Saturday, January 25, 2014

RM15 BILLION UNTUK JAMBATAN INDONESIA – MALAYSIA? PERLUKAH?

Aku terkejut..terkedu seolah terkena hentak dengan sesuatu benda yang berat di atas kepala ku..bila aku terbaca caption sebuah akhbar “Kementerian Kerja Raya sedia kaji projek bernilai RM15 billion hubungkan Kukup di Johor dengan Pulau Karimun di Riau”.. Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Rosnah Shirlin berkata ‘projek yang bakal memberi impak ekonomi yang besar kepada kedua-dua negara itu perlu dibincangkan diperingkat cabinet sebelum dapat dilaksanakan’ sedikit sebanyak mengurangkan keresahan serta kegelisahan aku terhadap cadangan tersebut. Rasanya ramai dikalangan rakyat Negara ini tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut terutamanya rakyat dari Sabah dan Sarawak yang merasakan RM15 billion itu mampu mengubah rupa bentuk jalanraya di kedua-dua negeri.. dan berharap kedua-kedua Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya lebih bersifat empati dan memahami keadaan berdasarkan kedua-dua mereka berasal dari Sarawak dan Sabah.

Beberapa pandangan pengguna laman sosial tidak bersetuju dengan cadangan tersebut kerana lebih baik RM15 billion itu dbelanjakan untuk menaiktaraf keadaan infrastruktur luar Bandar serta pendalaman yang amat-amat diharapkan oleh rakyat yang telah memberi kepercayaan penuh kepada kerajaan semasa untuk memerintah. Mengeratkan silaturrahim antara kedua-dua negara tidak salah..kerana kedua-kedua negara perlu saling bekerjasama untuk membangunkan sosio ekonomi dan sosio politik serantau tetapi dalam keadaan semasa..yakni dalam keadaan negara sedang menghadapi krisis ekonomi dengan kenaikan harga barang yang membebankan rakyat..rasanya lebih baik kerajaan melupakan seketika hasrat tersebut. Seandainya kerajaan atau cabinet bersetuju dengan cadangan tersebut aku menjangkakan perasaan benci rakyat terhadap pemerintah akan meningkat terutamanya bila memikirkan RM15 billion itu boleh digunakan untuk menangani kenaikan harga barang untuk rakyat negara ini.

Masa belum sesuai untuk Malaysia membuat kajian dan melaksanakan pembinaan terowong tersebut walaupun idea nya adalah baik bagi memperluaskan ekonomi negara. Juga harus diingat tanpa jambatan terowong tersebut pun pihak penguatkuasa keselamatan negara menghadapi kesukaran membendung kedatang pendatang asing tanpa izin..apatah lagi dengan adanya jambatan terowong tersebut. Tidak dinafikan pembinaan jambatan terowong itu akan membuka peluang pekerjaan yang banyak tetapi adakah ianya akan memberi pekerjaan kepada warga negara ini atau lebih mengutamakan warganegara asing yang boleh diupah dengan kadar gaji yang lebih murah? Seterusnya harus dipikirkan juga apakah keperluan jambatan terowong tersebut begitu mendesak keperluanya bagi membina imej luar negara berbanding keperluan dalam negara seperti menangani kenaikan harga barang, meningkatkan infrastruktur jalan raya di Sabah, Sarawak dan kawasan luar bandar serta pendalaman negara, pertambahan penyediaan bekalan air bersih untuk kawasan luar bandar, peningkatan taraf bangunan sekolah rendah dan menengah di kawasan-kawasan pendalaman?

Fikir-fikirkan lah wahai ahli kabinet kerajaan Malaysia dan khususnya YB Menteri dan Timbalan Menteri Kerja Raya. RM15 billion itu lebih bermakna dan lebih memberi impak yang lebih besar kepada negara serta rakyatnya dan juga prestasi pemerintah berbanding impak yang diinginkan seandainya jambatan terowong itu dapat dilaksanakan. RM15 billion itu akan memberi undi yang lebih banyak kepada kerajaan semasa dan meningkatkan kepercayaan rakyat. RM15 billion itu akan dapat dinikmati oleh sebahagian besar rakyat Malaysia jika dimanafaat untuk pembangunan dalam negara. Keuntungan dari segi ekonomi kepada negara memang ada jika jambatan terowong dilaksanakan tetapi keuntungan lebih besar dapat diperolehi oleh pemerintah jika RM15 billion itu digunakan untuk pembangunan dalam negara.


It is not wrong to enhance our international image by embarking on such a mega project but it would be wise for the government of the day to use that RM15 billion to the benefits of its peoples as professed in the 1Malaysia slogan ‘Peoples First, Performance Now’ .

No comments:

Post a Comment