PhD menurut kamus bermaksud Doctor of Philosophy dalam pelbagai
bidang pengajian kecuali dalam bidang perubatan dan kadangkala teologi. PhD
merupakan anugerah tertinggi dalam akademik. Pun begitu apa yang aku nak
kongsikan disini ialah maksud PhD di kalangan masyarakat yang boleh aku
kategorikan kepada tiga, iaitu satu, PhD juga boleh bermaksud Pass
Habis Degree atau Pass Habis Darjah, kedua, PhD juga
bermaksud Permanent Head Damage dan
yang ketiga PhD juga membawa makna Perasaan Hasad Dengki. Aku nak
kongsi sedikit sindrom PhD yang wujud dalam masyarakat
kita sepertimana yang telah aku kategorikan dan ini merupakan satu pandangan hasil observation dan tiada berkaitan dengan yang hidup
atau sudah meninggal dunia. Kalau yang terasa tu ..errr..maafkanlah ..he he he
…bukan lah nak mengutuk atau menghina..sekadar satu perkongsian ...
Kategori pertama, iaitu Pass
Habis Degree atau Pass Habis Darjah adalah golongan
bijak pandai yang sentiasa memberi komen, mengkritik, menjatuhkan hukum dan
membuat analisa terhadap kerja-kerja orang lain atau usaha-usaha orang lain
dengan hanya melihat atau mendengar tanpa mempunyai cadangan atau mengetahui
perkara yang sebenar. Golongan ini biasanya boleh menjadi juri, hakim, pengulas
dan penganalisa yang tidak bertauliah yang boleh dilihat di kedai kopi, gerai
makanan, café, restoran dan paling banyak di pejabat-pejabat kerajaan dan juga
swasta. Kumpulan PhD ini biasanya berkumpul dua hingga empat orang jer…dan kita
boleh dengar pandangan dan perbincangan mereka ..terutama selepas sesuatu
program realiti di TV atau selepas sesuatu peristiwa atau tragedi.. Golongan PhD
ini juga jika di pejabat..merupakan orang yang paling hebat dan paling pandai
dikalangan orang yang pandai memberi pendapat dan pandangan…hanya selepas
mesyuarat habis ..atau selepas seseorang membuat pembentangan… tapi heh
heh..bila diminta beri cadangan ..habuk pun tarak …piiiraaaah!!. Jika ada pertandingan apapun…golongan ini lebih hebat
dari hakim atau juri dalam memberi komen dan kritikan …iaitu selepas
pertandingan itu selesai!!.. tapi tak berani sertai pertandingan… he he he…
kan?
Kategori kedua, Permanent
Head Damage adalah golongan manusia PhD yang sentiasa melihat kerja
orang lain tidak betul dan tidak menerima apa jua cadangan orang lain. Golongan
ini biasanya golongan bijak pandai, terlalu pandai hingga merosakkan urat saraf
dalam kepala mereka hingga mereka tidak mampu lagi menerima apa pun kritikan,
apa pun pandangan, apa pun pendapat orang lain. Malah segala usaha orang lain
di pandang serong dan sentiasa mempunyai prasangka yang buruk. Golongan ini
juga sentiasa sinis dalam memberi komen, berpandangan negatif dan paling buruk
golongan ini akan berusaha untuk memastikan kepentingan dirinya didahulukan
daripada kepentingan organisasi. Golongan PhD ini akan pijak sesiapa
saja..sanggup khianati kawan sendiri demi mencapai cita-cita serta kedudukan dalam
organisasi … Jika dirinya sudah ada kedudukan dalam organisasi..dia akan sedaya
upaya memastikan orang lain tidak akan dinaikkan pangkat melebihi dirinya ..
selain itu orang yang ada sindrom Permanent Head Damage ini akan
meletakkan orang-orang yang dia rasa boleh dipercayai nya disekelilingnya untuk
mempertahankan kedudukan nya..dan mana-mana pegawai yang diangap ancaman kepada
karier atau kedudukan nya akan di singkirkan jauh ..atau mana-mana pegawai yang
tidak sependapat dengan nya akan dipindahkan ..
Sindrom PhD yang ketiga, yakni Perasaan
Hasad Dengki ada dimana-mana dalam masyarakat ..di kampong, di taman
perumahan pejabat dan organisasi..golongan ini adalah golongan yang paling
destruktif kepada kehidupan
bermasyarakat dan juga berkeluarga. Orang-orang yang mempunyai sindrom ini
mempunyai tahap keDENGKIan yang amat tinggi..hingga apa sahaja yang tidak
berkenaan di hatinya akan menyebabkan dirinya menjadi dengki. Jika di kampong
atau taman perumahan, PhD boleh wujud kerana jiran sebelah tukar kereta baru,
tukar sofa baru, tukar langsir baru atau membeli set TV yang baru. Pastinya
mulut akan menjuih menjaja cerita ke sana sini kononya jiran nya dapat duit
haram ler..dan sebagainya.. hingga boleh bermewah-mewah begitu … kalau di
pejabat pula..andainya rakan naik pangkat atau dapat anugerah
kecemerlangan..pasti disebar berita kawan tu kuat bodek laa..kuat ampu la..kuat
kipas laa…walhal diri sendiri yang sebenarnya kuat membodek, mengipas atau
mengampu… kalau tak pun dituduh kawan tu anak emas bos laa… atau blue-eyed boy bos laa.. jika seseorang itu mampu melaksanakan
sesuatu amanah tugas pun menjadi satu keDENGKIan kepada orang yang mempunyai
PhD yang tinggi..dan biasanya dia akan berusaha untuk mendapatkan tempat orang
itu agar dirinya mendapat sanjungan sepertimana rakan yang di dengkinya. Bagi
orang yang ada sindrom ini, sanjungan dan pujian harus hanya diberikan kepada
dirinya seorang sahaja…dan jika rakan nya menjadi sanjungan dan pujian, rakanya
akan menjadi seorang musuh kerana sudah mengugat kedudukan nya dalam
organisasi.. jika rakan nya mempunyai reputasi yang lebih baik dalam
organisasi..dia akan sedaya upaya memburuk kan rakan nya di hadapan orang lain
agar rakanya dilihat mempunyai perangai buruk dan jahat oleh orang lain…
Sindrom PhD ini adalah dalam
setiap diri kita namun ianya terpulang kepada diri kita untuk membuat penilaian
dan memastikan ianya tidak menjadi satu penyakit yang boleh menyebabkan diri
kita dibenci dan diboikot oleh rakan-rakan kita kerana sikap kita yang
keterlaluan. Tidak salah untuk merasa irihati dan dengki ..kerana ianya boleh
menjadi perangsang untuk kita memajukan diri..dan bukanya untuk memusnahkan
karier atau kehidupan orang lain. Tak perlu takut kepada bayangan diri sendiri
…tak perlu takut kepada persaingan..jika kita benar-benar hebat ….
No comments:
Post a Comment