Pastinya isu kalimah Allah tidak ada noktahnya kerana kedua-dua pihak sama-sama tidak mahu berundur dan bertolak ansur dan masing-masing ingin menegak pendapat serta pandangan masing-masing. Bila menyentuh bab-bab agama yang aku jangka memang sensitif ...aku agak risau ...sebabnya ia boleh mencetuskan perpecahan dikalangan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa, budaya dan kepercayaan. Nak bercakap mengenai agama..sememangnya aku tidak layak kerana aku bukan ustaz atau ulama..namun aku tahu agama ialah kepercayaan yang membolehkan manusia untuk hidup berlandaskan nilai-nilai murni ... dan sebagai orang Islam kalimah 'La Illaha illallah Muhammadarasullallah' adalah pegangan hidupku sejak aku dilahirkan. Sejak kecil aku diajar bahawa berlaku jahat kepada sesiapa pun adalah salah dan berdosa..aku juga diajar untuk sentiasa menghormati manusia lain walau apa pun pegangan serta kepercayaan dalam hidupnya..aku juga diajar supaya sentiasa bersangka baik dan tidak memandang serong kepada mana-mana anutan agama orang lain...dan aku juga percaya setiap individu di bumi Malaysia ini telah diajar dan dididik perkara yang sama walaupun mempunyai kepercayaan dan anutan agama yang berbeza...kerana aku tahu tidak ada satu agama di dunia ini yang mengajak pengikutnya untuk berlaku jahat seperti merompak, merogol, membunuh, menyamun, memfitnah, berbohong apatah lagi mengajak umatnya membenci agama orang lain!!.
Mana peginya Konsep 1Malaysia yang dikemukakan oleh PM yang antara lain menekan 'sikap penerimaan dikalangan rakyat berbilang kaum, dimana sesuatu kaum menerima keunikan kaum lain seadanya agar dapat hidup bersama dalam keadaan saling hormat menghormati sebagai rakyat dalam satu negara' . Macamana nak menjadi negara maju sedangkan kita masih belum mampu untuk mempunyai sikap penerimaan yang diinginkan oleh Perdana Menteri ..dan sebenarnya kita masih belum mampu untuk menghayati Konsep1Malaysia yang digagaskan oleh Perdana Menteri. Setelah 56 tahun wujud sebagai sebuah negara..kita masih lagi mempunyai perasaan yang berbeza dan masih lagi berperasangka terhadap satu sama lain ..
Aku merasa sedih melihat suasana yang semakin tegang antara penganut agama Islam dan Kristian disebabkan ada segelintir manusia yang memanipulasi agama sebagai alat untuk kepentingan politik dan memenuhi ego mereka. Tidak kah kita merasa malu apabila kita mendabik dada di dunia luar bahawa kita adalah sebuah negara yang demokratik dan mengamalkan kebebasan untuk semua agama sedangkan secara realitinya kita masih sangsi dan prasangka buruk terhadap segala tindak tanduk masing-masing dalam hal keagamaan. Sepatutnya dalam usia 56 tahun kita sudah dianggap cukup dewasa dan matang dan isu-isu keagamaan seharusnya tidak lagi wujud sebaliknya kita masing-masing memperkukuhkan institusi keagamaan masing-masing.
Sepatutnya institusi agama Islam fokus dan tingkatkan aktiviti memperkukuhkan syariat-syariat islam dikalangan orang Islam..memperbanyak kelas-kelas agama untuk anak-anak di masjid, surau atau dimana-mana dewan yang ada di kampung, di kawasan perumahan, dibandar dan juga ditempat kerja ...memperhebatkan dakwah dan ceramah ... memperkasakan kelas-kelas mengaji dari peringkat kanak-kanak hingga ke peringkat orang-orang dewasa / tua ... duit zakat ada..duit baitulmal ada...gunakanlah duit/dana tersebut untuk memperkukuhkan lagi kefahaman Islam ..dikalangan orang Islam ...guna duit zakat / baitulmal untuk memperkemas dan meningkat bantuan kepada golongan asnaf dan orang-orang Islam yang memerlukan ....meningkatkan kesedaran ...selain meningkatkan penguatkuasaan ke atas kedai-kedai arak dan judi dikalangan orang islam....meningkatkan pencegahan maksiat dikalangan remaja / dewasa orang Islam ... semua ini adalah lebih baik dan lebih memberi impak yang berkesan serta memperkukuhkan integriti orang Islam ...daripada ..mencari kesalahan dan kesilapan orang bukan Islam ...!! Jangan guna duit zakat dan duit Baitulmal untuk cari kekayaan dan membina empayar perniagaan dan kekayaan peribadi!!! Gunakan dana tersebut untuk kebaikan dan mengangkat martabat orang Islam!!
Biarlah mereka dengan agama mereka asalkan mereka tidak mencampuri urusan orang Islam..asalkan tidak menganggu kehidupan orang Islam..asalkan tidak berusaha mempengaruh orang Islam...tidak perlu orang Islam nak menyibuk dan menggangu kehidupan dan cara mereka menguruskan agama mereka!! Aku tidak menyebelahi sesiapa namun aku heran...semakin Malaysia menuju ke arah 'kemajuan' semakin sempit pemikiran sebahagian rakyatnya! Semakin bijak rakyat Malaysia dengan adanya berpuluh-puluh universiti...semakin semak jiwa segelintirnya! Sepatutnya apabila semakin bijak..semakin waras dan matang pertimbangan....bukan nya bertindak sesedap rasa mengikut emosi!! Apatah lagi bila ada 'manusia' yang menganggap diri mereka pejuang dan penegak kebenaran agama makin hiruk pikuk dan kecoh suasana ... ditambah perasa sana sini oleh orang yang tiba-tiba menjadi ustaz segera dan ulama segera ..lalu haru biru perpaduan bangsa yang selama ini boleh hidup harmoni tanpa ada rasa sangsi dan prasangka....
Perdana Menteri berkata setiap masalah boleh diselesai dengan baik dengan mengadakan perbincangan ..namun pada pandangan aku ...kepala-kepala penguatkuasa seluruh negara perlu diperbetulkan terlebih dahulu supaya tidak bertindak sesuka hati mengikut definisi masing-masing. Cuba terapkan semula otak-otak mereka kepada prinsip pertama Rukun Negara yang berteraskan Perlembagaan..agar mereka benar-benar faham ..dan doktrinkan semula mereka kepada Konsep 1Malaysia ..agar mereka dapat melihat dengan jelas kesan ke atas tindakan mereka....
No comments:
Post a Comment