Friday, February 28, 2014

Sarawak : Era Baru Selepas Taib Mahmud

Tanggal 28 Februari 2014 …terciptanya sejarah baru …buat Bumi Kenyalang .. Tan Sri Adenan Satem menjadi Ketua Menteri Sarawak yang ke-5 menggantikan Pehin Sri Taib Mahmud yang bakal dilantik sebagai Tuan Yang Terutama … Sarawak, Bumi Kenyalang telah menyaksikan anjakan pembangunan  selama 33 tahun di bawah pentadbiran Pehin Sri Taib Mahmud .. yang memulakan karier politiknya seawal tahun 1963 pada usia 27 tahun apabila dilantik sebagai Menteri  Perhubungan dan Kerja Raya dalam Kabinet Negeri Sarawak. Aku pasti ramai yang menangisi dan kecewa dengan perletakkan jawatan nya ..namun itula hakikat yang harus diterima oleh penyokong setianya …kerana sudah tiba masanya beliau berundur dari politik dan memasuki fasa baru dalam hidupnya sebagai Tuan Yang Terutama.. atau gelaran lama ..Gabenor Sarawak. Aku juga pasti ramai musuh nya gumbira dan bertepuk dengan pengunduran nya dari pentas politik … kerana orang yang mereka paling geruni sudah tiada suara lagi dalam Dewan Undangan Negeri … dan perlantikkan Pehin Sri Taib sebagai Gabenor Sarawak menyebabkan musuh-musuhnya terkedu lagi …

Selamat Bersara Pehin Sri Taib …dan Selamat Bertugas Tan Sri Adenan .. dua jagoan arena politik negeri yang sama-sama disegani kawan dan digeruni oleh lawan… Sepanjang 33 tahun Pehin Sri Taib mentadbir negeri terbesar di Malaysia … 33 tahun yang dipenuhi dengan onak ranjau berduri..membangunkan negeri … melepasi badai politik …yang tiada henti berkonflik … mencari arus kejayaan dan mencipta kegemilangan ..bumi Kenyalang yang terbilang … setelah 33 tahun Pehin Sri Taib akhirnya berundur jua…memberi peluang generasi seterusnya untuk melakarkan kejayaan yang lebih cemerlang ..buat bumi Kenyalang. Apa pun orang mengata tentang Pehin Sri Taib…harus kita akui beliau telah meninggalkan banyak jasa… Jasa yang akan dikenang sepanjang zaman oleh generasi yang mendatang … Apa pun yang orang caci..harus kita akui .. beliau telah bina satu landasan kejayaan untuk di nikmati oleh generasi seterusnya … apa pun yang orang benci …Pehin Sri Taib telah mengharmonikan negeri dengan politik yang lebih bertoleransi… bukan politik yang mengungkit hal-hal peribadi … tiada istilah kawan sejati dalam politik..tetapi beliau telah beri bukti bahawa kesetiaan itu satu anugerah yang perlu dihayati dalam diri setiap individu yang ingin menjadi ahli politik … dan setianya  Tan Sri Adenan kepada Pehin Sri dan parti yang dijunjung..bukti nyata yang kini pasti… perlu direnung …

Tahniah Tan Sri Adenan Satem .. Ketua Menteri ke-5 Bumi Kenyalang ..bergema suara ‘ooohaaaa’ dan the most handsome politician in Sarawak … pengganti yang berwibawa..penuh pengalaman dan juga banyak jenaka nya. Berusia 70 tahun dan merupakan seorang lawyer dan bekas wartawan ..kewibawaan Tan Sri Adenan bakal diuji dengan pilihanraya kecil negeri DUN N51 Balingian … dan pilihan raya negeri yang dikatakan pasti lebih hebat..lebih panas dari sebelumnya dengan keghairahan juak pakatan untuk menawan kawasan luar bandar yang menjadi tunjang barisan kerajaan… perlantikkan Pehin Sri Taib sebagai Tuan Yang Terutama dipersoalkan oleh juak-juak yang rasa kecewa ..kecewa kerana gagal untuk mencari kesalahan nya..kecewa kerana gagal mencari kelemahanya.. kecewa kerana gagal mencemarkan reputasinya..

Pada pandangan aku .. selepas ini pasti ada ceritera …pasti ada gurindam.. pantun seloka ..ada jua puisi yang diisi penuh dengan jasa..kecemerlangan..sumbangan Pehin Sri Taib yang menjangkau tiga abad …untuk direnung..ditenung dan dianalisa … bagi yang mengenalinya ..pasti berduka kerana pengalaman bekerja bersama nya adalah sesuatu yang berharga .. apa pun gelaran yang diberi kepada nya.. Tok Uban atau Pei Mao telah mencipta sesuatu yang amat berharga … iaitu amalan politik yang bertoleransi…hingga mampu menyatu padukan rakyat berbilang bangsa .. seperti kata Tan Sri Adenan .. I am a Chief Minister for all .. I’m not a Chief Minister for the Malays only … amalan politik yang tidak mengungkit hal-hal peribadi … amalan politik yang berfokus kepada pembangunan bukan menghina sesama rakan politik dengan taktik pendedahan dan provokasi  … dan pesanan Pehin Sri sebelum melepaskan jawatan nya.. please protect Sarawak from politics of racism amat jelas membuktikan beliau mementingkan perpaduan…jika pun berlainan fahaman politik dengan pihak lain… walau pun ianya dilihat amat kecil ..tetapi pada pandangan aku ..itulah paling berharga kerana Bumi Kenyalang … perlu terus harmoni..terus sejahtera…terus bersatu padu…dan saling memahami tanpa perlu menggunakan agama dan kaum sebagai galang ganti kelangsungan parti politik mereka …


Tahniah YAB Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.. semoga terus memacu kejayaan Bumi Kenyalang. Nya aja jako aku .. 

Thursday, February 27, 2014

Provokasi Kaum dan Agama : Perlu Ada Tindakan Segera..

‘Act against those who incite hatred’ tajuk berita tulisan Mazwin Nik Anis dari The STAR mengingatkan aku yang aku pernah menulis mengenai nya di entri terdahulu, iaitu ‘Berhenti  Beri Amaran..Ambil Tindakan Tegas’ dengan harapan pihak berkuasa seperti Polis dan Kementerian Dalam Negeri tak perlu lagi memberi amaran..sebaliknya terus mengambil tindakan tegas kepada sesiapa sahaja..tak kira orang-orang menyokong kerajaan ke..atau juak-juak pakatan ke..yang mencetuskan provokasi kaum dan juga agama. Perdana Menteri sebelum ini telah menyeru kepada media agar tidak memberi publisiti kepada mana-mana pihak yang gemar membuat provokasi ..dan beliau tidak menyokong sama sekali ekstrimis yang ingin mencetuskan kekacauan di negara ini.  Datuk Saifuddin Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif Global Movement for Moderates berkata media masa terlalu memberi publisiti kepada golongan ekstrimis menyuarakan pandangan mereka dan berharap media memberi fokus dan peluang publisiti kepada suara-suara yang mendambakan keamanan dan kesederhanaan. Menurutnya walau pun beliau menyokong kebebasan media namun adakalanya media perlu mengurangkan publisiti terhadap golongan ekstrimis yang suka memberi komen-komen yang keterlaluan terhadap kaum dan agama. Tan Sri Ramn Navaratnam, Pengerusi Pusat Kajian Polisi Awam pula mengatakan kenyataan yang provokatif terhadap perkauman dan agama harus dibendung dan mana-mana pihak yang mengeluarkan kenyataan berunsur menghasut harus diambil tindakan undang-undang.

