
Semuanya bermula dengan
kemenangan ikatan puak-puak yang tidak bersetuju dengan kerajaan pada tahun
2008 …kemenangan menawan beberapa negeri dan menghakiskan keegoan puak kerajaan
yang selama ini begitu angkuh …. Kejayaan itu menjadikan puak-puak yang tak
pernah merasai kuasa menjadi lebih berani … seolah-olah mereka boleh buat apa
sahaja.. malah boleh mengatasi undang-undang negara … hingga mampu mendesak
kerajaan untuk menghapuskan satu-satunya undang-undang paling ditakuti
mereka..iaitu ISA atau Akta Keselamatan Dalam Negara …. sejak ISA dihapuskan puak-puak
cauvinis merasakan mereka telah berjaya dan terus menerus membuat provokasi
..samada provokasi agama maupun kaum …

Aku tidak menyebelahi sesiapa
dalam hal provokasi kaum dan agama …kerana sebagai anak bangsa Malaysia …aku
ingin melihat negara yang aku diami ini terus aman..terus sejahtera..terus maju
bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga sikap kita warganegara Malaysia..
aku tidak mahu negara yang aku cintai ini menjadi huru hara sepertimana
Thailand … aku tidak mahu hidup dalam ketakutan seperti warga Rohingya di
Mynmar …. Aku tidak mahu hidup sengsara seperti rakyat Syria, Palestin, Mesir
atau pun Libya yang sentiasa dibayangi maut … … aku tidak mahu kehidupan yang
dipenuhi dengan perkelahian antara kaum… kerana semuanya menyukarkan aku
mencari rezeki …semuanya menjadikan negara mudah ditakluki oleh bangsa lain…ditadbir
oleh orang lain… maka sebab itulah aku berpandangan…. pihak berkuasa perlu
bertegas … tiada kompromi kepada sesiapa pun..individu atau pun kumpulan..
samada dari parti pemerintah atau puak pembangkang..samada NGO yang menyokong …apatah
lagi NGO yang sentiasa bersifat negatif … sudah ada puak-puak yang secara
terang-terangan dengan berani mengatakan jika masih berterusan provokasi
kaum..tidak mustahil peristiwa berdarah seperti 13 Mei akan berulang ….
Aku pecaya ..negara kita tidak
akan mencapai kemajuan yang seperti kita inginkan jika masih ada provokasi kaum
..jika masih wujud provokasi agama ….jangan salahkan Yahudi atau Amerika
Syarikat atau mana-mana pihak kerana …mereka yang berkepentingan akan sentiasa
mengambil peluang di atas kelalaian dan kelemahan kita … jika kita hancur
bukanlah kerana agenda Yahudi itu berjaya atau agenda orang asing itu hebat
..tetapi kerana kita sendiri yang menyebabkan kehancuran …kita gagal menangani
kelemahan serta krisis sosial … kerana terlalu leka untuk mengekalkan
kuasa..terlalu leka berebut kuasa…..hingga terlupa bahawa membina perpaduan …membina
persefahaman ….mengukuhkan toleransi dan mengukuhkan benteng kepercayaan adalah
lebih utama menjadi negara kita maju..berdaya saing ..
No comments:
Post a Comment