Pertama sekali, tahniah Tan Sri
Adenan Haji Satem di atas perlantikkan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak
yang baru … wUUUUUUhaaaaa. Terima kasih kepada Pehin Sri Taib Mahmud yang telah
melakukan segala nya untuk menjadikan bumi Kenyalang sebaik mungkin walaupun
masih banyak yang perlu di bangunkan. Kepada penyokong-penyokong yang setia
dengan Pehin Sri Taib Mahmud pengunduran beliau adalah satu kehilangan yang
amat besar dalam arena politik negeri Sarawak manakala bagi yang sentiasa ingin
melihat Pehin Sri Taib berundur..mungkin mereka sedang meraikan kejayaan mereka
pada ketika ini.. Suka atau tidak..Pehin Sri Taib banyak berjasa kepada negeri
Sarawak..dan hakikat itu harus diakui oleh semua anak Sarawak …tak kira apa pun
fahaman politik mereka. Aku puji sikap Saudara Chee See How yang jantan dan ‘gentleman’ dalam memperakui kehebatan
Pehin Sri Taib walaupun beliau selama ini merupakan salah seorang yang sentiasa
mengkritik kepimpinan Pehin Sri Taib … berbanding beberapa pemimpin pembangkang
lain…yang seolah-olah melihat diri mereka sahaja yang betul … dan terbaik ..padahal
boss mereka terpalit sana sini dengan kontroversi pun..sanggup lagi mereka
jilat dan sanjung ..
A gentleman politician, Pehin Sri Taib sentiasa bersifat akomodatif
kepada pihak lawan dan amat jarang sekali beliau menyelar pembangkang dengan
menyerang keperibadian mereka berbanding puak pembangkang yang selalu hit below the belt. Sepanjang apa yang
aku perhatikan..malah dalam ucapan-ucapan beliau dalam kempen-kempen pilihan
raya….amat jarang beliau mengungkit cerita-cerita sensasi ..cerita dalam
kelambu puak yang menentangnya … yang amat berbeza dengan pendekatan puak yang
menentangnya ..lebih-lebih lagi selepas wujudnya team Bang Nuar yang melebar
sayap ke negeri Sarawak. Corak politik yang di bawa mereka dari seberang laut
itu ternyata lebih agresif..lebih rasis dan sanggup melakukan apa sahaja demi
mempengaruhi masses untuk memilih mereka. Malah dalam ucapan-ucapan sepanjang
beliau menjadi Ketua Menteri..lebih banyak berfokus kepada bagaimana nak
membangunkan masyarakat dan negeri …
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgYOPfLNjrheumhl_bEObGOZNMgjQgptIxFAmgaJaHf3P9ZCWm8JARVJkS4kJUXmOog4UmxbhFre31qD74VRrWs4Rri4peo9I_n4vMUQeP_zpMe2-B6Kp6PzMNP1Hr1PFlvTQzjMP2wFQE/s1600/Adenan2.jpg)
Pemilihan Tan Sri Adenan Satem
sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima dikatakan sebagai tepat kerana beliau
merupakan ahli politik yang berpengalaman luas dan juga mempunyai ciri-ciri
yang amat diperlukan oleh Pehin Sri Taib untuk meneruskan kesinambungan agenda
negeri Sarawak. Tan Sri Adenan Satem seorang tegas dan pada masa yang sama
mampu memperkukuhkan parti PBB. Di anggap sebagai unifying politician selain mampu mempertahankan hak-hak negeri
Sarawak menjadikan beliau pilihan utama Pehin Sri Taib ke atas dua lagi calon,
iaitu Datuk Amar Abang Johari Openg dan juga Datuk Amar Awang Tengah Ali
Hassan. Sepertimana yang diperkatakan oleh seorang rakan, Pehin Sri Taib is a very tactical politician and we will
never know his next move ternyata benar dan pemilihan Tan Sri Adenan Satem
adalah tepat sekali. Reaksi pemimpin-pemimpin parti komponen dan juga rakan
dalam parti PBB membuktikan pemilihan Pehin Sri Taib mendapat restu dan
dipersetujui oleh banyak pihak. Tan Sri Adenan Satem merupakan anak Melayu pertama
menjadi Ketua Menteri Sarawak yang sebelum ini diduduki oleh kaum Iban dan juga
Melanau. Berusia 68 tahun dan mencebur diri dalam politik sebagai ADUN dan juga
Ahli Parlimen sejak tahun 1979 beliau dijangka akan meneruskan segala
perancangan dan agenda pembangunan negeri Sarawak. Tan Sri Adenan Satem juga
secara automatiknya menjadi Pemangku Yang Di Pertua PBB dan pastinya menggalas
tugas yang amat berat mengepalai BN negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri
akan datang.
TAHNIAH sekali lagi Tan Sri
Adenan Satem . Semoga Tan Sri terus cemerlang membangunkan negeri yang tercinta
.Terima Kasih Pehin Sri Taib. Woooooohaaaaaaa!!..Nyak aja jako aku.
No comments:
Post a Comment