Pada pandangan aku..aku sangat setuju dengan pandangan dan kenyataan mereka dan berharap pihak berkuasa tidak lagi bersikap wait and see kerana semakin lama ditunggu semakin menjadi golongan-golongan ekstrim di negara kita ini. Andai kita terus membiarkan tidak mustahil negara kita akan menjadi kacau bilau seperti yang berlaku di Selatan Thailand dimana pembunuhan setiap hari berlaku akibat rasa dendam antara puak Islam dan puak Buddha dan juga yang berlaku di Mynmar. Inikah yang kita mahukan ? Usaha Perdana Menteri melalui rancangan penyatuan nasional melalui Akta Harmoni harus disokong oleh semua pihak..tanpa mengira fahaman politik masing-masing dan menurut  aktivitis sosial, Anil Netto..kerajaan juga harus bersedia untuk mengkritik  secara terbuka mana-mana kumpulan yang membuat provokasi kaum atau kenyataan menghasut ..walaupun kumpulan itu adalah penyokong kepada kerajaan. Pada pendapat aku..undang-undang harus tidak memilih siapa yang mengeluarkan kenyataan tetapi undang-undang harus melihat apakah kenyataan itu merupakan satu provokasi atau menghasut… jika YA..ambil lah tindakan..hatta seorang Menteri sekalipun .. dan jika  ini dilakukan..pastinya seluruh negara akan percaya..bahawa kerajaan benar-benar serius untuk menutup pintu kepada golongan ekstrimis..walaupun daripada penyokong kerajaan sendiri..dan ianya pasti menjadi satu pengajaran kepada semua pihak bahawa undang-undang Malaysia tidak bias dan akan bertindak ke atas sesiapa pun.

Kes-kes seperti yang melibatkan golongan yang ternama selalunya ‘hilang bersama masa’ atau gone with the time kerana tindakan selalu nya mengambil masa yang terlalu lama..hingga menimbulkan persepsi bahawa udang-undang kita lemah, birokratik dan begitu mudah untuk dimanipulasi. Jika ada pun tindakan mahkamah..pesalah akhirnya akan bebas kerana pastinya tiada bukti kukuh bagi mensabitkan pesalah… dan persepsi inilah yang menyebabkan golongan-golongan ekstrimis semakin berani bertindak di luar batasan hingga boleh menimbulkan kekacauan kaum. Contohnya..kes Alvivi.. sehingga kini belum ada keputusan nya… kes Teresa Kok..masih lagi dibincangkan dan dimanipulasikan di alam siber.. dan selepas ini nanti ..pasti akan ada lagi..kumpulan atau individu yang akan mengeluarkan kenyataan rasis… dan terus mencabar kerajaan… Richard Nixon pernah berkata ‘A president can ask for reconciliation in the racial conflict that divides Americans. But reconciliation comes only from the hearts of people’ iaitu seorang Presiden boleh memohon penyatuan jika berlaku konflik perkauman yang memecahbelahkan orang Amerika, tetapi penyatuan sebenar perlu datang daripada keinginan rakyat itu sendiri. Begitu juga dengan usaha yang dilakukan oleh Najib Razak, Perdana Menteri kita…walau pun penubuhan Jawatakuasa Perpaduan Nasional akan membantu dalam usaha menyatu pasukan rakyat berbilang kaum d negara ini, perpaduan sebenar hanya akan terjadi jika rakyat itu sendiri….benar-benar inginkan perpaduan dan penyatuan dengan mengenepikan fahaman politik..pegangan agama dan juga perbezaan etnik.

Apa yang berlaku sekarang ini ialah usaha kaum Melayu yang begitu kuat untuk menonjol menjadi kaum yang utama..dengan mendefiniskan diri mereka sebagai ‘Ketuanan Melayu’ … Inilah isu yang menjadi titik tolak kepada penolakkan kaum Cina, India dan mula dirasai oleh kaum Bumiputera bukan Islam lain ..yang merasakan kaum Melayu ingin mendominasikan mereka… lantas mereka melihat pencabulan kepada perjanjian ‘Jus Soli’ …dan juga menjejaskan ikrar ‘kongsi kuasa’. Justeru mereka mula melihat ‘Ketuanan Melayu’ itu satu ancaman kepada hak-hak mereka sebagai rakyat Malaysia ..khususnya generasi yang lahir dan membesar di Malaysia…dan sekaligus mula menerima fahaman bahawa harus ada keadilan dan kesamarataan…kerana mereka bukan lagi pendatang..mereka bukan lagi imigran seperti Bangladesh, Pakistan, Mynmar, Vietnam atau pun Indonesian. Pada pendapat aku..seandainya kegelojohan dan semangat ‘Ketuanan Melayu’ itu dapat di tone down atau dengan kata lain diperlahankan..dan tidak terlalu menonjol…golongan baru..generasi muda akan lebih mudah menerima kerana mereka juga merasakan mereka perlu menyumbang kepada pembangunan negara..mereka juga perlu menyumbang kepada keamanan dan kesejahteraan negara..dengan slogan yang lebih bersifat nasionalis..dan bukan etniksiti.


Benar kata Perdana Menteri..setiap individu dalam masyarakat berperanan untuk memastikan negara terus bersatu padu … dan jika kita ingin melihat negara ini terus maju..semua pihak tanpa mengira fahaman politik harus berusaha tidak mencetuskan provokasi kaum dan agama… maka sudah tiba masanya pihak berkuasa seperti Kementerian Dalam Negeri dan Polis … menggunakan kuasa mereka tanpa melihat kepada pangkat..darjat dan fahaman politik mereka … untuk mengambil tindakan … jangan biarkan ektrimis berleluasa di Malaysia.. lets us all work together for a better Malaysia.

Wednesday, February 26, 2014

AIR OH AIR ..DIMANA KAU AIR

Penduduk di sekitar Lembah Klang sedang menghadapi krisis bekalan air dan menurut SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor) pelan catuan bekalan air di Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang akan bermula esok sehingga 31 Mac 2014. Lama tuuuu… dan bagaimana dengan kawasan lain di Selangor..Kuala Lumpur dan juga Putrajaya ? Semalam SYABAS memberi amaran  jika kerajaan negeri Selangor mengurangkan bekalanair berskala besar, ianya bakal memberi implikasi kepada tiga juta pengguna. Selain penduduk di Selangor, penduduk Negri Sembilan juga dikatakan sedang menghadapi krisis bekalan air walaupun SAINS (Syarikat Air Negeri Sembilan) memaklumkan krisis bakal berakhir dengan adanya penyambungan paip terus dari Kolam Simpanan Springhill. Krisis bekalan air bukan sahaja berlaku di Selangor dan Negri Sembilan malah ianya juga bakal berlaku di beberapa buah negeri seperti Johor, Pahang, Perak dan Kedah ekoran takungan air di beberapa empangan di negeri-negeri terbabit semakin mencatat penyusutan ekoran cuaca panas yang melanda negara.

