Wednesday, January 29, 2014

HAH ? KENA ROGOL LAGI ?

Takkan lah hari-hari cerita rogol sahaja!. Buka TV dengar berita rogol!. Dengar Radio dengar berita rogol! Buka suratkhabar terpampang cerita rogol!!...apa la nak jadi dengan negara kita nie ? Kemaruk seks sangat ke orang-orang Malaysia nie!! Geram! Memang aku cukup geram!! Sepatutnya pesalah rogol nie diberi hukuman ‘castration’ ...supaya dia tak boleh rogol sesiapa lagi..bila keluar nanti! .. setakat kena penjara dan kena rotan tu..tak tahu lah sejauhmana manusia berhati binatang nie insaf!!..emm..eh? Aku meroyan nie kenapa? Dia orang kata sistem demokrasi berparlimen negara kita yang kena rogol..bukan orang kena rogol!!.. si ADUN Kajang dah letak jawatannya sebagai ahli Yang Berhormat ..semata-mata nak beri peluang bosnya..bang Non...bertanding sebagai ADUN dan seterusnya melayakkan bang Non jadi Menteri Besar Selangor ..ganti Menteri Besar sedia ada... entah apa masalah MB Selangor sekarang..hingga nak kena ganti... tak boleh ke orang PAS jadi Menteri Besar Selangor..atau orang DAP ...kan sama dalam satu kem? Tak layak ke YB-YB PAS dan DAP?

Mudah benar mereka nie permainkan sistem demokrasi negara kan? Bila rasa nak tukar pemimpin..boleh letak jawatan dan buat pilihanraya kecil. Ini rasanya kali ketiga mereka buat macam nie. Dulu kak Jijah letak jawatan juga nak beri peluang bang Non bertanding di Permatang Pauh..supaya bang Non boleh jadi Ketua Pembangkang dan sekaligus Perdana Menteri ,,kalau kem mereka menang...lepas tu DUN Penanti..sebab nak tukar Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang. Elok benar perangai dia orang nie...boleh main-main tukar-tukar ADUN ikut kesesuaian diri mereka..kalau rasa tak suka ..boss boleh arah YB letak jawatan dan tukar orang lain ganti jadi YB walaupun tak cukup penggal...macam tukar kereta jer.... inilah permainan politik sekumpulan manusia yang begitu yakin mereka akan menang dengan selesa walaupun diberi tentangan oleh puak yang tidak bersetuju dengan mereka.

Aku amat terkilan dengan cara puak-puak politik nie mengambil kesempatan ke atas sistem demokrasi negara serta kebebasan yang diberikan. Memang benar kata rakan-rakan bahawa sistem demokrasi kita begitu longgar hingga sesiapa sahaja boleh melanggar atau dengan istilah baru ‘merogol’ dan mencabul hak demokrasi. Aku membayangkan senario ini lebih buruk jika mereka menjadi pemerintah negara dan mereka boleh menukar ganti Ahli Parlimen dan Ahli DUN sesuka hati mereka tanpa mengira kesan atau impak yang akan berlaku ke atas rakyat jelata. Pertama negara akan kerugian jutaan ringgit semata-mata nak mengurus pilihan raya kecil .. sedangkan jutaan ringgit itu boleh dibelanjakan untuk memperbaiki dan menaik taraf pelbagai kemudahan atau menyediakan kemudahan kepada rakyat ... kedua ..fokus pembangunan  kerajaan akan terganggu kerana asyik berkempen untuk menang dalam pilihanraya sedangkan seketika ini setiap ADUN harus memberi tumpuan dan fokus membantu menyelesaikan masalah rakyat, bukannya nak berpolitik sepanjang masa dalam tempoh lima tahun!! ..ketiga...menganggu kehidupan harian rakyat yang sudah dibebani dengan pelbagai masalah .. sedangkan rakyat amat memerlukan bantuan daripada ahli YB yang telah mereka pilih...

Jelas sekali dalam mengejar cita-cita seorang pemimpin, mereka sanggup berkorban dan mengorbankan kepercayaan pengundi-pengundi yang melantik mereka sebagai ahli Yang Berhormat. Jelas juga demi mencapai cita-cita seorang manusia sanggup berbuat apa sahaja termasuk mengorbankan orang-orangnya sendiri dan merogol serta mencabul demokrasi negara sesuka hatinya. Semakin jelas halatuju perjuangan mereka bukan berjuang untuk rakyat, bukan berjuang mempertahankan hak rakyat, bukan berjuang untuk kepentingan rakyat walaupun di hujung parti mereka ada perkataan RAKYAT ... yang langsung tiada Keadilan untuk Rakyat... kerana telah MENODAI kepercayaan rakyat!!....


Inilah realiti politik negara yang tiada kesudahanya..siang malam berpolitik... makan tidur berpolitik...walaupun PRU 13 sudah lama berlalu...namun masih ada puak-puak yang tidak memberi fokus kepada apa yang mereka perkatakan semasa mereka berkempen siang dan malam untuk memenangi hati pengundi ...

No comments:

Post a Comment