Pertama
sekali..tahniah untuk rakyat Kajang khususnya dan negeri Selangor amnya …kerana
pastinya tidak lama lagi mereka akan dipimpin oleh seorang manusia ‘anuGerah
Tuhan’ … yang dikatakan pemimpin bertaraf dunia ….. Dahlah negeri
Selangor ada kawasan nama Bukit Beruntung … memang sah orang-orang Selangor
mendapat keuntungan dua kali ganda..dengan adanya pemimpin yang bersifat
maksum..bersih …tiada tolok banding kesucianya..tidak mengamalkan rasuah dan
sangat berbudi pekerti mulia… gajinya sebagai Penasihat Ekonomi negeri Selangor
pun hanya RM1.00 sahaja…mana ada pemimpin di dunia ini yang sanggup menerima
gaji sekecil itu … mana? mana? mana? ..cuba cari di seluruh pelusuk
dunia..pemimpin yang sanggup terima gaji sebanyak itu…. Itu lah buktinya betapa
mulianya pemimpin yang bakal menjadi Menteri Besar Selangor..dan memimpin
negeri Selangor ke tahap kemajuan yang amat sukar kita bayangkan nanti…mungkin
kemajuan negeri Selangor akan setaraf
New York, Tokyo ataupun Paris dalam tempoh setahun beliau memerintah ..
Aku
rasa teramat cemburu kerana aku pasti rakyat Selangor akan menikmati harga
petrol yang lebih murah berbanding Putrajaya ..kerana aku masih ingat
kata-katanya ‘hari ini kita menang dan memerintah
negara, esok harga minyak akan turun’! dan aku menjangka itu akan berlaku di
negeri Selangor… dan aku menjadi semakin cemburu bila aku terkenang
slogan-slogan digunakan oleh konco-konconya iaitu ‘BN = Barang Naik, PR=Price Reduce” sebabnya harga barangan di
negeri Selangor akan lebih murah daripada negeri-negeri lain di Malaysia,
terutamanya yang diperintah oleh Barisan Nasional!. Kalau orang tanya
aku..kenapa harga tak turun juga di Selangor..sedangkan yang memerintah
Selangor orang PKR …? Mudah jer nak jawabnya..Menteri Besar Selangor… tu bukan
boss kepada PKR… boss PKR ialah calon baru di DUN Kajang… sebagai boss dia
boleh buat apa sahaja..termasuk mengarahkan YB ADUN – YB ADUN PKR untuk letak
jawatan ke ..undur diri ke.. boleh jer.. malah dia boleh arah Menteri Besar
Selangor tu turun tahkta..sebab dia nak jadi Menteri Besar Selangor … sebabnya
? Dia ialah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat yang berkuasa atas parti tersebut
dan tidak ada siapa boleh halang dia berbuat demikian. Ingat tu..jawatan dia
ialah Ketua Umum ..bukan Presiden .. sebab pangkat Ketua Umum lebih tinggi dari
Presiden parti.
Tapi
itu bukan kah itu bersifat diktator ka ? Eh ..sapa kata dia diktator ? itu
namanya demokasi! Demo + Kasi = Demokasi …dalam istilah perjuangan parti
tersebut. Demokrasi lain tau ..demokrasi ialah apabila ketua di pilih melalui
undi oleh wakil-wakil cabang … Demokasi ialah apabila dia dipilih dan dilantik
oleh Presiden yang kebetulanya bini dia…dan disokong oleh anak dia. Itu
Demokasi .. jadi jangan tuduh dia macam diktator Idi Amin, Muammar Gaddafi atau
Saddam Hussein kerana dia selayaknya setaraf dengan Nelson Mandela ….pemimpin
yang diidam-idamkan oleh bangsa Arab… Cuma nya dia nie kurang cerdik sikit
sebab dia tak memikirkan kesusahan rakyat.. dia hanya memikirkan kepentingan
dirinya sahaja … dia tak pikir berapa juta ringgit akan habis untuk belanja
urus pilihan raya kecil … nak sediakan poster ..nak bayar gaji orang berkempen
… nak sewa kenderaan… nak sediakan makan minum petugas … itu belum kira
janji-janji lagiii…. Justeru kalau BN nak berjimat cermat.. tak payah laa nak
ikut bertanding di DUN Kajang tu …buang masa…buang duit dan tenaga sahaja …
bukan mengalah sebelum berperang … tetapi sanggup kah BN lawan manusia yang
digelar ‘anuGerah Tuhan’ yang
bertaraf dunia…yang disanjung dijunjung bagai menatang minyak yang penuh oleh
orang-orang Selangor tu? Tak payah laa BN buang masa tabor segala janji dengan
kaum Cina Kajang semata-mata nak dapat undi mereka … buat rugi sahaja…..akhirnya
tewas juga macam di PRK Kedah ..PRK Sibu … sebab BN bila berjanji kena
tunaikan…mereka tak pa..sebab manifesto
bukan janji bagi mereka …
No comments:
Post a Comment