Jika dilihat dari mata kasar Malaysia sebenarnya tidak sepatutnya mempunyai masalah dari segi membekal air bersih kepada penduduk negaranya ekoran setiap negeri mempunyai sungai yang luas dan panjang. Kenapa setiap kali cuaca panas atau kemarau melanda negara pasti akan berlaku krisis bekalan air kepada penduduk ? Apa punca nya ? Adakah sebahagian besar air sungai-sungai di negeri-negeri tidak lagi bersih dan mampu menyumbang kepada bekalan air di setiap negeri ? Aku cuma merasa heran .. dengan keadaan negara kita yang setiap kali menghadapi krisis air.. akan cuba menuding jari kepada pihak-pihak tertentu … sedangkan setelah mencapai kebebasan dan menikmati kemerdekaan selama 56 tahun.. krisis bekalan air tidak sepatutnya berlaku .. Kita mampu membelanjakan RM4.5 bilion untuk sebuah jambatan baru menghubungkan Pulau Pinang ke tanah besar Semenanjung … kononnya bagi mengurangkan kesesakan lalulintas… kenapa kita tidak mampu mencari kaedah dan membelanjakan jumlah yang sama untuk mencari penyelesaian kepada masalah yang berkaitan keperluan dalam kehidupan setiap masyarakat ..yang berlaku saban tahun ? Apakah fungsi SPAN (Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara) ? Jika dilihat kepada objektif penubuhan SPAN, iaitu To ensure long term availability and sustainability of water supply including the conservation of water bermakna SPAN mempunyai kuasa untuk mencari alternatif bagi memastikan bekalan air di negara ini sentiasa ada .. adakah alternatif lain selain air sungai dan menyediakan takungan air ?


Pada pandangan aku … bukan la nak memandai ..mungkin juga kaedah ini sudah dipikirkan oleh orang-orang bijak pandai dalam pemerintah negera ….aku tahu hampir di setiap negara menghadapi krisis bekalan air namun mereka sentiasa mencari alternatif seperti menggunakan air laut sebagai sumber bekalan dengan kaedah desalination iaitu satu proses mengubah air masin menjadi air minuman . Banyak negara sudah menggunakan kaedah ini bagi menangani masalah bekalan seperti Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Sepanyol, Amerika Syarikat, China, Australia dan juga India. Arab Saudi merupakan negara pengeluar desalinated water terbesar di dunia. Teknologi ini sudah berkembang pesat walaupun pada awalnya teknologi ini memerlukan kos yang tinggi namun jika negara sering menghadapi krisis bekalan air dengan bertambahnya penduduk dengan masalah persekitaran dan kekurangan bekalan sumber sekurang-kurangnya negara ada alternatif untuk memastikan long term availability and sustainability of water supply kepada rakyatnya yang kian bertambah. Malaysia dikelilingi oleh laut di justeru mengapa kita tidak mengambil kesempatan ke atas sumber yang sudah sedia ada dengan menggunakan teknologi tersebut. Memang benar ia nya memerlukan kawasan yang luas dan besar (sebab itu mungkin Singapura tak guna teknologi tersebut untuk sediakan bekalan air mereka )..tetapi Malaysia adalah negara yang luas… pilihlah negeri mana yang sesuai untuk dijadikan pusat teknologi itu..terutamanya negeri-negeri Pantai Timur..Sabah dan Sarawak . 

Tuesday, February 25, 2014

Benarkah Kaum Cina Di Sarawak Ditindas ?

Pertamanya aku meletak tajuk seperti itu bukan nak mempertikaikan hak atau kewujudan kaum Cina di Sarawak ataupun mengungkitkan hal-hal perkauman ..tidak sama sekali. Tiada niat untuk mempertikaikan kedudukan mereka kerana aku tau mereka juga mempunyai hak untuk tinggal dan menetap di negara ini sepertimana kaum-kaum lain yang berhijrah ke nusantara  seawal abad ke-7  lagi. Cuma nya aku agak musykil dengan tulisan seorang anak muda dalam blognya Young Ronin 47 yang jelas mengatakan kaum Cina di Sarawak ini ditindas. Aku tidak mempertikaikan perjuangan anak muda yang bernama Abdul Aziz Isa ini yang merupakan Pembantu Khas kepada YB Chong Chien Jen, Ahli Parlimen Bandar Kuching dan ADUN Kota Sentosa dari DAP. Itu hak peribadi beliau. Aku juga tidak mempertikaikan perjuangan beliau untuk mengiktiraf kaum Cina dan India sebagai kaum bumiputera di Sarawak. Mungkin ada yang marah namun pada aku beliau perlu membuktikan taat setia nya kepada parti yang memberi makan dan punca rezekinya.. dan juga pada pandangan aku mungkin beliau ingin dilihat sebagai seorang hero..pejuang Malaysian Malaysia demi kelangsungan karier politikya dalam parti tersebut walau pun beliau terpaksa menggadaikan bangsa nya sendiri ..

Apa yang aku musykil ialah kenyataan yang ditulis oleh Young Ronin 47 seperti ini  “Allah mencipta manusia berbeza-beza supaya kita dapat mengenali antara satu sama lain dan mencari titik persamaan. Apa yang berlaku sekarang, kita didoktrinkan dengan pemikiran Ketuanan Bumiputera manakala menyisihkan peranan kaum 'Bukan Bumiputera' ini. Siapa kita hendak melayakkan diri kita lebih mulia dari bangsa lain sedangkan Allah tidak pernah membezakan makhluk ciptaannya. Cina, Melayu, India, Dayak dan Kadazandusunmurut adalah sama kerana kita adalah manusia. Menafikan hak mereka bermakna kita menindas mereka. Jika kita menindas mereka, maka kita adalah lebih teruk dari binatang. Kita harus bersifat keperikemanusiaan kepada mereka iaitu masyarakat Cina dan India kerana sumbangan mereka dalam pembangunan negara. Bukan itu sahaja, mereka telah menumpahkan taat setia mereka kepada negara tercinta ini masakan pula kita masih menafikan hak mereka? Mereka mempunyai hak diiktiraf sebagai Bumiputera memandangkan mereka tidak pernah memilih untuk menjadi Bukan Bumiputera sewaktu menyertai Malaysia. Jika kita kata Cina dan India adalah pendatang, bukankah kita juga pendatang? Siapa penghuni negeri ini sebelum kedatangan Cina, India, Melayu, Dayak, dan Orang Ulu? Adakah kita memilih untuk dilahirkan di dunia ini sebagai Cina? Melayu? India? Dayak? Orang Ulu? Apakah itu pilihan kita atau ketetapan Allah? Jika Allah telah menetapkan sesorang itu dilahirkan sebagai Cina, kenapa kita hendak menafikan hak mereka? Adakah menafikan hak mereka bermaksud kita menafikan ketentuan Allah?”  “Jika kita hendak negeri ini membangun, kita harus membangunkan dahulu pemikiran kita. Kita haruslah membuang anasir-anasir jahat seperti perasaan syak wasangka dan sifat menindas kita terhadap mereka”

Aku benar-benar terpana dengan ayat-ayat ini “Menafikan hak mereka bermakna kita menindas mereka. Jika kita menindas mereka, maka kita adalah lebih teruk dari binatang” dan juga ayat ini “Jika Allah telah menetapkan sesorang itu dilahirkan sebagai Cina, kenapa kita hendak menafikan hak mereka? Adakah menafikan hak mereka bermaksud kita menafikan ketentuan Allah?” selain ayat ini “Kita haruslah membuang anasir-anasir jahat seperti perasaan syak wasangka dan sifat menindas kita terhadap mereka”.  Samada pemandangan aku ini betul atau salah dari sudut pandangan lahiriah sepanjang aku menjelajah negeri Sarawak .. jika benarlah kerajaan negeri Sarawak menindas kaum Cina di Sarawak..sepertimana dakwaan Young Ronin 47  .. kaum manakah yang paling ramai memiliki rumah-rumah banglo, rumah mewah dua tingkat di setiap bandar dan bandaraya di Sarawak ? Jika lah kaum Cina  ditindas di Sarawak siapakah pemilik kedai, perniagaan di supermall, megamall di bandaraya....kedai-kedai perniagaan dan runcit di setiap bandar, setiap perkampungan dan setiap kawasan perumahan?  Seandainya kaum Cina ditindas di Sarawak siapakah yang menguasai ekonomi negeri Sarawak..bebas menjalankan sebarang bentuk perniagaan.. seandainya kaum Cina di tindas di negeri Sarawak... apakah mereka mampu mengamalkan kebudayaan dan juga menyambut perayaan keagamaan mereka secara terbuka ?

