perlu dikotakan
..kerana jika BN Sarawak tumbang pada PRU ke-14 nanti..tumbang juga lah BN
pusat … ini satu realiti yang harus diterima ..oleh semua pihak ..suka atau
tidak …dengan adanya 33 peratus pengundi muda daripada 90 ribu pengundi
berdaftar di Sarawak. Dalam tempoh pilihan raya negeri akan datang dan juga PRU
ke-14 nanti angka ini akan bertambah kepada peratusan yang boleh mempengaruhi
keputusan pilihan raya, justeru isu kemudahan dan prasarana Sarawak perlu
diberi keutamaan selain peluang pekerjaan.
something to worried about....
ReplyDelete