Aku tertarik dengan kenyataan
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengingatkan orang ramai
supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kekacauan dalam negara.
Malah beliau memberi amaran akan
menggunakan SOSMA jika perlu, seandainya masih ada individu atau kumpulan yang
terus menerus mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan juga
agama. Aku tabik dengan ketegasan IGP
dan seingat aku..beliau pernah mengeluarkan amaran yang bernada sama selepas
inisden balingan bom buatan sendiri ke gereja di Penang baru-baru ini. Aku rasa
tuan IGP tak perlu beri amaran lagi..ambik jer tindakan ke atas mana-mana
individu atau kumpulan, tak kira dari juak-juak pakatan ke..pemimpin-pemimpin
kerajaan ke.. NGO-NGO ker … atau sesiapa sahaja..tanpa mengira pangkat dan
darjat mereka.
Aku setuju sangat dengan
pandangan YB Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mahu tahu apa
berlaku seterusnya selepas siasatan selesai dilakukan ke atas individu atau
kumpulan yang dikatakan telah menerbitkan kenyataan yang berbaur perkauman dan
juga agama. Bila siasatan SKMM dah selesai..apa berlaku seterusnya ? Ada kah
kes itu hanya masuk fail sahaja..dan disimpan atau kes-kes itu akan diambil
tindakan berdasarkan hasil siasatan ? Pada hemat aku.. mungkin inilah punca
mengapa kenyataan-kenyataan rasis makin berleluasa..kerana tindakan
undang-undang ke atas mereka yang melakukan kesalahan..walaupun siasatan sudah
selesai masih tidak diambil oleh pihak berkuasa. Pada pandangan orang-orang
yang gemar mengambil kesempatan, dalam pandangan aku ini…seolah-olah pihak
berkuasa tidak mampu mengambil tindakan ke atas mereka dan mudah memberi
peluang kedua …dengan mengambil contoh kes seorang individu yang terlepas bebas
walaupun menghina negara. Inilah precedent
kepada apa yang berlaku hari ini…yang menjadi ikutan bukan sahaja orang biasa…tetapi
juga sudah melarat kepada ahli Yang Berhormat.
Pada pandangan aku..ianya juga
menjadi ikutan apabila ada NGO-NGO yang bebas mengeluarkan kenyataan-kenyataan
berbaur perkauman tanpa ada tindakan di ambil ke atas mereka dengan alasan
mereka mempertahankan agama dan kaum mereka. Malah ada juga ahli Yang Berhormat
dalam kepimpinan kerajaan juga melakukan perkara yang sama..dan mereka juga
terlepas dari tindakan undang-undang. Perkara seumpama ini dilihat oleh masses sebagai tidak adil seolah-olah negara
kita mempunyai dua undang-undang yang berbeza..walaupun dilihat dari sudut
provokasi ..kedua-dua pihak sebenarnya melakukan kesalahan yang sama… bezanya
satu puak dikatakan membuat provokasi rasis..dan satu lagi hanya mempertahankan
atau membalas provokasi tersebut. Pada hemat aku jika ingin melihat semua pihak
tidak mengeluarkan kenyataan rasis … tindakan undang-undang harus diambil ke
atas kedua-dua pihak…dan hukuman dikenakan harus setimpal dengan kenyataan yang
mereka keluarkan..dan siapa yang membuat provokasi. Jika ini mampu dilaksanakan
mungkin semua pihak akan lebih berhati-hati dalam mengeluar kenyataan atau
menerbitkan penulisan mereka.
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEggu2EM2KDqK8me5Pbu6LAJNAijHKPZU_OvYP5zj-b2PYDyFOos7UkTi11zK15sE2COncAEB6VH_aWdrr3BXpiUEXwZGHWxBVTHEACxaGuLU5Wp_CIyBGzTW8rB25wp5ukTcXh7R9VUdeA/s1600/Warning1.jpg)
Amaran ‘Jangan Merokok Disini ‘
hanya menjadi hiasan..kerana masih ada yang merokok di kawasan larangan… kerana
kebanyakkan orang kita seolah-olah mencabar undang-undang untuk mengambil
tindakan ke atas mereka … dan jika tindakan diambil ke atas mereka… mereka
tetap akan menyalahkan penguatkuasa dan kerajaan. Justeru… ambil tindakan tegas
..dan jadikan orang-orang yang tegar terhadap amaran ini sebagai contoh bahawa
undang-undang tidak mengenali pangkat, darjat, keturunan dan juga puak pakatan
atau kerajaan… semoga dengan cara ini… sedikit sebanyak mungkin mampu
mengurangkan kenyataan rasis atau bersifat keagamaan… yang akhirnya dapat
mengekalkan keamanan, kesefahaman dan juga perpaduan masyarakat Malaysia yang
berbilang kaum.
No comments:
Post a Comment