Justeru..wahai Young Ronin 47 sepertimana yang awal-awal tadi aku katakan..aku tidak mempertikaikan kewujudan kaum Cina ..malah menganggap mereka adalah sama layak untuk hidup di negeri namun dengan mengatakan mereka ditindas .. aku tidak setuju sama sekali. Aku setuju kita di Sarawak tidak pernah membangkitkan siapa tuan siapa hamba...dan aku juga setuju kita harus bekerjasama dalam membangunkan negeri Sarawak untuk lebih maju..tetapi aku tidak bersetuju dengan teori bahawa “Sarawak akan lebih maju jika kita mengiktiraf mereka sebagai bumiputera”  dan jelas disini bukan pemerintah yang bersikap pra sangka dan mempunyai anasir jahat..tetapi Young Ronin 47 sendiri yang berperasaan sedemikian rupa sebab selama ini kerajaan Sarawak mengamalkan ‘perkongsian kuasa’ dengan bergabung melalui satu ikatan kepartian yang membolehkan semua kaum untuk membangunkan negeri Sarawak. Mungkin Young Ronin 47 tidak menyedari kenapa DAP sanggup bergabung dengan PKR dan PAS untuk menjadi kuasa politik dan seterusnya menguasai negeri ini? DAP sanggup berkongsi kuasa dengan PKR dan PAS kerana menyedari DAP yang ditunjangi oleh 99 peratus kaum Cina tidak akan berjaya menakluki dan mentadbir negeri ini dengan aman jika tiada perkongsian kuasa dengan Melayu, Dayak PKR dan Melayu PAS! DAP sedar itulah kekuatan BN, iaitu penggabungan pelbagai kaum dalam ikatan kepartian dan berkongsi kuasa.


Dalam memastikan negeri ini terus aman damai dan sejahtera, Pehin Sri Taib yang akan bersara sebagai Ketua Menteri Sarawak telah berpesan kepada ahli politik Sarawak untuk mempertahankan negeri ini dari dicemari dengan politik rasis..politik yang cuba memecah belah perpaduan kaum ..samada melalui provokasi kaum atau pun provokasi agama.

Monday, February 24, 2014

PAS bermimpi dan berkhayal di Bumi Kenyalang …


Aku nak tergelak…terasa sakit sangat perut dan nak terberak...bila terbaca kenyataan seorang pemimpin PAS yang mengatakan "Pemimpin Sarawak sepatutnya mencontohi kemajuan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Sarawak tidak akan menjadi negeri termiskin seperti sekarang, jika PAS yang memerintah. Justeru rakyat di Pusa perlu berubah dengan memberi sokongan kepada PAS, kata AJK Pemuda PAS pusat, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus”. Aku tak tahu sejauhmana tahap kemajuan dan pembangunan negeri Kelantan berbanding Sarawak.. tapi maju sangat ke Kelantan ? Adakah pembangunan Kelantan setaraf dengan pembangunan dan kemajuan negeri Selangor, Johor ataupun Pulau Pinang ? Di kaca mata pemimpin PAS (aku heran macamana akronim untuk parti ini boleh menjadi PAS sedangkan ianya Partai Islam Se-Malaysia… sepatutnya menjadi PIS!)…lantak laa…. negeri Sarawak lebih mundur..lebih miskin daripada negeri Kelantan walaupun secara hakikatnya ... ...pikir laa sendiri.. lebih parah kenyataan Presiden PAS yang buta sejarah mengatakan Sarawak sudah merdeka 60 tahun...mana dia dapat fakta eh? Yang aku tahu sejarah mengatakan Sarawak Merdeka dari penjajahan British pada 22 Julai 1963 ... sebelum negara Sarawak di ajak menubuhkan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman bersama Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya..dan juga negara Sabah...dan mengambil kira tarikh itu Sarawak baru mencapai kemerdekaan selama 50 tahun..dan... 10 tahun lagi Professor Hj.Hadi Awang..kira daripada tarikh mana ? Cuba citer?

Dua hari sebelum itu pun aku nak terkentut ..bila seorang pemimpin PAS dari semenanjung dihalang masuk ke negeri Sarawak nak membuat laporan polis dan menyaman negeri Sarawak. Rupanya pemimpin itu tidak membaca sejarah penubuhan Malaysia dan membaca perjanjian Perkara 18/20 yang menyatakan hak-hak imigresen adalah tertakluk kepada bidang kuasa kerajaan negeri Sarawak. Malah ada komen yang mengatakan orang Sarawak masih duduk dalam tempurung dan bodoh kerana masih mengekalkan undang-undang tersebut …dan pada aku yang membuat komen sebegitu sebenarnya seorang warganegara yang duduk di bawah tempurung dan tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang sejarah negara sendiri. Jika datang ke negeri Sarawak semata-mata untuk menghasut dan memfitnah kerajaan dan pemimpin negeri Sarawak..seharusnya orang-orang sebegini tidak layak diberi kebenaran menjejak kaki ke bumi kenyalang…  jika datang untuk melawat dan mengeratkan silaturahim antara dua negeri..silakan…tiada halangan ..sepertimana rakan-rakan dan saudara lain dari semenanjung yang berulang alik tanpa sekatan… rakyat negeri Sarawak hidup harmoni..sejahtera dan aman sejak 50 tahun lalu..walaupun mempunyai perbezaan budaya..perbezaan anutan agama..perbezaan pertuturan bahasa..malah perbezaan fahaman politik sekalipun. Tidak pernah ada rasa sangsi dan prasangka antara agama Islam dan Kristian atau mana-mana anutan agama lain... dan sentiasa menerima kelemahan dan perbezaan masing-masing .... sebagai satu keunikan sebuah negeri yang saiznya hampir seluas semenanjung tanah melayu.

Niat aku bukan la nak kutuk mana-mana negeri atau mana-mana parti ...tetapi negeri Sarawak tidak memerlukan politik rasis yang dibawa oleh parti-parti luar... ya kemungkinan orang-orang Sarawak bersifat liberal terhadap anutan agama...itu disebabkan kami lebih suka pada keamanan dan keharmonian serta perpaduan antara kaum kami yang pelbagai ... sejarah permusuhan kaum sudah lama dihapuskan ...dan orang-orang Sarawak lebih suka hidup dalam suasana kerjasama erat... maka sebab itulah orang-orang Sarawak menolak apa jua bentuk kempen-kempen politik yang saling hina menghina antara kaum dan juga provokasi agama. Barisan has the upper hand kata kolumnis Philip Golingai dalam kolum One Man’s Meat , NST menyatakan ruling coalition look sets to retain Sarawak in post-Taib state polls. Kenyataan itu disokong oleh Baru Bian yang dengan jelas mengatakan tsunami politik tidak akan berlaku seperti 2011 dimana pembangkang berjaya menawan hampir kesemua kawasan bandar. Professor Dr.Andrew Aeria dari UNIMAS juga agak pessimis tentang peluang pembangkang untuk menawan negeri Sarawak kerana menurutnya umum sedia maklum PKR dan PAS adalah dua parti yang tidak terurus manakala DAP hanya fokus kepada kaum Cina. Professor Aeria juga mengatakan PKR dan PAS adalah parti yang paling lemah dalam hubungan pakatan dan DAP adalah kuasa pembangkang yang sebenar di Sarawak.

