Tuesday, February 25, 2014

Benarkah Kaum Cina Di Sarawak Ditindas ?

Pertamanya aku meletak tajuk seperti itu bukan nak mempertikaikan hak atau kewujudan kaum Cina di Sarawak ataupun mengungkitkan hal-hal perkauman ..tidak sama sekali. Tiada niat untuk mempertikaikan kedudukan mereka kerana aku tau mereka juga mempunyai hak untuk tinggal dan menetap di negara ini sepertimana kaum-kaum lain yang berhijrah ke nusantara  seawal abad ke-7  lagi. Cuma nya aku agak musykil dengan tulisan seorang anak muda dalam blognya Young Ronin 47 yang jelas mengatakan kaum Cina di Sarawak ini ditindas. Aku tidak mempertikaikan perjuangan anak muda yang bernama Abdul Aziz Isa ini yang merupakan Pembantu Khas kepada YB Chong Chien Jen, Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa dari DAP. Itu hak peribadi beliau. Aku juga tidak mempertikaikan perjuangan beliau untuk mengiktiraf kaum Cina dan India sebagai kaum bumiputera di Sarawak. Mungkin ada yang marah namun pada aku beliau perlu membuktikan taat setia nya kepada parti yang memberi makan dan punca rezekinya.. dan juga pada pandangan aku mungkin beliau ingin dilihat sebagai seorang hero..pejuang Malaysian Malaysia demi kelangsungan karier politikya dalam parti tersebut walau pun beliau terpaksa menggadaikan bangsa nya sendiri ..

Apa yang aku musykil ialah kenyataan yang ditulis oleh Young Ronin 47 seperti ini  “Allah mencipta manusia berbeza-beza supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain dan mencari titik persamaan. Apa yang berlaku sekarang, kita didoktrinkan dengan pemikiran Ketuanan Bumiputera manakala menyisihkan peranan kaum 'Bukan Bumiputera' ini. Siapa kita hendak melayakkan diri kita lebih mulia dari bangsa lain sedangkan Allah tidak pernah membezakan makhluk ciptaannya. Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazandusunmurut adalah sama kerana kita adalah manusia. Menafikan hak mereka bermakna kita menindas mereka. Jika kita menindas mereka, maka kita adalah lebih teruk dari binatang. Kita harus bersifat keperikemanusiaan kepada mereka iaitu masyarakat Cina dan India kerana sumbangan mereka dalam pembangunan negara. Bukan itu sahaja, mereka telah menumpahkan taat setia mereka kepada negara tercinta ini masakan pula kita masih menafikan hak mereka? Mereka mempunyai hak diiktiraf sebagai Bumiputera memandangkan mereka tidak pernah memilih untuk menjadi Bukan Bumiputera sewaktu menyertai Malaysia. Jika kita kata Cina dan India adalah pendatang, bukankah kita juga pendatang? Siapa penghuni negeri ini sebelum kedatangan Cina, India, Melayu, Dayak, dan Orang Ulu? Adakah kita memilih untuk dilahirkan di dunia ini sebagai Cina? Melayu? India? Dayak? Orang Ulu? Apakah itu pilihan kita atau ketetapan Allah? Jika Allah telah menetapkan sesorang itu dilahirkan sebagai Cina, kenapa kita hendak menafikan hak mereka? Adakah menafikan hak mereka bermaksud kita menafikan ketentuan Allah?”  “Jika kita hendak negeri ini membangun, kita harus membangunkan dahulu pemikiran kita. Kita haruslah membuang anasir-anasir jahat seperti perasaan syak wasangka dan sifat menindas kita terhadap mereka”

Aku benar-benar terpana dengan ayat-ayat ini “Menafikan hak mereka bermakna kita menindas mereka. Jika kita menindas mereka, maka kita adalah lebih teruk dari binatang” dan juga ayat ini “Jika Allah telah menetapkan sesorang itu dilahirkan sebagai Cina, kenapa kita hendak menafikan hak mereka? Adakah menafikan hak mereka bermaksud kita menafikan ketentuan Allah?” selain ayat ini “Kita haruslah membuang anasir-anasir jahat seperti perasaan syak wasangka dan sifat menindas kita terhadap mereka”.  Samada pemandangan aku ini betul atau salah dari sudut pandangan lahiriah sepanjang aku menjelajah negeri Sarawak .. jika benarlah kerajaan negeri Sarawak menindas kaum Cina di Sarawak..sepertimana dakwaan Young Ronin 47  .. kaum manakah yang paling ramai memiliki rumah-rumah banglo, rumah mewah dua tingkat di setiap bandar dan bandaraya di Sarawak ? Jika lah kaum Cina  ditindas di Sarawak siapakah pemilik kedai, perniagaan di supermall, megamall di bandaraya....kedai-kedai perniagaan dan runcit di setiap bandar, setiap perkampungan dan setiap kawasan perumahan?  Seandainya kaum Cina ditindas di Sarawak siapakah yang menguasai ekonomi negeri Sarawak..bebas menjalankan sebarang bentuk perniagaan.. seandainya kaum Cina di tindas di negeri Sarawak... apakah mereka mampu mengamalkan kebudayaan dan juga menyambut perayaan keagamaan mereka secara terbuka ?

Justeru..wahai Young Ronin 47 sepertimana yang awal-awal tadi aku katakan..aku tidak mempertikaikan kewujudan kaum Cina ..malah menganggap mereka adalah sama layak untuk hidup di negeri namun dengan mengatakan mereka ditindas .. aku tidak setuju sama sekali. Aku setuju kita di Sarawak tidak pernah membangkitkan siapa tuan siapa hamba...dan aku juga setuju kita harus bekerjasama dalam membangunkan negeri Sarawak untuk lebih maju..tetapi aku tidak bersetuju dengan teori bahawa “Sarawak akan lebih maju jika kita mengiktiraf mereka sebagai bumiputera”  dan jelas disini bukan pemerintah yang bersikap pra sangka dan mempunyai anasir jahat..tetapi Young Ronin 47 sendiri yang berperasaan sedemikian rupa sebab selama ini kerajaan Sarawak mengamalkan ‘perkongsian kuasa’ dengan bergabung melalui satu ikatan kepartian yang membolehkan semua kaum untuk membangunkan negeri Sarawak. Mungkin Young Ronin 47 tidak menyedari kenapa DAP sanggup bergabung dengan PKR dan PAS untuk menjadi kuasa politik dan seterusnya menguasai negeri ini? DAP sanggup berkongsi kuasa dengan PKR dan PAS kerana menyedari DAP yang ditunjangi oleh 99 peratus kaum Cina tidak akan berjaya menakluki dan mentadbir negeri ini dengan aman jika tiada perkongsian kuasa dengan Melayu, Dayak PKR dan Melayu PAS! DAP sedar itulah kekuatan BN, iaitu penggabungan pelbagai kaum dalam ikatan kepartian dan berkongsi kuasa.


Dalam memastikan negeri ini terus aman damai dan sejahtera, Pehin Sri Taib yang akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak telah berpesan kepada ahli politik Sarawak untuk mempertahankan negeri ini dari dicemari dengan politik rasis..politik yang cuba memecah belah perpaduan kaum ..samada melalui provokasi kaum atau pun provokasi agama.

No comments:

Post a Comment