Bergegar bumi Malaysia..berdentam dentum mercun mewarnai angkasa .. bergema suara rakyat Malaysia menghitung masa dan saat...berdebar ...bergetar suara...menyambut tahun baru 2014.. semua nya gembira..semua suka ria... malam terakhir 2013 disulami dengan hiburan..oleh penyanyi-penyanyi hebat...disana sini dihadiri oleh orang-orang yang bergelar Tun, Tan Sri, Dato dan Dato Seri... begitulah hebatnya sambutan kita ..menerima kedatangan tahun baru..tahun 2014...bukan Malaysia sahaja..tetapi di seluruh dunia...meriah...warna warni ...
Pun begitu.. ada segelintir manusia di bumi Malaysia ini masih lagi dibelenggu masalah mental... masalah psikologi...atau dalam terma kamus ku 'mental blockage' yakni menolak apa sahaja segala kebaikan yang ada di hadapan mereka..dan mencetuskan isu-isu ...walaupun ia hanya sebesar huma ... semata-mata untuk memuaskan super-ego mereka dan ingin dilihat sebagai hero di atas tindakan yang mereka ambil... itulah azam dan resolusi baru yang diilhamkan oleh segelintir manusia yang ingin melihat negara ini sentiasa terus-terusan dalam gelombang demonstrasi ... anti establishment ... sukar menerima kenyataan dan realiti...sukar menerima kebaikan ..sebaliknya lebih rela mencetus keburukan ...yang akhirnya meletakkan segala kesalahan di atas bahu dan tanggungjawab pemerintah...
Perdana Menteri telah mengemukakan 11 langkah penjimatan bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam dan ianya merupakan satu permulaan yang baru bagi memastikan sektor awam juga perlu mengamalkan jimat cermat. Pastinya tahun 2014 ini akan menyaksikan banyak kursus dan latihan sektor awam diadakan di premis-premis latihan kerajaan..tidak lagi di hotel-hotel mewah..enam atau lima bintang.. tak apa lah...orang-orang bawahan sudah biasa sejak dulu lagiii...tapi.... langkah bijak dari Perdana Menteri... tapi kenapa penjawat awam sahaja yang perlu mengambil langkah penjimatan ?? Apa langkah-langkah penjimatan untuk Menteri-menteri kabinet ?? ... bukan aku sorang tanya ...ramai lagi yang tanya soalan itu ....mungkin banyak penjimatan boleh dilakukan.. contohnya ..kurangkan acara-acara rasmi yang ber 'mewah-mewahan' ...tak perlu la sewa arabian tents...marquee tents... cukup sekadar buat launching secara sederhana dan simple.. buat acara di lobi kementerian...atau di dewan-dewan yang tidak mengenakan sewaan ratusan ribu ringgit... boleh tak ?? ... boleh jimat ratusan ribu ringgit dan selain masa penjawat awam yang perlu menguruskannya... dan jika ini dilaksanakan...baru nampak kerajaan benar-benar serius untuk berjimat cermat ... kalau setakat penjawat awam sahaja yang di arah berjimat cermat.. tetapi sebaliknya mereka juga di arah untuk urus acara dengan elaborate dan extravaganza.. rakyat tetap melihat kerajaan membazir... langkah ini seharusnya menjadi priority one kepada PM dan seluruh kabinetnya....
Isu kenaikan harga barangan adalah isu bread and butter rakyat biasa ..... termasuk penjawat awam gred 54 ke bawah ... keseriusan masalah ini sebenarnya tidak harus dipersalahkan kepada pemerintah semata-mata kerana rakyat sendiri juga yang mencetuskan masalah...perumpaan Melayu ada mengatakan 'ukur baju di badan sendiri' yang bermaksud berbelanjalah mengikut kadar kemampuan yang kita ada .. tetapi kebanyakkan ...saya kata kebanyakkan ... yang berbelanja sakan ialah golongan-golongan pertengahan.. cuba jenguk di SOGO ..Jalan TAR serta megamall yang ada di seluruh negara .... tak boleh dengar perkataan SALE ...pasti bersesak-sesak manusia ke situ ...walaupun tahu harga diskaun 70 - 80 peratus yang ditawarkan kadangkala sama sahaja pada hari-hari biasa..namun kerana 'terpengaruh' dengan perkataan SALE...kita gagah juga ... bila dah tak cukup duit untuk beli pakaian sekolah...buku-buku anak-anak...susu dan keperluan lain...kita marahkan pemerintah ... sedangkan yang buat keputusan nak membeli belah ialah diri kita sendiri....tiada paksaan pun daripada mana-mana pihak...meskipun YES (Year End Sale) adalah promosi untuk membeli belah....namun kita harus bijak berpikiran yang mana perlu dan tidak perlu ..dalam perancangan bajet keluarga kita sendiri...
Aku bersyukur pada Allah S.W.T kerana telah memberikan aku dan keluarga kehidupan yang sempurna walau pun sederhana...sepanjang tahun 2013 dan aku juga berharap yang sama pada tahun 2014 ini. Semoga kita rakyat Malaysia dilimpahi nikmat dan rezeki yang berlimpah ruah ... diberi segala kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi segala dugaan dan cabaran ... dan di hindari dari segala bencana alam ... kepada rakan sewarganegara yang menghadapi banjir ... aku hanya mampu mendoakan agar mereka tabah....semoga semuanya dalam keadaan baik... serta mendapat bantuan yang sewajarnya .... bila bercakap pasal bantuan.. aku terbaca dalam majallah MASTIKA baru-baru nie mengenai masalah rakyat untuk mendapat bantuan daripada pusat Zakat... kesian sungguh bila nak dapat bantuan yang mudah pun terpaksa menghadapi karenah birokrasi ... kepada pusat-pusat pengumpulan Zakat dan Baitulmal ....jangan hanya manis mulut bila nak pungut zakat daripada orang ramai ....tapi bersikap degil dan tidak ada perasaan bila orag minta bantuan .... duit yang dipungut itulah yang memberi rezeki kepada yang bekerja di pusat zakat dan Baitulmal.. maka sedarlah diri itu digaji oleh orang ramai untuk menguruskan dana...bukan untuk gunakan dana atau duit tersebut modal berniaga atau memberi kekayaan kepada yg diberi amanah...
Selamat Tahun Baru 2014 ..semoga ianya membawa kebaikan kepada semua...
No comments:
Post a Comment