Maka pada pandangan aku cita-cita PAS untuk menjadi kerajaan di Sarawak hanya satu mimpi di siang hari dan PAS masih lagi hidup dalam khayalan. Malah PAS yang menang banyak kerusi di Selangor pun tidak mampu menjadi pemimpin kerajaan Selangor... malah Menteri Besar Selangor adalah orang PKR dan majoriti ahli-ahli majlis perbandaran di kuasai oleh pemimpin DAP!!. Dalam pilihan raya negeri 2011, PAS hanya berani bertanding di lima kawasan sahaja..itupun di kawasan majoriti Islam...dan hanya memperoleh undi antara 12 peratus hingga 34 peratus. Prestasi PAS dalam PRU 13 juga sama iaitu meletak calon di lima kawasan majoriti Islam dan memperoleh undi dalam lingkungan peratusan yang sama... Justeru adakah PAS bersedia menawan negeri Sarawak jika di lima kawasan majoriti Melayu pun PAS  kalah...apatah lagi di 66 kawasan lagi yang merupakan kawasan samada majoriti pengundi Cina ataupun majoriti pengundi Dayak. Beranikah kepimpinan PAS negeri menentang kepimpinan PKR dan DAP negeri ..sedangkan di peringkat pusat pun pemimpin-pemimpin mereka menikus dibelakang Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim.

Lantas kepimpinan PAS samada di negeri Sarawak atau pusat..tak perlu lah mendabik dada mengatakan negeri di bawah pentadbiran mereka lebih membangun dan maju...jagalah negeri Kelantan seelok eloknya...tak perlu berangan, bermimpi dan berkhayal untuk mentadbir negeri Sarawak jika di Selangor pun pemimpin PAS takut dengan PKR dan DAP . .. Presiden PAS tak berani bersuara dihadapan Lim Guan Eng dan Anwar Ibrahim ... telor dia kecut bila Lim Guan Eng atau Anwar Berahi jeling jer..



Maka..pesanan untuk PAS ...ingat dan hayati lah kata-kata Prof.Dr.Andrew Aeria dari UNIMAS ini – it is an open secret in Sarawak that PKR and PAS are the weakest link..in Sarawak the Opposition is a one-party show....PAS and PKR are very disorganised...

Sunday, February 23, 2014

Apa Lagi Yang Kita Mahu !!

Whoooaaa!! Di setiap bank dan mesin pengeluar wang otomatik…ramai orang berbaris dengan muka penuh ceria… bila melihat keadaan tersebut…aku pun tertanya-tanya dan hati aku pun berbunga-bunga….yeaaahoooo..sebab aku pikir gaji bulanan dah masuk…hemmm sangkaan aku meleset …dan aku rasa teramat  amat kecewa …. kerana mereka berbaris bukan mengambil gaji tetapi nak ambil Bantuan Rakyat 1Malaysia..atau nama glamernya BR1M ..yang di berikan oleh pemerintah kepada golongan yang berpendapatan isi rumah di bawah RM3 ribu…. Patutlah muka mereka berseri-seri.. dalam tempoh seminggu ini ..meriah la kedai-kedai ..super mall..mega mall ..kedai runcit… untungnya rakyat Malaysia ..

Bercerita pasal bantuan yang diberikan oleh pemerintah kepada rakyat nie..semenjak dua menjak ini..memang banyak bantuan yang dihulurkan seperti mana yang diperkatakan dalam manifesto pilihan raya umum lalu. Antara bantuan yang di sediakan selain BR1M ialah Baucer Buku 1Malaysia (BB1M) kepada semua pelajar dan penuntut tanpa mengira bangsa, agama dan juga fahaman politik..dan juga status pendapatan keluarga. Berapa juta habis disediakan untuk golongan muda ini aku tak pasti..tetapi ianya banyak membantu keluarga yang berpendapatan rendah dan sederhana menyediakan buku dan kelengkapan sekolah kepada anak-anak mereka. Selain itu terdapat juga bantuan KWAMP untuk pelajar-pelajar miskin di seluruh negara yang diagihkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.  Selain bantuan wang ringgit ..ada juga disediakan KR1M atau Kedai Rakyat 1Malaysia bagi menangani harga barang keperluan yang semakin tinggi…dan kedai-kedai ini menawarkan harga barangan yang rendah tanpa mengurangkan mutu barangan .. ada KK1M atau Kedai Kain 1Malaysia  dan bermacam-macam lagi …dan semuanya adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Aku pun tak tahu apa lagi yang di mahukan oleh rakyat negara ini… jika dibandingkan dengan negara jiran lain… begitu banyak bantuan disediakan…termasuk penyediaan tabung pendidikan seperti PTPTN yang memberi pinjaman kepada semua golongan yang memerlukan walaupun perlu dibayar balik selepas tamat pengajian mereka. Mudah sahaja…membuat pinjaman tanpa perlu menyediakan cagaran untuk mendapatkan bantuan..itu pun masih ada lagi juak-juak yang mempertikaikan nya…bukan lah aku nak membodek pemerintah…tetapi kerana adanya tabung seumpama itulah yang membantu aku menyediakan pendidikan kepada anak-anak aku…. Kalau tak..entah dimana aku nak pinjam duit..nak pergi bank ..pasti kena faedah lapan hingga 10 peratus berbandingan PTPTN  yang mengenakan faedah terendah..iaitu dua peratus sahaja!! Kalau nak free..tak perlu bayar balik kena la belajar dengan baik..perlu mendapat skor yang baik..iaitu aggregate 4..cemerlang…

Berbalik kepada penerima BR1M tadi…pemberian BR1M tidak terhad kepada penyokong kerajaan semata-mata..ianya diberi kepada semua yang layak..tanpa mengira fahaman politik mereka..justeru bagi penyokong-penyokong parti yang asyik menyelar pemerintah tu…hemmm…pandai-pandailah menggunakan wang ringgit yang disediakan oleh pemerintah… bukan apa …aku pun tak tahu apa hukumnya…bila mulut asyik mengumpat mengeji menghina dan memfitnah pemerintah…bila hati asyik membenci dan melaknatkan pemerintah…tetapi bila ada bantuan ..dengan muka tebal…berbaris juga menerima dengan senyum lebar…mungkin ada yang marah dengan aku pasal kenyataan ini..dan mengatakan itu hak mereka..betul..memag pun hak mereka dan layak mereka menerimanya…cuma ingat-ingatlah sedikit lain kali bila nak mengatakan orang lain… .. sama lah juga apabila mereka layak menerima pelbagai bantuan daripada pemerintah kerana mereka adalah rakyat negara ini ….

