Friday, February 14, 2014

Buku Digital – Satu Pembaharuan atau ..... ?

Hebat, menarik dan inovatif …begitu reaksi aku kepada cetusan idea buku digital oleh Kementerian Pelajaran. Sesungguhnya orang Malaysia adalah amat kreatif dan sentiasa berpandangan jauh untuk mencapai kemajuan. Gabungan idea kreatif dan kecanggihan teknologi menjadi buku digital satu realiti untuk memberi kelainan kepada para pelajar dan pastiya akan lebih menarik minat mereka untuk menulis, membaca dan mengira. Pun begitu , buku digital dikatakan hanya berfungsi jika ada kemudahan internet.  Guru-guru yang ditemubual semuanya guru-guru yang mengajar di kawasan yang mempunyai prasarana yang lengkap. Bagaimana kah buku digital itu nanti akan berfungsi di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai prasarana yang baik? Orang-orang kreatif yang mencipta buku digital itu mungkin tidak terpikir pun sebab kemahiran dia adalah merekacipta satu teknologi baru berdasarkan kreativiti beliau...yang patut berpikir ke arah itu ialah orang-orang yang telah berpikir untuk menwujudkan buku digital itu!! ..

Sepertimana yang di persoalkan oleh seseorang di laman sosial..adakah Kementerian Pelajaran terpikir bagaimana nak menjadikan buku digital itu digunakan di kawasan-kawasan pendalaman yang tidak mempunyai akses kepada internet? Atau penggunaan buku digital itu hanya untuk pelajar-pelajar di kawasan bandar sahaja ? Sistem PBS pun masih bermasalah dan menjadi beban kepada guru-guru..dan kini ditambah pula dengan buku digital ?? Sejauhmana aspek digital ini memberi manafaat kepada semua pelajar di Malaysia atau ia hanya untuk orang-orang di bandar sahaja tanpa mengambilkira pelajar-pelajar yang berada nun jauh di pelusok pendalaman seperti di negeri Sabah dan Sarawak, dimana capaian internet adalah masih agak rendah.

Aku tidak mempersoalkan kewajaran untuk mempunyai buku digital kerana sudah sampai masa kita mempunyai alternatif kepada penyediaan buku teks yang sering dikatakan membebankan pelajar-pelajar. Cuma pada pandangan aku orang biasa ini ialah adakah pihak yang mencadangkan pengwujudan buku digital itu memikirkan bagaimana pelaksanaan nya di sekolah-sekolah yang tidak ada akses atau capaian internet sedangkan mereka sedia maklum prasarana seperti itu amat perlu bagi memastikan buku digital memberi manafaat sepenuhnya kepada semua pelajar di Malaysia bukan sebahagian sahaja!. Alangkah sedih dan malangnya kepada pelajar-pelajar di kawasan pendalaman yang hanya mampu melihat dan mendengar betapa mudahnya dan seronoknya rakan-rakan mereka di bandar mempunyai buku digital. Selain itu apakah kemudahan seperti tablets itu disediakan oleh sekolah atau ibu bapa perlu menyediakan nya ?

Aku ucap tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana mempunyai idea yang amat kreatif dan menjangkakan buku digital adalah untuk jangka masa yang panjang bukan satu projek yang akan ‘tiba-tiba pupus’ bila ianya gagal dimanafaat dan dilaksanakan dengan betul. Pun begitu pada pandangan aku, selagi kemudahan internet dan akses kepada internet di negara masih berada di tahap masa ini, agak mustahil untuk melaksanakan buku digital secara menyeluruh ke seluruh negara. Jika pun ada yang mengatakan projek itu dilaksanakan berperingkat peringkat, selama manakah tempoh masa diperlukan ? Setahun ? Dua tahun ? 10 tahun atau 20 tahun lagi ? Jika tempoh masa nya adalah terlalu panjang, secara teorinya (ini pandangan aku laa), projek itu tidak viable dan tidak memberi impak semaksima mungkin kepada semua pihak. Kita sedia maklum memang sudah wujud buku-buku secara digital dan boleh diakses di telefon pintar dan juga tablets...tetapi ianya amat terhad kepada satu-satu kawasan yang mempunyai capaian internet yang tinggi untuk ianya boleh digunakan dengan baik. Jika capaian internet rendah maka kandungan buku itu akan lambat untuk di muatturun dan terpaksa menunggu masa yang agak lama. Itu adalah satu kelemahan yang paling utama kenapa kurangnya pengguna membaca buku secara digital di Malaysia berbanding di negara-negara yang lebih maju dari segi capaian internetnya. Aku percaya itu lah yang akan berlaku di kebanyakkan sekolah-sekolah dimana mereka akan menunggu masa yang lama untuk kandungan buku itu dapat dimuat turun sepenuhnya jika capaian internet mereka hanya setakat satu atau dua bar sahaja.


Pandangan aku ini bukanlah nak memperkecilkan usaha Kementerian Pelajaran tetapi hanya ingin mereka melihat secara menyeluruh kelemahan dan halangan yang bakal mereka hadapi bagi melaksanakan buku digital tersebut. Jika PBS sudah memberi masalah dan sedang dikaji semula oleh pihak kementerian kerana kelemahan capaian ..apakah buku digital juga tidak akan mengalami nasib yang sama ? Dalam usaha kerajaan untuk berjimat cermat maka adalah perlu setiap projek yang dilaksanakan oleh mana-mana kementerian mempunyai impak semaksima mungkin kepada penggunanya ..dalam dalam hal ini..guru dan juga pelajar dan dapat dinilai sebagai value for money.Setiap gerak langkah pemerintah yang telah berikrar untuk berjimat cermat akan diperhati oleh rakyat dan juga penentangnya ..maka perlulah berhati-hati supaya ianya tidak menjadi projek ‘gajah putih’ dan merugikan kerajaan.

No comments:

Post a Comment