Sunday, February 2, 2014

Politik Vs Sukan. Siapa Lebih Popular ?

Terkejut..Marah dan geram!!!..itulah perasaan aku bila ada segelintir ahli politik cuba nak menggunakan populariti ahli sukan untuk mencari kemenangan dalam pilihan raya kecil N25 Kajang. Kenapa perlu menggunakan populariti serta kemasyhuran Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton nombor 1 di dunia semata-mata nak meraih kemenangan politik di Kajang ? Kenapa perlu libatkan seorang ikon sukan ? Sungguh kasihan parti politik berkenaan jika benar-benar mereka amat mendambakan kemasyhuran Datuk Lee Chong Wei untuk mengembalikan imej parti politik mereka dan sungguh kasihan kepada Datuk Lee Chong Wei yang menjadi KUDA tunggangan puak-puak yang berkepentingan....walaupun tahun 2014 adalah tahun KUDA dalam kalender Cina..Aku teramat setuju dengan pandangan Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin supaya tidak membabitkan Datuk Lee Chong Wei dalam kancah politik. Biar lah Datuk LCW it uterus menjadi ikon sukan yang tidak berpihak kepada mana-mana ideologi politik Malaysia. Siapa pun Datuk LCW sokong dari segi pandangan politiknya adalah hak peribadi beliau namun nama beliau tidak harus digunakan untuk mencapai cita-cita mana-mana parti politik. 

Populariti serta kemasyhuran tidak pasti boleh membawa kemenangan sepertimana pelakon Ronald Reagan berjaya menjadi Presiden Amerika Syarikat atau pelakon Filipina, Estrada Berjaya menjadi Presiden negaranya..maupun pelakon Arnold Schwarzenegger yang Berjaya menjadi Gabenor California. Politik Malaysia adalah amat berbeza..dengan politik negara-negara tersebut yang jauh lebih matang. Politik Malaysia masih dikuasai sentimen kaum dan keagamaan yang amat kuat..dan belum pasti Datuk LCW berjaya mengubah pandangan golongan ekstrim…sepertimana penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu, Aishah … gagal dalam PRU 13 lalu. Populariti hanya menarik minat dan bukan akan menarik undi kepada ikon popular yang bertanding.

Puak-puak yang mencadangkan nama Datuk LCW ternyata terlalu terdesak untuk memenangi pilihan raya hingga tidak mengambilkira pandangan serta perasaan individu yang dicadangkan. Pada pendapat aku, biarlah Datuk LCW dipuja dan disanjung oleh seluruh rakyat Malaysia tanpa mengenali sempadan politik … jangan huru hara kan kehidupan nya dengan menjadikan beliau mangsa dalam permainan politik tanahair. Jika pun Datuk LCW menang apakah jaminan beliau mampu menjadi seorang ahli politik yang benar-benar dapat merelisasikan keperluan pengundi dan penyokong beliau … dan teruknya jika beliau kalah..apakah jaminan beliau akan diberi sokongan dan sanjungan seterusnya oleh peminat-peminatnya….

Populariti sukan tidak mengenal erti UMNO, MCA, PAS, PKR atau DAP ..kerana sukan adalah untuk semua orang. Sukan tidak kenal politik walaupun ramai orang politik dalam sukan dan mempolitikkan sukan. Sukan seharusnya bebas dari pengaruh politik ..kerana sukan boleh menyatu padukan masyarakat yang berfahaman politik yang berbeza… maka jika ingin melihat sukan Negara ini terus maju … jangan politik kan sukan..jangan politikkan ahli sukan… ikon sukan seperti Datuk LCW, Datuk Nicole David dan atlit-atlit bertaraf dunia negara tidak harus disentuh dan menjadi mangsa politik …biar la mereka terus mengharumkan nama negara di persada antarabangsa … dan tidak terikut-ikut dengan cara dan budaya negara lain yang kerap menggunakan kemasyhuran ahli sukan dan celebriti untuk mencapai cita-cita politik ….

No comments:

Post a Comment