Cuma heran bin ajaib nya…walau pun pelbagai bantuan dihulurkan oleh pemerintah.. masih ada lagi golongan yang hidupnya amat-amat kasihan seperti mana yang sering di paparkan di media perdana.. dan paling menyedihkan ada golongan yang mengambil kesempatan ke atas anak-anak yatim ..anak-anak golongan asnaf …untuk meminta sedekah…mengerah keringat dan tenaga mereka dengan bertopengkan amal kebajikan..walhal wang ringgit yang diperolehi oleh anak-anak ini masuk ke poket mereka dan digunakan untuk mereka berfoya-foya.. gejala sebegini seharusnya dibenteras dan golongan yang mengambil kesempatan ini harus diambil tindakan setegas-tegasnya..iaitu penjara seumur hidup... kerana mereka ingin hidup senang tanpa bekerja… dan penjaralah yang mempunyai kemudahan sedemikian rupa…

Apa pun..jangan kerana nyamuk kelambu dibakar..iaitu kerana ketaksuban berpolitik hingga perpaduan dan keharmonian dikorbankan..akhirnya kita hilang segala-galanya.//


haaa..tengok ..kau ada ?? Aku pun tak ada.. he he he he

Saturday, February 22, 2014

BN Tertipu Lagi..

Gendang tari sudah di palu..gerak rentak sudah direncana…hanya menunggu penari dan pelakonnya … puak pakatan sudah ada pelakon nya..Bang Nuar yang tak sabar-sabar mengulangi skrip lama …dan BN pula..mencari pelakon veteran yang dikatakan ‘agak cantik’ oleh Muhyiddin…untuk dipasangkan dengan pelakon hebat sepanjang zaman seperti Bang Nuar. Sudahkah BN menyedia skrip dan lakon layar untuk di papar dan di pamerkan kepada khalayak ?  Siapa Chew Mei Fun yang dikatakan mempunyai gelaran Datin Paduka .. yang akan menentang pelakon hebat yang bergelar Dato’ Seri … jika di Google kan.. Datin Paduka Chew Mei Fun bukan orang baru dalam politik .. pernah menjawat jawatan Ketua Wanita MCA ..dan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat…tetapi terpaksa meletak jawatan nya atas prinsip tidak mahu mempunyai seorang ketua atau pemimpin yang mempunyai isu moral seperti Chua Soi Lek …. Chew Mei Fun pernah menjadi wakil rakyat Petaling Jaya sebelum ditewaskan oleh Tony Puaka dalam tahun 2008. Hebat juga wanita ini yang sanggup melepaskan semua jawatan nya kerana prinsip ‘Tidak Mahu Seorang Ketua Yang Tidak Bermoral’.. justeru amat jelas apakah senjata utama yang akan digunakan oleh Chew Mei Fun untuk menentang Bang Nuar …dan memenangi hati pengundi Kajang.

Kali ini apakah helah BN ? Adakah BN akan mengikut gerak tari pakatan atau menyediakan koreografi sendiri berdasarkan pakar-pakar strategi dari gabungan nya…menentang pakar strategi hebat pakatan seperti Rafizi … yang sememangnya hebat memutar belit pelbagai isu … malah tidak gentar dengan apa jua saman kerana beliau mempunyai banyak orang dalaman yang sanggup memperjudikan nasib mereka dengan mengorek segala rahsia BN..untuk didedahkan kepada rakyat..dan mengalih pandangan serta perhatian rakyat kepada isu sebenar dalam pilihan raya kelak. Bang Nuar yang sememangnya hebat dari segi penghafalan skrip yang diulanginya sejak dulu lagi ..pasti semakin hebat dengan adanya sokongan anak didik kesayanganya..Azmin Ali yang tidak putus-putus mempunyai idea hebat dalam memerangi apa jua strategi BN. Penceritaan N25 Kajang menjadi lebih menarik dengan adanya Pak Kaduk..yang gemar madah berhelah …menyatakan akan memerangi Bang Nuar….dan menyokong MB Selangor tetapi sebenarnya hanya bertujuan untuk memecah belah undi…supaya Bang Nuar boleh menang…..pastinya Tan Sri Khalid..sudah masak dan berpengalaman untuk menilai siapa Zaid Ibrahim … kerana ketiga-tiganya mempunyai ‘ayah’ yang sama .

Strategi pakatan mudah …kemukakan isu..dan pastinya puak-puak BN akan bertempiaran mencari pemadam api untuk memadamkan isu tersebut … hingga mereka tidak mampu merekacipta isu untuk di perjelaskan oleh puak pakatan. .. BN juga mudah nak ikut rentak gaya puak pakatan…kalau pakatan janji nak bagi 10 juta untuk bantu kaum Cina… BN akan ‘up’ kan tawaran..macam main poker la pulak … .. seolah-olah pakar-pakar strategi BN tidak mempuyai idea yang kreatif..sustainable…walaupun banyak pakar-pakar di bawa masuk duduk dalam Jabatan Perdana Menteri … gaji tinggi-tinggi pulak tu….. bukan nak mengutuk atau mengatakan BN tidak berupaya..tetapi itulah kenyataan yang aku nampak dalam banyak pilihan raya kecil sebelum ini seperti di P201 Sibu …dan juga di Kedah…. nampak sambutan yang begitu hebat setiap kali ada majlis anjuran BN…malah keluar pelbagai kenyataan yang mengatakan puka-puak pakatan keluar parti ..tetapi akhirnya BN tumbang juga dengan permainan tipu daya pembangkang yang sebenarnya licik menggunakan kelemahan BN sendiri… aku juga tak kata pengundi Cina menipu..aku cuma kata BN tertipu oleh keseronokan sendiri..melihat sambutan yang ramai ….. dan pastinya setiap menteri cabinet akan mengadakan aktiviti dan menunjukkan kepada PM komitmen mereka membantu BN..tetapi bak kata bidalan Jawa … ‘too many cook spoils the brooth’ terlalu banyak event..majlis keramaian..hinggakan orang ramai tak tahu nak pegi mana..maklumlah makan free…kadang-kadang transport pun free… ada cabutan bertuah… ada bantuan bermacam-macam …sapa yang tak nak datang!!. Itulah peluang semua orang tak kira mereka sokong parti mana ..kerana sokongan adalah rahsia!!. Disitu juga nanti kita akan nampak semua Menteri kabinet Malaysia ada…malah ADUN-ADUN dari negeri-negeri yang tak berkenaan pun datang…turut meramaikan suasana… hingga membuat bandar yang sudah sediaada kucar kacir semakin sesak…

Pada pandangan dan pendapat aku… seeloknya BN merancang dengan teliti dan teratur…kerana BN adalah sebuah gabungan yang sudah berpengalaman..mempunyai banyak sumber… tak perlu lah menurun semua jenteranya ke Kajang …tak perlulah semua menteri nak buat majlis dan keramaian.. jika berada di kawasan India..hantarlah seorang pemimpin India yang dihormati mereka..yang ada kepentingan kepada mereka seperti Kamalanathan..Timbalan Menteri Pelajaran …. Kalau di kawasan Melayu..hantar lah orang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan ..dan kalau kawasan Cina..hantarlah Liow Tiong Lai … PM dan TPM buat dua event seorang cukup laa… yang lain tu buatla sesi perjumpaan bersemuka…diketuai oleh YB Menteri ..tak perlu meriah….tak perlu pom pom pun… amalkan konsep gagasan 1Malaysia … dan tak perlu berkempen hingga larut malam kerana orang pun nak tido awal..nak cari rezeki mereka …. gunalah kaedah… visit and wipe dikawasan yang pernah di lawati puak pakatan… ulangi jika perlu… ini pandangan aku sebagai rakyat biasa…

Samada lakonan Bang Nuar menjadi atau tidak di Kajang…yang pastinya beliau pernah duduk di Kajang … menikmati keindahan dalam penjara..satu ketika dulu..dan pastinya skrip melodramatiknya akan terus diputarkan ..dan jika hasrat MCA untuk mengkebumikan lakon layar Bang Nuar di Kajang..MCA perlu akur dan mendengar pandangan-pandangan rakan-rakan dalam BN ..kerana a team effort will be more efficient…towards a common goal. Mampukah 'kecantikkan' Mei Fun menawan hati pengundi Kajang..dan mencairkan Bang Nuar ...


