‘Act against those who incite hatred’ tajuk berita tulisan Mazwin
Nik Anis dari The STAR mengingatkan aku yang aku pernah menulis mengenai nya di
entri terdahulu, iaitu ‘Berhenti Beri Amaran..Ambil Tindakan Tegas’ dengan
harapan pihak berkuasa seperti Polis dan Kementerian Dalam Negeri tak perlu
lagi memberi amaran..sebaliknya terus mengambil tindakan tegas kepada sesiapa
sahaja..tak kira orang-orang menyokong kerajaan ke..atau juak-juak pakatan
ke..yang mencetuskan provokasi kaum dan juga agama. Perdana Menteri sebelum ini
telah menyeru kepada media agar tidak memberi publisiti kepada mana-mana pihak
yang gemar membuat provokasi ..dan beliau tidak menyokong sama sekali ekstrimis
yang ingin mencetuskan kekacauan di negara ini.
Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement for Moderates berkata media masa terlalu memberi
publisiti kepada golongan ekstrimis menyuarakan pandangan mereka dan berharap
media memberi fokus dan peluang publisiti kepada suara-suara yang mendambakan
keamanan dan kesederhanaan. Menurutnya walau pun beliau menyokong kebebasan
media namun adakalanya media perlu mengurangkan publisiti terhadap golongan
ekstrimis yang suka memberi komen-komen yang keterlaluan terhadap kaum dan
agama. Tan Sri Ramn Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Polisi Awam pula
mengatakan kenyataan yang provokatif terhadap perkauman dan agama harus
dibendung dan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur menghasut
harus diambil tindakan undang-undang.
Pada pandangan aku..aku sangat
setuju dengan pandangan dan kenyataan mereka dan berharap pihak berkuasa tidak
lagi bersikap wait and see kerana
semakin lama ditunggu semakin menjadi golongan-golongan ekstrim di negara kita
ini. Andai kita terus membiarkan tidak mustahil negara kita akan menjadi kacau
bilau seperti yang berlaku di Selatan Thailand dimana pembunuhan setiap hari
berlaku akibat rasa dendam antara puak Islam dan puak Buddha dan juga yang berlaku
di Mynmar. Inikah yang kita mahukan ? Usaha Perdana Menteri melalui rancangan
penyatuan nasional melalui Akta Harmoni harus disokong oleh semua pihak..tanpa
mengira fahaman politik masing-masing dan menurut aktivitis sosial, Anil Netto..kerajaan juga
harus bersedia untuk mengkritik secara
terbuka mana-mana kumpulan yang membuat provokasi kaum atau kenyataan menghasut
..walaupun kumpulan itu adalah penyokong kepada kerajaan. Pada pendapat
aku..undang-undang harus tidak memilih siapa yang mengeluarkan kenyataan tetapi
undang-undang harus melihat apakah kenyataan itu merupakan satu provokasi atau
menghasut… jika YA..ambil lah tindakan..hatta seorang Menteri sekalipun .. dan
jika ini dilakukan..pastinya seluruh
negara akan percaya..bahawa kerajaan benar-benar serius untuk menutup pintu
kepada golongan ekstrimis..walaupun daripada penyokong kerajaan sendiri..dan
ianya pasti menjadi satu pengajaran kepada semua pihak bahawa undang-undang
Malaysia tidak bias dan akan bertindak ke atas sesiapa pun.
Kes-kes seperti yang melibatkan golongan
yang ternama selalunya ‘hilang bersama
masa’ atau gone with the time kerana tindakan selalu nya mengambil masa
yang terlalu lama..hingga menimbulkan persepsi bahawa udang-undang kita lemah,
birokratik dan begitu mudah untuk dimanipulasi. Jika ada pun tindakan
mahkamah..pesalah akhirnya akan bebas kerana pastinya tiada bukti kukuh bagi
mensabitkan pesalah… dan persepsi inilah yang menyebabkan golongan-golongan
ekstrimis semakin berani bertindak di luar batasan hingga boleh menimbulkan
kekacauan kaum. Contohnya..kes Alvivi.. sehingga kini belum ada keputusan nya…
kes Teresa Kok..masih lagi dibincangkan dan dimanipulasikan di alam siber.. dan
selepas ini nanti ..pasti akan ada lagi..kumpulan atau individu yang akan
mengeluarkan kenyataan rasis… dan terus mencabar kerajaan… Richard Nixon pernah
berkata ‘A president can ask for
reconciliation in the racial conflict that divides Americans. But
reconciliation comes only from the hearts of people’ iaitu seorang Presiden boleh memohon penyatuan
jika berlaku konflik perkauman yang memecahbelahkan orang Amerika, tetapi
penyatuan sebenar perlu datang daripada keinginan rakyat itu sendiri. Begitu
juga dengan usaha yang dilakukan oleh Najib Razak, Perdana Menteri kita…walau
pun penubuhan Jawatakuasa Perpaduan Nasional akan membantu dalam usaha menyatu
pasukan rakyat berbilang kaum d negara ini, perpaduan sebenar hanya akan
terjadi jika rakyat itu sendiri….benar-benar inginkan perpaduan dan penyatuan
dengan mengenepikan fahaman politik..pegangan agama dan juga perbezaan etnik.
Apa yang berlaku sekarang ini
ialah usaha kaum Melayu yang begitu kuat untuk menonjol menjadi kaum yang
utama..dengan mendefiniskan diri mereka sebagai ‘Ketuanan Melayu’ … Inilah isu yang menjadi titik tolak kepada
penolakkan kaum Cina, India dan mula dirasai oleh kaum Bumiputera bukan Islam
lain ..yang merasakan kaum Melayu ingin mendominasikan mereka… lantas mereka
melihat pencabulan kepada perjanjian ‘Jus
Soli’ …dan juga menjejaskan ikrar ‘kongsi kuasa’. Justeru mereka mula
melihat ‘Ketuanan Melayu’ itu satu
ancaman kepada hak-hak mereka sebagai rakyat Malaysia ..khususnya generasi yang
lahir dan membesar di Malaysia…dan sekaligus mula menerima fahaman bahawa harus
ada keadilan dan kesamarataan…kerana mereka bukan lagi pendatang..mereka bukan
lagi imigran seperti Bangladesh, Pakistan, Mynmar, Vietnam atau pun Indonesian.
Pada pendapat aku..seandainya kegelojohan dan semangat ‘Ketuanan Melayu’ itu dapat di tone
down atau dengan kata lain diperlahankan..dan tidak terlalu menonjol…golongan
baru..generasi muda akan lebih mudah menerima kerana mereka juga merasakan
mereka perlu menyumbang kepada pembangunan negara..mereka juga perlu menyumbang
kepada keamanan dan kesejahteraan negara..dengan slogan yang lebih bersifat
nasionalis..dan bukan etniksiti.
Benar kata Perdana
Menteri..setiap individu dalam masyarakat berperanan untuk memastikan negara
terus bersatu padu … dan jika kita ingin melihat negara ini terus maju..semua
pihak tanpa mengira fahaman politik harus berusaha tidak mencetuskan provokasi
kaum dan agama… maka sudah tiba masanya pihak berkuasa seperti Kementerian
Dalam Negeri dan Polis … menggunakan kuasa mereka tanpa melihat kepada
pangkat..darjat dan fahaman politik mereka … untuk mengambil tindakan … jangan
biarkan ektrimis berleluasa di Malaysia.. lets us all work together for a better Malaysia.
No comments:
Post a Comment