Alhamdulillah..kalau benar lah
apa yang aku dengar dari kawan-kawan yang tak habis-habis melepak kedai mamak…he
he ..harga barang keperluan harian sudah mula turun hasil pemantauan berterusan
pihak-pihak yang bertanggungjawab ..termasuklah lawatan PM sendiri ke beberapa
lokasi . Memang pemerintah nampak benar-benar serius menangani kenaikan harga
barang keperluan harian...yang semakin membebankan rakyat.. dan kita berharap
pemerintah terus-terusan perangi peniaga-peniaga,peruncit-peruncit yang gemar
membuat untung besar... sebenarnya ada peniaga-peniaga, peruncit-peruncit yang
menjualkan harga barangan mengikut harga yang ditetapkan.... tetapi ada
dikalangan rakan mereka yang menjual barangan dengan harga tinggi untuk
mendapat untung besar ...dan tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa ..hingga.mempengaruhi
yang lain untuk melakukan perkara yang sama walaupu mereka sedar ianya satu
kesalahan...
Tak boleh salahkan mereka
sepenuhnya kerana berniaga perlu mendapat untung ... maka ianya kembali kepada
peranan pelanggan atau pengguna..tetapi tak boleh nak salahkan pelanggan atau
pengguna kerana mereka tak mendapat maklumat yang tepat... maka tanggungjawab
dibebankan kepada penguatkuasa ..tetapi tak boleh salahkan mereka juga..sebab
mereka kekurangan kakitangan... jadilah ianya cerita ‘bangau oh bangau’ ....
akhirnya rakyat menyalahkan pemerintah ..kerana pemerintah yang
berkuasa..pemerintah yang boleh mengubah keadaan... maka apa yang pemerintah perlu
buat pada masa ini?
Tahniah dan syabas kepada
KPDNKK yang mengambil langkah segera dengan menambah bilangan penguatkuasa
(pemantau harga barangan) di setiap negeri. Walau pun ianya hanya langkah
sementara sekurang-kurangnya ia menunjukkan keseriusan pemerintah memerangi
peniaga-peniaga yang degil. Apa pun KPDNKK perlu menggerakkan aktifkan Majlis
Pengguna di setiap negeri dan daerah ..kerana mereka sudah lama diwujudkan...
inilah masa mereka benar-benar menyumbang dengan menjadi mata dan telinga
pemerintah bagi memastikan tiada peniaga atau peruncit yang memanipulasikan
harga barangan keperluan harian .. dan KPDNKK juga harus mengambil langkah
seperti MOA (syabas dan tahniah) yang mengeluarkan harga sebenar barangan
setiap minggu untuk dipamerkan kepada masyarakat agar masyarakat tahu dan
mendapat maklumat yang tepat. Maklumat mengenai barangan yang dipamerkan samada
di dalam akhbar atau di premis-premis perniagaan boleh menjadikan pengguna itu
sendiri sebagai mata dan telinga kerajaan..kerana dengan sendirinya mereka akan
melapor atau membuat aduan sekiranya ada peniaga yang memanipulasikan harga
barangan..
Pengguna di Malaysia mudah
panik dan mudah terpengaruh dengan pelbagai spekulasi apabila berkaitan dengan
harga barangan..ditambah dengan sebaran malumat-maklumat yang mudah dan tak sah
di laman sosial..menjadikan mereka cepat melatah..lantas menyalahkan
pemerintah.. maka perlunya penyebaran meluas dan terkini mengenai harga
barangan yang ditetapkan oleh pemerintah di setiap negeri bagi menangani
spekulasi-spekulasi jahat pihak-pihak tertentu untuk memburukkan imej
kerajaan... selain itu mengurangkan kenyataan-kenyataan yang dianggap ‘tidak matang’ daripada pemimpin-pemimpin
yang diberikan kuasa..
Kalau nak kata harga barang
mahal di Malaysia ..aku pun kadangkala terpikir betul ke nie? ..atau orang
Malaysia nie sebahagian besarnya memang kaya raya... aku kata macam tu sebab
bila aku ke megamall atau shopping mall..atau ke Jalan TAR ...masya
Allah..ramainya manusia membeli belah!!..keluar dari TESCO ..GIANT, AEON BIG (dulu CARREFOUR) atau AEON (dulu JAYA
JUSCO)..penuh trolley dengan pelbagai barang keperluan!! ...di jalan TAR
...kiri dan kanan menjinjit beg plastik yang besar ..penuh dengan kain... ...
ALAMANDA Putrajaya sentiasa penuh dengan pelanggan.... restoran makanan segera
seperti McDonald, KFC, Marry Brown, Kenny Rogers Roasters .... Subway dan
Burger King...sukar nak cari tempat duduk...
nampak macam tak lah sengkek sangat orang Malaysia nie kan ? Tapi bila
dengar harga barang naik sikit jer..tak pasal-pasal mengamuk dan marah-marahkan
kerajaan...aku rasa pelik...laaa...
Bila harga rokok naik...harga
arak naik..tak la pulak golongan ini bising-bisingkan...emmmm..mungkin banyak
rokok dan arak murah di luar sana kot..he he ... apapun aku amat berharap
pemerintah memerangi kenaikan harga barang ini berterusan...tidak terhenti
semasa perayaan sahaja....usaha yang berterusan membenteras peniaga yang memanipulasi
harga barangan akan dapat memastikan harga barang lebih terkawal ... buat lah lawatan
mengejut atau spot check ke lokasi-lokasi yang dikunjungi orang ramai ... favourite spot....supaya rakyat dan
peniaga tahu.. the government mean business!! ...bukan satu publcity stunt atau celebration monitoring atau political
gimmick sahaja... tak payah umum...jenguk jer..pasti ramai yang
mengelabah..
No comments:
Post a Comment