Good Luck to both contestants..

Thursday, February 20, 2014

N51 Balingian Vs N25 Kajang

Hari ini aku nak menulis mengenai dua perkara yang bakal dan mungkin berlaku di negara kita. Apa yang bakal berlaku ialah pilihan raya kecil di N25 Kajang pada 23 Mac 2014 nanti yang pastinya menyaksikan Bang Nuar bertanding sebagai calon pakatan …. dan yang mungkin berlaku ialah samada N51 Balingian juga akan menyaksikan pilihan raya kecil selepas perletakkan jawatan oleh YAB Pehin Sri Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak yang ke-empat. Sehingga kini hanya spekulasi dan khabar angin yang tersebar..ada kemungkinan pilihan raya kecil berlaku jika Pehin Sri Taib turut meletak jawatan sebagai ADUN N.51 Balingian untuk menerima perlantikkan sebagai TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Kemungkinan itu hanya terjawab selepas 28 Februari nanti. Pun begitu khabar angin yang tersebar sudah pun menyenaraikan beberapa calon yang bakal diketengahkan jika perkara itu berlaku.

Apa bezanya PRK N25 Kajang dan N51 Balingian (jika PRK diadakan) ? Walau pun kedua-dua kawasan akan tiba-tiba menjadi meriah dengan kedatangan pelbagai rupa individu yang bertandang dengan pelbagai tujuan.. terdapat sedikit perbezaan kenapa ianya berlaku. Pastinya kehadiran ramai pengunjung yang tidak dikenali di kedua-dua kawasan tersebut akan memberi keuntungan kepada peniaga-peniaga dan peruncit-peruncit. Sate Kajang yang popular akan meningkat permintaan nya di musim kemeriahan pilihan raya ..dan berharap harganya tak dinaikkan.. manakala Mukah..sebuah bandar tepi laut yang popular dengan makanan tradisi masyarakat Melanau, iaitu Umai … pasti mendapat permintaan yang tinggi..jenohlah pembuat Umai di Mukah memenuhi permintaan pelanggan..apa pun haraplah harga Umai tidak dinaikkan juga…. dan amat berharap peniaga-peniaga dan peruncit di kedua-dua Bandar yang amat berbeza dari segi komposisi kaum ini tidak menaikkan harga makanan, minuman dan juga barangan keperluan harian..walaupun pasti setiap hotel, rumah tumpangan dan hotel bajet dipenuhi oleh ahli-ahli parti dan juga penyokong parti-parti yang bakal bertanding.

Aku kata tadi sedikit perbezaan…tapi aku tulis pasal persamaan yang bakal dan mungkin berlaku di kedua-dua bandar..satu di negeri Selangor dan satu lagi di negeri Sarawak. Perbezaan pertama ialah pengundi di N25 Kajang jauh lebih besar daripada pengundi di N51 Balingian, iaitu melebihi hampir 20 ribu … dan perbezaan paling ketara ialah komposisi kaum..yakni N51 Balingian di kuasai oleh majoriti masyarakat Melanau sebanyak 71 peratus, manakala kaum Iban 18 peratus, kaum Cina 10 peratus dan lain-lain hanya 1 peratus.  N25 Kajang pula terdiri daripada Melayu 48 peratus, kaum Cina 40 peratus dan India 10 peratus dan lain-lain 2 peratus. Secara teori atas kertas amat jelas BN pasti beroleh kemenangan di N51 Balingian , berdasarkan sejarah kecenderungan pengundi beberapa pilihan raya lalu berbanding di N25 Kajang yang menyaksikan BN tewas kepada PKR sejak pilihan raya umum 2008 lalu. Di N51 Balingian dalan PRN ke-11, calon PKR yang bertanding Suriati Abdullah hanya mampu mendapat 871 undi dan hilang wang pertaruhan manakala Lee Chin Cheh      yang bertanding atas tiket PKR menang bergaya di N25 Kajang dengan undi sebanyak 19,571 berbanding BN yang hanya mampu meraih sebanyak 12,747. Jika dilihat pada faktor ini, mampu kah PKR atau mana-mana rakan pakatan di Sarawak menguji sekali lagi pengaruh mereka di N51 Balingian menentang calon BN, jika ada PRK nanti ? Manakala di N25 Kajang pula, mampukah BN ‘mengkebumikan’ karier Bang Nuar yang sudah meleleh air liurnya untuk menjadi MB Selangor hingga tak sabar-sabar berkempen walaupun tarikh penamaan calon hanya 11 Mac nanti.

Perbezaan ketiga ialah cara berlakunya pilihan raya negeri di kedua-dua kawasan tersebut, dimana di atas rasa kasih..dan rasa sayangnya Lee Chin Cheh terhadap ketuanya, Bang Nuar, beliau dengan rela hati mengundur diri meletak jawatan, supaya ketua nya Bang Nuar boleh bertanding di N25 Kajang, dengan harapan jika menang nanti, akan dilantik sebagai YAB Menteri Besar Selangor ..dan seterusnya mendamaikan puak-puak yang bertelagah dalam parti..Maka sebab itulah Bang Nuar disifatkan oleh Azmin Ali sebagai pemimpin berkelas dunia..malah di kelaskan sebagai setaraf dengan mendiang Nelson Mandela. Manakala di N51 Balingian pula (jika berlaku PRK), ianya disebabkan Pehin Sri Taib, menunaikan janjinya untuk berundur dan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak di pertengahan penggal… dan belum pasti lagi akan meletak jawatan sebagai ADUN N51 Balingian. Hanya satu kemungkinan, jika berlaku ialah disebabkan beliau tidak boleh menjadi ADUN N51 Balingian pada yang sama seandainya beliau dilantik sebagai TYT Yang Di Pertua Negeri Sarawak. Justeru beliau perlu meletak jawatan sebagai ADUN dan ini akan memberi laluan kepada pilihan raya kecil di N51 Balingian..pun begitu ianya tertakluk kepada peraturan SPR dan juga persetujuan YAB Ketua Menteri Sarawak yang baru ..


Aku setuju dengan pandangan ramai bahawa kedua-dua PRK tersebut akan banyak mengalirkan wang ringgit dari segi pengurusan pilihan raya cuma aku tak setuju dengan cara sesetengah pihak yang mengambil kesempatan di atas sistem demokrasi kita. Aku juga bersetuju bahawa SPR perlu membuat satu garis panduan dan juga ketetapan bahawa seseorang ADUN tidak boleh meletakkan jawatan mereka sesuka hati untuk memberi laluan kepada rakan atau ketua mereka bertanding tanpa ada alasan kukuh seperti masalah kesihatan (ada pengesahan doctor), terbatal akibat kesalahan jenayah atau di isytihar bangkrap yang tidak melayakkan mereka memegang jawatan sebagai ahli Yang berhormat. Kalau meninggal itu..memang sah la perlu pengganti.. .dengan adanya undang-undang tersebut..tidak lah sistem demokrasi kita ini sentiasa dicabul oleh orang-orang yang mempunyai kepentingan… sudah banyak kali berlaku … tak kan tak ambik iktibar..

Wednesday, February 19, 2014

Tertipu Lagi…Alahaaiii!

