Baru-baru ini tersiar gambar
seseorang yang didakwa seorang Pengetua sebuah rumah amal yang sedang
berfoya-foya yang menyebabkan ramai memberi reaksi negatif . Persepsi negatif
terhadap rumah amal atau tahfiz sebenarnya sudah lama diperkatakan oleh orang
ramai yang sering melihat anak-anak yatim memohon derma di kawasan R & R
..stesen minyak…pusat membeli belah…dan juga tempat orang makan minum… adakala
anak-anak ini masih lagi mengutip derma hingga jam 12.00 malam..merayau memohon
simpati ..walau pun mereka kelihatan keletihan…namun terpaksa mengagahi juga
bergerak dari meja ke meja… atau pun dari kereta ke kereta. Mereka akan
tersenyum jika ada yang menghulur seringgit dua..atau membeli barang yang
mereka jual. Mereka akan menolak apa jua ajakan untuk makan minum..jika ada
orang berkeras tidak mahu menderma tetapi sebaliknya memberi mereka makan… aku
pun heran kenapa anak-anak yatim ini masih lagi berkeliaran memungut derma
sehingga larut malam… teruk sangat ke keadaan rumah anak-anak yatim atau rumah
tahfiz atau rumah amal yang mereka duduki hingga terpaksa meminta derma hingga
waktu-waktu yang dianggap tidak sesuai terutamanya diusia mereka… jika kita
tidak mahu membeli..mereka akan merayu memohon simpati … benarkah mereka ini merupakan
mangsa sindiket ?
Satu lagi senario memohon derma
ialah orang-orang buta yang dibawa oleh orang celik.Ini pun kurang menyenangkan
kerana pada pandangan aku..tahukah si Buta yang menghukur tangan itu jumlah
yang mereka terima ..atau mereka bergantung harap sepenuhnya kepada si Celik
yang membawanya? Kenal kah si Buta itu berapa RM1, RM5 atau RM10 yang
diterimanya? Boleh dikatakan di setiap tempat makan di Kuala Lumpur dan juga
Putrajaya..di Kajang atau di Bangi..pasti ada golongan ini.. bergerak dari satu
meja ke satu meja…bayangkan…satu meja menghulur RM1.00..kalau ada 100
meja..mereka boleh dapat RM100.00..itu satu tempat..kalau mereka bermula dari
pagi hingga larut malam dan pergi ke empat hingga lima kawasan ? Woooooo…banyak
pendapatan mereka dalam datu hari … bukanlah nak mengungkit perihal nak
derma..tetapi kenapa mereka ini bebas ke sana kemari ..kadang-kadang orang
boleh terjumpa orang yang sama…dalam satu hari di dua lokasi yang berbeza.
Adakah mereka juga dikawal oleh sindiket? Adakalanya kita marah juga..sebab
baru nak duduk makan dengan keluarga..datanglah puak-puak memohon derma
mengelilingi meja..menjadi suasana tidak seronok dan tidak selesa …
Ada lagi satu cara sindiket
memerah tenaga manusia untuk mendapatkan duit…iaitu dengan menjual kuih muih…
dulu aku dan keluarga selalu membeli rempenyek dari seorang ibu tua..yang
sering berjual di Presint 9 Putrajaya…tetai setelah melihat sendiri mereka ini
sebenarnya alat kepada sindiket..aku pun tak beli … secara tak sengaja satu
hari aku ternampak beberapa kaum wanita yang agak lanjut usia ini di turunkan
oleh sebuah van… di satu kawasan.. dan setiap wanita ini membawa dua buah
bungkusan besar yang berisi dengan kuih-kuih kering..seperti
rempenyek..keropok..maruku …untuk dijual kepada pelanggan yang makan minum di
gerai-gerai … aku kasihan melhat wanita-wanita ini diperalatkan oleh
orang-orang tertentu untuk mengaut keuntungan… tapi apakan daya..aku bukan
seorang penguatkuasa…
Selain itu..di setiap kawasan
tumpuan orang ramai pasti ada orang yang menyediakan tabung untuk mohon
derma..samada untuk bina masjid..bina rumah tahfiz..atau untuk anak yatim..ibu
tunggal dan sebagainya… yang kudung..yang cacat..semua ada menghulur tangan
emohon ehsan orang ramai yang lalu lalang .. walau pun hati marah…kita hulurkan
juga derma..mungkin tak banyak..seringgit dua…tetapi kalau di sepanjang jalan
itu ada berpuluh tabung..berpuluh tangan…tak mampu juga kita nak menderma..
