Penduduk di sekitar Lembah Klang
sedang menghadapi krisis bekalan air dan menurut SYABAS (Syarikat Bekalan Air
Selangor) pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan
bermula esok sehingga 31 Mac 2014. Lama tuuuu… dan bagaimana dengan kawasan
lain di Selangor..Kuala Lumpur dan juga Putrajaya ? Semalam SYABAS memberi
amaran jika kerajaan negeri Selangor
mengurangkan bekalanair berskala besar, ianya bakal memberi implikasi kepada
tiga juta pengguna. Selain penduduk di Selangor, penduduk Negri Sembilan juga
dikatakan sedang menghadapi krisis bekalan air walaupun SAINS (Syarikat Air
Negeri Sembilan) memaklumkan krisis bakal berakhir dengan adanya penyambungan
paip terus dari Kolam Simpanan Springhill. Krisis bekalan air bukan sahaja
berlaku di Selangor dan Negri Sembilan malah ianya juga bakal berlaku di beberapa
buah negeri seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah ekoran takungan air di
beberapa empangan di negeri-negeri terbabit semakin mencatat penyusutan ekoran
cuaca panas yang melanda negara.
Jika dilihat dari mata kasar
Malaysia sebenarnya tidak sepatutnya mempunyai masalah dari segi membekal air
bersih kepada penduduk negaranya ekoran setiap negeri mempunyai sungai yang
luas dan panjang. Kenapa setiap kali cuaca panas atau kemarau melanda negara pasti
akan berlaku krisis bekalan air kepada penduduk ? Apa punca nya ? Adakah
sebahagian besar air sungai-sungai di negeri-negeri tidak lagi bersih dan mampu
menyumbang kepada bekalan air di setiap negeri ? Aku cuma merasa heran ..
dengan keadaan negara kita yang setiap kali menghadapi krisis air.. akan cuba
menuding jari kepada pihak-pihak tertentu … sedangkan setelah mencapai
kebebasan dan menikmati kemerdekaan selama 56 tahun.. krisis bekalan air tidak
sepatutnya berlaku .. Kita mampu membelanjakan RM4.5 bilion untuk sebuah
jambatan baru menghubungkan Pulau Pinang ke tanah besar Semenanjung … kononnya
bagi mengurangkan kesesakan lalulintas… kenapa kita tidak mampu mencari kaedah
dan membelanjakan jumlah yang sama untuk mencari penyelesaian kepada masalah
yang berkaitan keperluan dalam kehidupan setiap masyarakat ..yang berlaku saban
tahun ? Apakah fungsi SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) ? Jika dilihat
kepada objektif penubuhan SPAN, iaitu To
ensure long term availability and sustainability of water supply including the
conservation of water bermakna SPAN mempunyai kuasa untuk mencari alternatif
bagi memastikan bekalan air di negara ini sentiasa ada .. adakah alternatif lain
selain air sungai dan menyediakan takungan air ?
Pada pandangan aku … bukan la nak
memandai ..mungkin juga kaedah ini sudah dipikirkan oleh orang-orang bijak
pandai dalam pemerintah negera ….aku tahu hampir di setiap negara menghadapi
krisis bekalan air namun mereka sentiasa mencari alternatif seperti menggunakan
air laut sebagai sumber bekalan dengan kaedah desalination iaitu satu proses mengubah air masin menjadi air
minuman . Banyak negara sudah menggunakan kaedah ini bagi menangani masalah
bekalan seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Sepanyol, Amerika Syarikat,
China, Australia dan juga India. Arab Saudi merupakan negara pengeluar desalinated
water terbesar di dunia. Teknologi ini sudah berkembang pesat walaupun pada
awalnya teknologi ini memerlukan kos yang tinggi namun jika negara sering
menghadapi krisis bekalan air dengan bertambahnya penduduk dengan masalah
persekitaran dan kekurangan bekalan sumber sekurang-kurangnya negara ada alternatif
untuk memastikan long term availability
and sustainability of water supply kepada rakyatnya yang kian bertambah. Malaysia
dikelilingi oleh laut di justeru mengapa kita tidak mengambil kesempatan ke
atas sumber yang sudah sedia ada dengan menggunakan teknologi tersebut. Memang
benar ia nya memerlukan kawasan yang luas dan besar (sebab itu mungkin
Singapura tak guna teknologi tersebut untuk sediakan bekalan air mereka
)..tetapi Malaysia adalah negara yang luas… pilihlah negeri mana yang sesuai
untuk dijadikan pusat teknologi itu..terutamanya negeri-negeri Pantai
Timur..Sabah dan Sarawak .
No comments:
Post a Comment