Pasti semua orang pernah mengalami atau melihat iklan di pasaraya ... 'Beli Satu Percuma Satu' ..Value Buy..terutamanya di musim-musim perayaan Hari Raya.. Christmas dan pastinya sambutan Tahun Baru Cina...dalam kita bising-bising kondem pemerintah tentang kenaikan harga barang....ramai pulak yang mengunjungi pasaraya ...... megamall ... kompleks membeli belah ... berebut-rebut semata-mata nak membeli barangan yang kononnya..lebih murah... atau tertarik dengan tawaran percuma ~ its free... ditambah dengan YES ~ Year End Sales ... sebagai umpan untuk menarik lebih ramai pelancng ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2014... kebelakangan ini semakin banyak iklan-iklan barangan dan perkhidmatan yang menggunakan tagline ~ its free ...no other charges ...
Bukan nak kondem..saja nak menulis tentang perkara ini ..ye la..dalam kemelut masyarakat menghadapi harga barang yang semakin menaik...timbul pula isu sayur kangkung yang dikatakan sudah turun harga ... ramai pulak yang dengan sinis menjawab ..'alaaa...kangkung tu dalam parit pun banyak..percuma pulak tu..' ..ada pulak yang kata 'tak kan la hari-hari nak makan kangkung jer...' itulah sedikit reaksi masyarakat bila PM sebut pasal kangkung ..banyak lagi..tapi aku nak menulis mengenai its free ~percuma
Antara syarikat yang sering menyebut its free ialah syarikat penerbangan Air Asia!!.. free seats available now! tagline yang biasa kita nampak dalam semua iklan promosi Air Asia..hingga meleleh air liur kita nak beli tiket ke Korea, Vietnam, China, Australia dan Eropah!!..Berebut-rebut log in ke website!! ...sanggup bersengkang mata hingga subuh..semata-mata nak dapatkan tiket penerbangan its free! padahal tak free pun..masih ada bayaran atau caj yang dikenakan oleh syarikat tersebut! Salah ke? Tak salah syarikat..salah kita yang mudah benor terpengaruh! Sama juga dengan iklan sebuah syarikat telekomunikasi...U Mobile yang terbaru ... dialog yang kita dengar 'banyak masa nampak'....ye ..banyak masa ..ianya percuma' ...
Banyak lagi ler..yang guna tagline its free..walaupun ada caj yang dikenakan ..saya ambik dua contoh jer.. ..ada ker benda atau perkhidmatan yang free ~ percuma dalam dunia nie ? ....selain mohon doa dengan Allah..itu free..sebab tak ada caj bayaran.... kalau nak buang air pun dicaj antara 20 sen - 50 sen sekarang nie...ada ke benda yang free ?..di KLCC ada level yang caj RM2.00 untuk menggunakan tandas nya..... free wi-fi? ..free ke ? Rasanya tak free sebab kena duduk kedai mamak ..makan roti canai...bayar air minuman ... kalau di hotel..wi-fi pun kena caj!!...
Free sms?? ...ini satu lagi cara nak tarik minat golongan muda yang kuat ber 'sms' .. banyak juga yang terkena promosi free sms nie..hingga tak sedar yang mereka di caj sampai beratus ringgit...perkhidmatan-perkhidmatan telco...yang kadang-kadang kita tak minta pun.... contohnya sila taip 'ON' untuk &**$#* ke no 3277**...dan taip 'STOP' untuk berhentikan perkhidmatan. Sampai ke sudah tak STOP servisnya...walau dah berpuluh kali taip STOP...dan kita kena call telco pulak untuk maklum..... please call toll free number 03 *88** ***754... yang langsung tak fee pun!!...lepas tu kena tunggu hingga setengah jam..sebab semua customer service officer dia busy...dengarlah bermacam macam ringtone...musik... toll free number ? ha ha ha...terkena kita kan ?
Maka berhati-hatilah bila melihat its free iklan ...kerna setiap its free itu ada catch dia atau lebih mudah nak kata telunjuk lurus kelingking berkait. Mudahnya kita terpengaruh dengan perkataan percuma..free...dan tidak sedar kita dimanipulasikan..sepertimana kita begitu mudah dimanipulasikan dengan kenyataan ...free education for all.....kerana kalau nak semua free..semua percuma.....camana bisnes nak untung ? Kangkung yang free cuma ada di dalam parit jer..itupun kalau parit itu tidak dicemari dengan sampah sarap..najis dan sebagainya..... maka kalau nak dapat kangkung yang berkualiti..samada kita tanam sendiri atau kena beli laa d pasar borong ..atau pasar tani... seperti kata sebuah iklan 'yang murah tak semestinya berkualiti dan yang berkualiti tak semestinya mahal' ...maka kalau kita hargai apa yang kita ada..dibandingkan dengan negara jiran sekeliling kita....kita akan nampak nikmat nya... kalau tidak terpaksa lah kita menerima hakikat bahawa hidup mesti diteruskan dengan apa cara sekalipun... kalau tak suka..kita boleh ubah pada musim pilihan raya...dan tak perlu nak berguling-guling membuat demonstrasi sepertimana negara jiran..yang boleh melumpuhkan ekonomi negara yang mampu menyebabkan kesengsaraan yang lebih hebat kepada kita semua ...
Nak free ? Nak percuma ? sama-sama kita memohon doa dengan Allah S.W.T supaya negara kita terus dirahmati dan dijauhi daripada dibebani dengan pelbagai isu yang merosakkan perpaduan dan keharmonian rakyat..... kerana berdoa itu free for all ...
No comments:
Post a Comment