Tinggal
enam (6) tahun lagi untuk negara ini mencapai visi sebagai negara maju…tetapi
nampaknya negara akan hanya maju secara fizikal sahaja dan bukan secara
menyeluruh ..iaitu mentaliti dan sikap warganegaranya … aku berkata sedemikian
rupa kerana saban hari..semakin banyak kes-kes dan isu yang berkaitan perkauman
ditimbulkan … seolah-olah perpaduan di negara ini seperti ‘retak menanti belah’ … setiap isu yang berkaitan kaum menjadi
hangat..dipanaskan lagi bila diperisa dengan secubit politik..dan terus
dikipas-kipas dalam hampir semua saluran media…termasuk media aliran perdana…
isu kaum seterusnya dikaitkan dengan isu keagamaan…yang tidak nampak lagi penghujungnya…
Bila
sebut pasal sekolah…aku teringat zaman aku masih bersekolah rendah dulu dalam
era 60an dimana kebanyakkan guru ku adalah kaum Cina (waktu itu tak ramai guru
dari kalangan orang Melayu) … tapi tak pernah berlaku kepada kami anak
bumiputera perkara-perkara yang berlaku seperti hari ini … guru-guru aku semua
nya garang dan tegas… biasalah kalau kena rotan di tangan atau kaki kerana
tidak membuat kerja-kerja rumah… kalau kita beritahu dengan ayah atau emak …bukan
nya kita mendapat simpati…malah tak pasal-pasal boleh kena rotan lagi..atau
kena ikat di pokok..sebab malas ..dan tak menghormati arahan guru. Begitulah
hormatnya ibu bapa kepada guru satu ketika dulu..dan guru zaman itu tidak
mendera atau menghina murid-muridnya seperti segelintir guru di zaman serba
moden sekarang.
Apakah
yang berlaku hari ini kerana sistem yang pendidikan sedia ada atau pun
kehidupan rakyat sudah lebih baik berbanding tahun 60an dan 70an ? Aku tak
nafikan kehidupan 90 peratus rakyat Malaysia sekarang lebih baik berbanding era
60an, 70an maupun 90an!. Tengoklah kecanggihan teknologi hari ini…berita boleh
sampai kepada khlayak dalam masa sesaat perkara tersebut berlaku !! … akibat
pembangunan mampan yang dirancang oleh kerajaan kehidupan masyarakat Malaysia
sudah berubah 360 darjah! Tiada lagi golongan yang buta huruf di bumi Malaysia …
malah akibat kemajuan ekonomi yang baik lebih ramai orang asing datang ke
Malaysia untuk bekerja kerana rezeki di Malaysia lebih baik berbanding negara asal mereka seperti Indonesia, India, Nepal, Bangladesh, Mynmar, Vietnam, Pakistan
maupun China!!...kalau ekonomi negara kita masih dalam era 60an ..apakah mereka
sangup datang ke Malaysia?
Cuma
dalam pandangan aku…akibat kemajuan yang begitu pesat…semakin ramai wanita
Malaysia hari ini tidak lagi menyusukan anak sendiri..semuanya bergantung
kepada lembu sebagai ibu susuan..antara sebab yang aku ketahui (hasil
pembacaan) dan juga diberitahu oleh teman-teman serta rakan…ialah..wanita yang
bekerjaya nak jaga bodi..jaga imej..jaga penampilan diri…benar atau tidak
sememangnya susu lembu di pasaran negara teramat laku.. bermacam-macam jenama
ada..dari mula mengandung hinggalah anak itu membesar… dari segi pandangan aku
yang bukan bersifat analisis saintifik ini…kalau lebih banyak susu lembu, yakni
binatang ..dalam badan kanak-kanak yang dalam proses membesar.. adakah ianya
punca semakin banyak berlaku kes-kes ‘kebinatangan’
daripada ‘kemanusiaan’ ?..aku kata
begini di atas beberapa fakta ..iaitu begitu mudah orang buang anak yang baru
dilahirkan didalam tandas, ditepi jalan, di kawasan sampah dan juga ke dalam
sungai … sedangkan binatang pun tak buat begitu terhadap anak mereka kan?.. tidak
menghormati orang tua… tiada sikap toleransi terhadap orang lain..macam
binatang juga..yang akan berebut makanan tanpa memperdulikan hak yang lain…..
membuat tindakan bodoh..tanpa menggunakan akal yang diberi Tuhan… itulah yang
membezakan manusia dengan binatang… akal… maka kalau guna akal..taklah berlaku
kes-kes seperti melarang orang pakai tudung… hukum murid dgn makan rumput …atau
bakar kitab Injil dan pijak muka orang… bakar Jalur Gemilang…. atau buat
provokasi agama .. semuanya berpandukan kepada akal fikiran yang rasional…
bukan tindakan mengikut emosi seperti seekor binatang .. kalau nak tau camana
sikap dan perangai binatang..selalu-selalu lah tengok NatGeo Wild ..atau Animal
Planet di Astro (bukan nak promo) tapi untuk pengetahuan kita bersama supaya
tidak bertindak sesuka hati kita … kerana manusia diikat dengan peraturan
kehidupan berlandaskan prinsip-prinsip yang telah ditentukan..
Jadi
kalau nak menyalahkan orang yang bertindak melulu …tak boleh juga…sebab manusia
sendiri yang mahukan lembu menjadi ibu susuan kepada anak mereka… maka terpaksa
lah kita terima apa jua yang berlaku … dengan harapan kita di Malaysia ini
tidak terus-terusan bertindak seperti lembu ..ke arah mencapai Wawasan 2020…
iaitu negara maju dengan acuan kita sendiri..
No comments:
Post a Comment