Bila aku tengok berita mengenai tindakan keras pihak
berkuasa menangani masalah PATI di negara ini …aku berharap operasi seperti itu
bukan bersifat ONE-OFF atau dilakukan apabila timbul masalah mengenai pendatang
asing tanpa izin. Bak kata perpatah ‘jangan bila dah terhantuk barulah lah nak
mengadah’ …seperti mana yang berlaku terhadap pembunuhan seorang pegawai bank
dulu…baru lah pihak penguatkuasa nak bertindak terhadap pengawal keselamatan
yang kebanyakkan nya adalah dikalangan warga asing. Seharusnya operasi yang
berkaitan dengan keselamatan rakyat tidak bersifat ‘sekali sekala’..’ad-hoc’
atau bermusim. Ianya perlu dilakukan secara berterusan…dan tidak mengikut
musim...iaitu musim pilihan raya...sambutan Hari Raya..Tahun Baru Cina....
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxUUrprIGykDLVGyy4Iol2M5VTCwjGrLVf_lUKfbz2dhYFh80H5zRoS-zWpL8wzpOwo578gTnKOX4oWjLLSAxlCJjnmUI0AfCiLpRTGT-RUo1Tn05CD2wWspTlGiCw9CIWLNGR_cWRAAY/s1600/rights3.jpg)
Di kawasan KLCC..selain orang Eropah...ianya dipenuhi
oleh pekerja asing Indonesia, Filipina dan Bangladesh di musim hujung
minggu...seolah Malaysia ini memang dikunjungi oleh banyak pelancong
asing..walhal boleh dikatakan 80 peratus pengunjung KLCC adalah pekerja asing
Malaysia... dari segi ekonomi sememangnya nampak tersangat baik....sahih ka
mereka ? Ada tak pihak penguatkuasa membuat ‘spot check’ sekali sekala di
kawasan tersebut? .... Adakalanya cemburu juga melihat kehadiran mereka yang
begitu mudah untuk mendapat lesen berniaga..walau di tepi jalan...di sekitar
kawasan perumahan...di kawasan perindustrian..sedangkan rakyat Malaysia...perlu
melalui pelbagai halangan untuk mendirikan gerai makanan..atau hanya sebuah
meja kecil menjual kacang kuda dan air minuman. Itu pun kalau tak disaman oleh
pihak berkuasa...atau dihalau...dan dirampas barang dagangan mereka. Itulah
dilemma Melayu kini.....dahlah terpaksa bersaing dengan kaum bukan bumiputera
..tetapi sekarang perlu bersaing dengan warga asing...yang Glokal....dilemma
tuan Melayu yang masih bingung mengenalpasti identiti sendiri...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi58RznBt7wwtBOVtSVEzZqWWt2zdv5o4_l2OjCTdIX4TjGVCiW9LPsanz7h3rSB8yv6dalsfyFWQyG6rWE-_2TgNZpe6ajeNnjULHNmXi8qzCD4u9h0KcsWD9PndTulrEPc-Xd_c2kF-4/s1600/rights2.jpg)
Setiap negara yang berdaulat dan merdeka berharap
melaksanakan undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen...dan Malaysia berhak
menentukan seperti negara lain juga...siapa berhak tinggal atau keluar masuk ke
negara ini!!..
No comments:
Post a Comment