Sunday, February 23, 2014

Apa Lagi Yang Kita Mahu !!

Whoooaaa!! Di setiap bank dan mesin pengeluar wang otomatik…ramai orang berbaris dengan muka penuh ceria… bila melihat keadaan tersebut…aku pun tertanya-tanya dan hati aku pun berbunga-bunga….yeaaahoooo..sebab aku pikir gaji bulanan dah masuk…hemmm sangkaan aku meleset …dan aku rasa teramat  amat kecewa …. kerana mereka berbaris bukan mengambil gaji tetapi nak ambil Bantuan Rakyat 1Malaysia..atau nama glamernya BR1M ..yang di berikan oleh pemerintah kepada golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3 ribu…. Patutlah muka mereka berseri-seri.. dalam tempoh seminggu ini ..meriah la kedai-kedai ..super mall..mega mall ..kedai runcit… untungnya rakyat Malaysia ..

Bercerita pasal bantuan yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyat nie..semenjak dua menjak ini..memang banyak bantuan yang dihulurkan seperti mana yang diperkatakan dalam manifesto pilihan raya umum lalu. Antara bantuan yang di sediakan selain BR1M ialah Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada semua pelajar dan penuntut tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik..dan juga status pendapatan keluarga. Berapa juta habis disediakan untuk golongan muda ini aku tak pasti..tetapi ianya banyak membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana menyediakan buku dan kelengkapan sekolah kepada anak-anak mereka. Selain itu terdapat juga bantuan KWAMP untuk pelajar-pelajar miskin di seluruh negara yang diagihkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Selain bantuan wang ringgit ..ada juga disediakan KR1M atau Kedai Rakyat 1Malaysia bagi menangani harga barang keperluan yang semakin tinggi…dan kedai-kedai ini menawarkan harga barangan yang rendah tanpa mengurangkan mutu barangan .. ada KK1M atau Kedai Kain 1Malaysia  dan bermacam-macam lagi …dan semuanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Aku pun tak tahu apa lagi yang di mahukan oleh rakyat negara ini… jika dibandingkan dengan negara jiran lain… begitu banyak bantuan disediakan…termasuk penyediaan tabung pendidikan seperti PTPTN yang memberi pinjaman kepada semua golongan yang memerlukan walaupun perlu dibayar balik selepas tamat pengajian mereka. Mudah sahaja…membuat pinjaman tanpa perlu menyediakan cagaran untuk mendapatkan bantuan..itu pun masih ada lagi juak-juak yang mempertikaikan nya…bukan lah aku nak membodek pemerintah…tetapi kerana adanya tabung seumpama itulah yang membantu aku menyediakan pendidikan kepada anak-anak aku…. Kalau tak..entah dimana aku nak pinjam duit..nak pergi bank ..pasti kena faedah lapan hingga 10 peratus berbandingan PTPTN  yang mengenakan faedah terendah..iaitu dua peratus sahaja!! Kalau nak free..tak perlu bayar balik kena la belajar dengan baik..perlu mendapat skor yang baik..iaitu aggregate 4..cemerlang…

Berbalik kepada penerima BR1M tadi…pemberian BR1M tidak terhad kepada penyokong kerajaan semata-mata..ianya diberi kepada semua yang layak..tanpa mengira fahaman politik mereka..justeru bagi penyokong-penyokong parti yang asyik menyelar pemerintah tu…hemmm…pandai-pandailah menggunakan wang ringgit yang disediakan oleh pemerintah… bukan apa …aku pun tak tahu apa hukumnya…bila mulut asyik mengumpat mengeji menghina dan memfitnah pemerintah…bila hati asyik membenci dan melaknatkan pemerintah…tetapi bila ada bantuan ..dengan muka tebal…berbaris juga menerima dengan senyum lebar…mungkin ada yang marah dengan aku pasal kenyataan ini..dan mengatakan itu hak mereka..betul..memag pun hak mereka dan layak mereka menerimanya…cuma ingat-ingatlah sedikit lain kali bila nak mengatakan orang lain… .. sama lah juga apabila mereka layak menerima pelbagai bantuan daripada pemerintah kerana mereka adalah rakyat negara ini ….

Cuma heran bin ajaib nya…walau pun pelbagai bantuan dihulurkan oleh pemerintah.. masih ada lagi golongan yang hidupnya amat-amat kasihan seperti mana yang sering di paparkan di media perdana.. dan paling menyedihkan ada golongan yang mengambil kesempatan ke atas anak-anak yatim ..anak-anak golongan asnaf …untuk meminta sedekah…mengerah keringat dan tenaga mereka dengan bertopengkan amal kebajikan..walhal wang ringgit yang diperolehi oleh anak-anak ini masuk ke poket mereka dan digunakan untuk mereka berfoya-foya.. gejala sebegini seharusnya dibenteras dan golongan yang mengambil kesempatan ini harus diambil tindakan setegas-tegasnya..iaitu penjara seumur hidup... kerana mereka ingin hidup senang tanpa bekerja… dan penjaralah yang mempunyai kemudahan sedemikian rupa…

Apa pun..jangan kerana nyamuk kelambu dibakar..iaitu kerana ketaksuban berpolitik hingga perpaduan dan keharmonian dikorbankan..akhirnya kita hilang segala-galanya.//


haaa..tengok ..kau ada ?? Aku pun tak ada.. he he he he

No comments:

Post a Comment