“ Hello. My name is *&%$#@ and I’m 27 years single, from England. I’m
attracted by your picture and would like to be your friend. My father is
English but my mother is a Malaysian. My mother died 10 years ago while my
father died two years ago. I’m an orphan now but I’m left with 10 million pound
in cash that was saved by my father for me in a trust fund. Since I’m all alone
now with no one to share, I would like to invest somewhere for my future. You
seem to be a very nice and trustworthy man and I hope you could help me in looking
for a good business venture in your country. Furthermore I would love to see my
late mother’s homeland. Hope to get your reply soon. Love %$#@&*” Beginilah antara ayat-ayat yang digunakan oleh
sindiket penipuan online yang menyebabkan banyak rakyat Malaysia tertipu ..ditambah
lagi dengan gambar seorang wanita yang cantik. Kadang-kadang ianya bermula
hanya dengan perkataan hello oleh seorang wanita yang cantik dan seksi …akhirnya
lelaki-lelaki yang gemar mencari keseronokan …terperangkap..terjerat hingga
kerugian beratus ribu ringgit kepada ‘sang kekasih maya’ yang tidak pasti.Wanita-wanita
Malaysia ramai juga tertipu dengan ayat-ayat power..ayat-ayat cintan cintun dan
romantik daripada ‘lelaki’ yang hensem..kaya..bergaya dalam laman media sosial.
Jerat perangkap yang dipasangkan cukup teliti..cukup licik … dan ayat paling
mengembirakan wanita-wanita yang sudah terlalu lama membujang ..ialah ‘perkahwinan’.
Statistik menunjukkan ramai wanita bekerjaya, bijak dan single … ditipu beratus
ribu ringgit oleh kenalan online mereka.
Itu penipuan secara wang ringgit..
Persoalan nya kenapa mereka mudah
sangat ditipu ? Adakah semua mangsa yang kena tipu ini merupakan golongan yang
kesepian ? Adakah mereka dikalangan orang-orang yang gemar mencari keseronokan
diluar ? Bukan kah sudah banyak kes dipaparkan di berita arus perdana dan juga
laman sosial ..kenapa masih terpedaya ? Nak kata mereka-mereka yang kena tipu itu
tidak ada akal…mereka orang-orang yang berpelajaran ? Nak kata mereka dikenakan
‘pukau’ …bolehkah ilmu ‘pukau’ dihantar melalui alam maya seperti virus ?
Itu penipuan dengan menggunakan
emosi. Satu lagi cara penipuan online ialah pembelian online! Ramai jugayang
terkena dengan membeli barang online. Ya la kan..nak jimat minyak petrol..nak
jimat masa… Bila nampak jer barangan yang murah..yang diminati…pasti hati
gelora..dan terus order ….namun malangnya bila order sampai… barang lain yang
diterima!!.. kesian..itu cara penipuan yang paling keji … ramai yang tertipu
oleh laman-laman yang menjual barang online ..maka perlu pastikan laman
tersebut sahih sebelum membuat tempahan secara online . Satu lagi cara penipuan
ialah ‘membuat bisnes’ online . Ramai juga yang terkena tipu oleh skim MLM
online nie..samada dalam negara ka..atau luar negara. Mudah jer … dia orang
dapatkan duit orang ramai dengan hanya menggalakan orang mendaftar sebagai ahli
dengan bayaran yang paling minima…contohnya RM25.00. Dengan duit itu..ahli
perlu membeli satu produk yang berharga ..contoh RM100.00 yang kemudiannya
boleh dijual kepada orang lain pula …. cara bisnes online yang boleh dibuat di
rumah..ayat-ayat yang digunakan juga power … tunjuk bukti..dapat jana
pendapatan ribuan ringgit sehari … (aku sendiri pun terkantoii..ha ha ha) …. aku
cakap nie sebab atas pengalaman aku sendiri dan bukan aku nak menuduh semuanya
bisnes secara maya itu menipu dan tidak baik..ada yang sahih dan benar-benar
membantu orang yang ingin berjaya… cuma ini sebagai peringatan ..termasuk untuk
diri aku sendiri supaya menyemak..dan mengesahkan kesahihan laman-laman
tersebut..terlebih dahulu sebelum seronok jer…bayar online melalui kad
kredit.!! Sedar-sedar dah hilang beratus ringgit!! ..tamak punya pasal la kan..
he he…
Satu lagi penipuan yang paling
lazim ..terutama kepada yang gemar membeli secara online menggunakan kad debit
atau kad kredit ialah ..sindiket menyamar menjadi bank dan menghantar emel yang
meminta pengguna mengesahkan nombor pin mereka. Bagi pengguna-pengguna yang
lurus bendul ..errr macam aku nie ler… pastinya akan takut dengan amaran
daripada pihak bank dan terus membuat pengesahan dan tanpa sedar telah pun
memberi peluang sindiket penipu ini mengklonkan kad..dan akhirnya jika kita tak
perasaan…akan membayar kepada bank ..duit-duit yang tidak pernah kita
gunakan..sebab penyamun perompak tadi dah sapu bersih… Penipuan melalui telefon
juga kerap berlaku kepada pemilik kad kredit… kerana geng penipu..penyamun dan
perompak ini guna pelbagai cara untuk mereka hidup senang lenang dan
menyusahkan orang lain.. jadi berhati-hati lah.. sepertimana yang selalu diberi
amaran oleh pihak Polis …
Sentiasa lah berhat-hati terhadap
penyamun, perompak dan penipu alam maya…
No comments:
Post a Comment