mahu koyak poket..takkan asyik nak derma sampai sendiri taka da duit nak makan
minum!!... Kalau di SOGO pasti ada Buskers ..menghiburkan pelanggan…yang
keletihan duduk ditangga SOGO…yang baik hati akan menghulur juga..manakala yang
lain..tersenyum gembira bertepuk tangan sahaja..memberi sokongan ke atas usaha
anak muda yang ingin mencipta nama dalam bidang nyanyian…
Di Malaysia ini banyak cara
mendapat duit dengan mudah… seperti ceritera-ceritera di atas.. itupun ramai
yang mengatakan Malaysia ini negara yang tidak demokratik…rakyat negara ini
ditindas … dan negara ini mempunyai undang-undang ‘dinosaur’… namun apa yang kita lihat secara realitinya … begitu
mudah mendapat wang …walaupun hanya dengan menghulur tangan..memohon ehsan
derma. Aku bukan nak mengatakan tidak ada penguatkuasaan dilakukan ke atas
pengemis, peminta sedekah atau pemohon derma..banyak kali dah..banyak juga yang
ditangkap kerana menipu… terutamanya di musim bulan Ramadhan … tetapi negara
ini begitu bebas melakukan apa sahaja…sehinggalah mereka tertangkap atau
ditangkap..itu pun mereka akan mengulangi aktiviti yang serupa apabila
dibebaskan… ada rumah tahfiz yang sah..tetapi berapa banyak? Tidak pun
didedahkan atau dihebahkan oleh pihak yang berkuasa!!.. Mungkin kalau hanya
mengharapkan Jabatan Kebajikan untuk mengambil tindakan… pada pandangan
aku..tidak akan mampu mereka melaksanakan pemantauan sepenuhnya… justeru mana
perginya Skuad Sayang … mana perginya Sukarelawan Kebajikan? Mana perginya
badan-badan yang ditubuhkan untuk membantu orang-orang yang dalam kedhaifan? Nak tunggu berita masuk TV atau suratkhabar
baru nak tunjuk mereka beramal? Atau membuat pemantauan dan beramal itu
menunggu musim juga ke?
Orang Malaysia ini terlalu baik
hati hingga sanggup berjihad menghulur bantuan kepada mana-mana negara yang
dilanda kesusahan..tetapi dalam negara sendiri masih ramai yang memerlukan
bantuan seperti yang dipaparkan dalam program Bersama Mu di TV3 … bila masuk TV
barulah nampak ada orang berebut-rebut hulurkan bantuan..bila keluar
suratkhabar barulah ramai yang datang menjenguk.. sedangkan berbelas
tahun..mereka hidup penuh kedhaifan…hanya mengharap belas ehsan jiran dan orang
yang mulia baik hati menghulur makanan … mana perginya JKKK …mana perginya
Ketua Kaum atau Ketua Masyarakat … mana perginya ahli wakil rakyat kawasan yang
dipilih…. Mana perginya Pusat Zakat..atau Baitulmal …. semua ini menjadi satu
persoalan ? Pada pandangan aku.. program Bersama Mu tidak akan wujud jika
diperingkat kampong lagi sudah ada maklumat yang lengkap… iaitu profail
penduduk mereka sendiri … yang diperkasa diperingkat mukim dan seterusnya
diperingkat daerah…yang akhirnya menjadi profail untuk peringkat negeri … kalau
diperingkat kampong pun sudah tidak tahu siapa dikalangan penduduknya yang
berada di bawah paras kemiskinan..golongan asnaf atau yang dhaif.. …jangan
ditanya lah peringkat mukim, daerah atau negeri . Keduanya ..kurang birokrasi
atau red tape … apabila nak membantu
golongan yang memerlukan… kerana orang tidak akan merayu memohon bantuan jika
mereka tidak berada dalam kesusahan….
No comments:
Post a Comment