Monday, January 6, 2014

Naik Lagi..Terus Naik...Nanti Kena Turunkan

Naik ..dan naikkan lagi harga barangan dan juga perkhidmatan...pastinya akan meNAIKkan darah rakyat jelata ...hingga satu ketika mereka membuat keputusan untuk meNURUNkan orang-orang yang berkuasa menjadi pemerintah...ya..silakan..teruskan naik lagi... teruskan...seperti kata Menteri KPDNKK 'kami tak terima aduan..tandanya rakyat menyokong kenaikan harga barang' ...nak tergelak aku dengar statement seorang Menteri...mungkin dia not in touch with reality komen kebanyakkan facebookers ..mungkin juga... apa pun aku bukan tak sokong kerajaan...bukan aku tak paham....aku nie pun seorang penjawat awam yang makan gaji dengan kerajaan...tetapi aku juga rakyat biasa yang terpaksa menghadapi segala kenaikan ini ... suka ka aku? Pastinya aku tak suka!! Pastinya aku tak sokong!! 

Aku guna kereta pegi balik keja walaupun harga petrol naik...itu aku boleh terima kerana kerajaan perlu kurangkan subsidi ...tariff elektrik naik...harga gula naik...tambang bas sekolah naik...tambang LRT naik ...aku boleh terima lagi sebab semuanya berpunca daripada harga petrol naik ...a chain reaction .. memang poket ku semakin menipis kerana terpaksa berbelanja untuk semua itu..kerana semua itu keperluan yang perlu untuk aku dan keluarga aku menjalani kehidupan...nilai ringgit kita semakin mengecut...aku paham... tetapi ... aku tak paham dan tak boleh terima ...ialah kenapa perlu Astro naik ? Kenapa yuran pendaftaran di UiTM naik ? Apa sebab dan apa puncanya ? Perkhidmatan apa yang terpaksa dinaikkan oleh pemilik Astro dan juga pengurusan Universiti Teknologi MARA (UiTM)??

Sungguh aku tak paham!! Ini yang UiTM maklumkan kepada semua pelajar Semester 2 dan ke atas "Bayaran Pendaftaran Sebanyak RM730/semester berikutan KENAIKAN KADAR KOS PERKHIDMATAN YANG DITETAPKAN OLEH UiTM (dari RM300 ke RM500). Harap Maklum.**Bayaran Penuh Wajib Pada Hari Pendaftaran" . Aku tak nafikan peranan UiTM dalam mendidik anak bangsa..memberi peluang kaum Melayu dan Bumiputera untuk mendpat pendidikan tertinggi..hingga ke peringkat doktor falsafah...aku tak nafikan sumbangan UiTM dalam mempersiapkan kaum Melayu dan Bumiputera dari segi keperluan akademik di negara ini ... tapi apa KADAR KOS PERKHIDMATAN yang terpaksa diNAIKkan? Betul anak-anak Melayu dan Bumiputera mendapat pinjaman PTPTN....namun adalah pinjaman PTPTN akan diNAIKkan selaras dengan kenaikan Yuran Pendaftaran ? 

Ingatlah anak-anak Melayu dan Bumiputera yang berada di semester 2 dan ke atas TIDAK DIBENAR tinggal dalam kampus dan terpaksa menyewa rumah diluar dimana mereka terpaksa membayar harga sewa rumah tiga kali ganda daripada hostel dalam kampus!! Cukup ka duit PTPTN untuk tampung kehidupan mereka? Bagi anak-anak orang yang mempunyai ibu bapa yang bekerja ....mungkin masih mampu sedikit sebanyak menanmpung keperluan anak-anak mereka..tapi bagaimana dengan anak-anak orang yang tidak bekerja yang bergantung kepada hasil laut, hasil tani atau bergantung sepenuhnya kepada PTPTN? Adakah pihak pengurusan UiTM berpikiran sejauh itu ? 

Jika semua keperluan dinaikkan ... walau gaji penjawat awam dinaikkan tiga kali ganda...walau BR1M diberidua kali setahun...tidak akan mampu memberi keselesaan kehidupan kepada rakyat biasa. Rakyat memerlukan kenderaan untuk pegi kerja samada kereta, motosikal atau pengangkutan awam. Rakyat perlu makan dan menggunakan elektrik serta air. Rakyat juga memerlukan hiburan...dan seandainya keperluan-keperluan rakyat terus dinaikkan...jangan salahkan rakyat jika mereka nanti NAIK DARAH dan MENURUNkan kerajaan sedia ada .. rakyat mempunyai hak untuk  bersuara dan bertindak kerana rakyat yang memilih pemerintah hari ini ..dan suatu ketika nanti rakyat juga boleh meNURUNkan pemerintah yang sedia ada...

Janji Ditepati Slogan yang jauh tersasar ... dan ditambah dengan kekalutan isu agama ...akan terus mengguriskan perasaan rakyat yang sebelum ini sudah terluka angkara sikap-sikap pemimpin pemerintah dan NGOs yang ultra...keteguhan pemerintah kerajaan hari ini bukan bersandarkan sokongan Melayu Islam 100 peratus tetapi juga didokong dan disokong oleh kaum dan etnik bukan Islam ..... maka slogan 1Malaysia hanya akan tinggal slogan.. jika tiada penghayatan sebenar pemimpin politik dan NGOs terhadap penerimaan isu agama..slogan 1Malaysia tidak lagi relevan jika prinsip penerimaan dan toleransi tidak diamalkan oleh segelintir ultras keagamaan..

Justeru berhati-hatilah semasa berbicara pasal agama kerana ....terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata binasa padahnya ... semakin ramai terguris perasaan..semakin sedikit undi untuk kerajaan..


No comments:

Post a Comment