Hari ini aku nak menulis mengenai
dua perkara yang bakal dan mungkin berlaku di negara kita. Apa yang bakal
berlaku ialah pilihan raya kecil di N25 Kajang pada 23 Mac 2014 nanti yang
pastinya menyaksikan Bang Nuar bertanding sebagai calon pakatan …. dan yang
mungkin berlaku ialah samada N51 Balingian juga akan menyaksikan pilihan raya
kecil selepas perletakkan jawatan oleh YAB Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua
Menteri Sarawak yang ke-empat. Sehingga kini hanya spekulasi dan khabar angin
yang tersebar..ada kemungkinan pilihan raya kecil berlaku jika Pehin Sri Taib
turut meletak jawatan sebagai ADUN N.51 Balingian untuk menerima perlantikkan
sebagai TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Kemungkinan itu hanya terjawab
selepas 28 Februari nanti. Pun begitu khabar angin yang tersebar sudah pun
menyenaraikan beberapa calon yang bakal diketengahkan jika perkara itu berlaku.
Apa bezanya PRK N25 Kajang dan
N51 Balingian (jika PRK diadakan) ? Walau pun kedua-dua kawasan akan tiba-tiba
menjadi meriah dengan kedatangan pelbagai rupa individu yang bertandang dengan
pelbagai tujuan.. terdapat sedikit perbezaan kenapa ianya berlaku. Pastinya
kehadiran ramai pengunjung yang tidak dikenali di kedua-dua kawasan tersebut
akan memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga dan peruncit-peruncit. Sate
Kajang yang popular akan meningkat permintaan nya di musim kemeriahan pilihan
raya ..dan berharap harganya tak dinaikkan.. manakala Mukah..sebuah bandar tepi
laut yang popular dengan makanan tradisi masyarakat Melanau, iaitu Umai … pasti
mendapat permintaan yang tinggi..jenohlah pembuat Umai di Mukah memenuhi
permintaan pelanggan..apa pun haraplah harga Umai tidak dinaikkan juga…. dan
amat berharap peniaga-peniaga dan peruncit di kedua-dua Bandar yang amat berbeza
dari segi komposisi kaum ini tidak menaikkan harga makanan, minuman dan juga
barangan keperluan harian..walaupun pasti setiap hotel, rumah tumpangan dan
hotel bajet dipenuhi oleh ahli-ahli parti dan juga penyokong parti-parti yang
bakal bertanding.
Aku kata tadi sedikit
perbezaan…tapi aku tulis pasal persamaan yang bakal dan mungkin berlaku di
kedua-dua bandar..satu di negeri Selangor dan satu lagi di negeri Sarawak.
Perbezaan pertama ialah pengundi di N25 Kajang jauh lebih besar daripada
pengundi di N51 Balingian, iaitu melebihi hampir 20 ribu … dan perbezaan paling
ketara ialah komposisi kaum..yakni N51 Balingian di kuasai oleh majoriti masyarakat
Melanau sebanyak 71 peratus, manakala kaum Iban 18 peratus, kaum Cina 10
peratus dan lain-lain hanya 1 peratus.
N25 Kajang pula terdiri daripada Melayu 48 peratus, kaum Cina 40 peratus
dan India 10 peratus dan lain-lain 2 peratus. Secara teori atas kertas amat
jelas BN pasti beroleh kemenangan di N51 Balingian , berdasarkan sejarah
kecenderungan pengundi beberapa pilihan raya lalu berbanding di N25 Kajang yang
menyaksikan BN tewas kepada PKR sejak pilihan raya umum 2008 lalu. Di N51
Balingian dalan PRN ke-11, calon PKR yang bertanding Suriati Abdullah hanya
mampu mendapat 871 undi dan hilang wang pertaruhan manakala Lee Chin Cheh yang bertanding atas tiket PKR menang
bergaya di N25 Kajang dengan undi sebanyak 19,571 berbanding BN yang hanya
mampu meraih sebanyak 12,747. Jika dilihat pada faktor ini, mampu kah PKR atau
mana-mana rakan pakatan di Sarawak menguji sekali lagi pengaruh mereka di N51
Balingian menentang calon BN, jika ada PRK nanti ? Manakala di N25 Kajang pula,
mampukah BN ‘mengkebumikan’ karier
Bang Nuar yang sudah meleleh air liurnya untuk menjadi MB Selangor hingga tak
sabar-sabar berkempen walaupun tarikh penamaan calon hanya 11 Mac nanti.
Perbezaan ketiga ialah cara
berlakunya pilihan raya negeri di kedua-dua kawasan tersebut, dimana di atas
rasa kasih..dan rasa sayangnya Lee Chin Cheh terhadap ketuanya, Bang Nuar,
beliau dengan rela hati mengundur diri meletak jawatan, supaya ketua nya Bang
Nuar boleh bertanding di N25 Kajang, dengan harapan jika menang nanti, akan
dilantik sebagai YAB Menteri Besar Selangor ..dan seterusnya mendamaikan
puak-puak yang bertelagah dalam parti..Maka sebab itulah Bang Nuar disifatkan
oleh Azmin Ali sebagai pemimpin berkelas dunia..malah di kelaskan sebagai
setaraf dengan mendiang Nelson Mandela. Manakala di N51 Balingian pula (jika
berlaku PRK), ianya disebabkan Pehin Sri Taib, menunaikan janjinya untuk
berundur dan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak di pertengahan
penggal… dan belum pasti lagi akan meletak jawatan sebagai ADUN N51 Balingian.
Hanya satu kemungkinan, jika berlaku ialah disebabkan beliau tidak boleh
menjadi ADUN N51 Balingian pada yang sama seandainya beliau dilantik sebagai
TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Justeru beliau perlu meletak jawatan sebagai
ADUN dan ini akan memberi laluan kepada pilihan raya kecil di N51
Balingian..pun begitu ianya tertakluk kepada peraturan SPR dan juga persetujuan
YAB Ketua Menteri Sarawak yang baru ..
Aku setuju dengan pandangan ramai
bahawa kedua-dua PRK tersebut akan banyak mengalirkan wang ringgit dari segi
pengurusan pilihan raya cuma aku tak setuju dengan cara sesetengah pihak yang
mengambil kesempatan di atas sistem demokrasi kita. Aku juga bersetuju bahawa
SPR perlu membuat satu garis panduan dan juga ketetapan bahawa seseorang ADUN
tidak boleh meletakkan jawatan mereka sesuka hati untuk memberi laluan kepada
rakan atau ketua mereka bertanding tanpa ada alasan kukuh seperti masalah
kesihatan (ada pengesahan doctor), terbatal akibat kesalahan jenayah atau di
isytihar bangkrap yang tidak melayakkan mereka memegang jawatan sebagai ahli
Yang berhormat. Kalau meninggal itu..memang sah la perlu pengganti.. .dengan
adanya undang-undang tersebut..tidak lah sistem demokrasi kita ini sentiasa
dicabul oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan… sudah banyak kali berlaku
… tak kan tak ambik iktibar..
No comments:
Post a Comment