“ Hello. My name is *&%$#@ and I’m 27 years single, from England. I’m attracted by your picture and would like to be your friend. My father is English but my mother is a Malaysian. My mother died 10 years ago while my father died two years ago. I’m an orphan now but I’m left with 10 million pound in cash that was saved by my father for me in a trust fund. Since I’m all alone now with no one to share, I would like to invest somewhere for my future. You seem to be a very nice and trustworthy man and I hope you could help me in looking for a good business venture in your country. Furthermore I would love to see my late mother’s homeland. Hope to get your reply soon. Love %$#@&*” Beginilah antara ayat-ayat yang digunakan oleh sindiket penipuan online yang menyebabkan banyak rakyat Malaysia tertipu ..ditambah lagi dengan gambar seorang wanita yang cantik. Kadang-kadang ianya bermula hanya dengan perkataan hello oleh seorang wanita yang cantik dan seksi …akhirnya lelaki-lelaki yang gemar mencari keseronokan …terperangkap..terjerat hingga kerugian beratus ribu ringgit kepada ‘sang kekasih maya’ yang tidak pasti.Wanita-wanita Malaysia ramai juga tertipu dengan ayat-ayat power..ayat-ayat cintan cintun dan romantik daripada ‘lelaki’ yang hensem..kaya..bergaya dalam laman media sosial. Jerat perangkap yang dipasangkan cukup teliti..cukup licik … dan ayat paling mengembirakan wanita-wanita yang sudah terlalu lama membujang ..ialah ‘perkahwinan’. Statistik menunjukkan ramai wanita bekerjaya, bijak dan single … ditipu beratus ribu ringgit oleh kenalan online mereka.  Itu penipuan secara wang ringgit..

Persoalan nya kenapa mereka mudah sangat ditipu ? Adakah semua mangsa yang kena tipu ini merupakan golongan yang kesepian ? Adakah mereka dikalangan orang-orang yang gemar mencari keseronokan diluar ? Bukan kah sudah banyak kes dipaparkan di berita arus perdana dan juga laman sosial ..kenapa masih terpedaya ?  Nak kata mereka-mereka yang kena tipu itu tidak ada akal…mereka orang-orang yang berpelajaran ? Nak kata mereka dikenakan ‘pukau’ …bolehkah ilmu ‘pukau’ dihantar melalui alam maya seperti virus ?

Itu penipuan dengan menggunakan emosi. Satu lagi cara penipuan online ialah pembelian online! Ramai jugayang terkena dengan membeli barang online. Ya la kan..nak jimat minyak petrol..nak jimat masa… Bila nampak jer barangan yang murah..yang diminati…pasti hati gelora..dan terus order ….namun malangnya bila order sampai… barang lain yang diterima!!.. kesian..itu cara penipuan yang paling keji … ramai yang tertipu oleh laman-laman yang menjual barang online ..maka perlu pastikan laman tersebut sahih sebelum membuat tempahan secara online . Satu lagi cara penipuan ialah ‘membuat bisnes’ online . Ramai juga yang terkena tipu oleh skim MLM online nie..samada dalam negara ka..atau luar negara. Mudah jer … dia orang dapatkan duit orang ramai dengan hanya menggalakan orang mendaftar sebagai ahli dengan bayaran yang paling minima…contohnya RM25.00. Dengan duit itu..ahli perlu membeli satu produk yang berharga ..contoh RM100.00 yang kemudiannya boleh dijual kepada orang lain pula …. cara bisnes online yang boleh dibuat di rumah..ayat-ayat yang digunakan juga power … tunjuk bukti..dapat jana pendapatan ribuan ringgit sehari … (aku sendiri pun terkantoii..ha ha ha) …. aku cakap nie sebab atas pengalaman aku sendiri dan bukan aku nak menuduh semuanya bisnes secara maya itu menipu dan tidak baik..ada yang sahih dan benar-benar membantu orang yang ingin berjaya… cuma ini sebagai peringatan ..termasuk untuk diri aku sendiri supaya menyemak..dan mengesahkan kesahihan laman-laman tersebut..terlebih dahulu sebelum seronok jer…bayar online melalui kad kredit.!! Sedar-sedar dah hilang beratus ringgit!! ..tamak punya pasal la kan.. he he…

Satu lagi penipuan yang paling lazim ..terutama kepada yang gemar membeli secara online menggunakan kad debit atau kad kredit ialah ..sindiket menyamar menjadi bank dan menghantar emel yang meminta pengguna mengesahkan nombor pin mereka. Bagi pengguna-pengguna yang lurus bendul ..errr macam aku nie ler… pastinya akan takut dengan amaran daripada pihak bank dan terus membuat pengesahan dan tanpa sedar telah pun memberi peluang sindiket penipu ini mengklonkan kad..dan akhirnya jika kita tak perasaan…akan membayar kepada bank ..duit-duit yang tidak pernah kita gunakan..sebab penyamun perompak tadi dah sapu bersih… Penipuan melalui telefon juga kerap berlaku kepada pemilik kad kredit… kerana geng penipu..penyamun dan perompak ini guna pelbagai cara untuk mereka hidup senang lenang dan menyusahkan orang lain.. jadi berhati-hati lah.. sepertimana yang selalu diberi amaran oleh pihak Polis …


Sentiasa lah berhat-hati terhadap penyamun, perompak dan penipu alam maya…

Tuesday, February 18, 2014

Calon N51 Balingian : Siapa Dihati Mereka ?

Persoalan siapa pengganti Pehin Sri Taib di N51 Balingian menjadi topik kedai kopi dan dihangatkan dengan pelbagai spekulasi bahawa calon N51 Balingian merupakan petunjuk kepada bakal Ketua Menteri Sarawak untuk masa depan. Beberapa nama telah senaraikan oleh penganalisa politik termasuk Dato Effendi Norwawi dan juga Dato Aidan Wing dikatakan calon yang paling sesuai untuk menjadi calon BN di N51 Balingian. Dato Effendi Norwawi merupakan bekas ADUN Dalat dan juga Ahli Parlimen Kuala Rajang manakala Dato Aidan Wing adalah bekas ADUN Lambir. Pun begitu Dato Effendi telah menyatakan beliau telah bersara dan tidak lagi berminat untuk kembali aktif dalam politik. Bagaimana dengan Dato Aidan Wing? Adakah beliau masih berminat selepas tidak dicalonkan semula di DUN Lambir dalam pilihan raya negeri lalu ?

Aku tak berani nak meramal dan meneka siapa yang sebenarnya layak untuk menjadi calon BN di N51 Balingian kerana ramai yang berminat menjadi wakil rakyat bagi kawasan tersebut. Selain BN, PAS, PKR dan DAP juga berhasrat untuk merebut kawasan N51 Balingian.. namun mereka masih berwaspada selepas pilihan raya negeri lalu . N51 Balingian yang 90 peratus lebih dihuni oleh kaum Melanau merupakan kubu kuat BN sejak dahulu lagi dan jika PAS, PKR atau DAP sememangnya berhasrat untuk merebut kawasan tersebut daripada BN..mereka perlu mendapatkan calon anak tempatan yang benar-benar mampu memikat hati pengundi Mukah dan Balingian. Mukah telah membangun dengan begitu cepat selepas dinaik taraf daripada sebuah daerah ke sebuah bahagian dalam tempoh 13 tahun lalu. Mukah juga terkenal dengan Pesta Kaul dan makanan tradisinya, Umai, Sago dan juga Si’et.

Selain nama yang telah disebut siapa lagi yang sebenarnya layak menjadi wakil rakyat N51 Balingian, jika di pihak BN, sekiranya Pehin Sri Taib mengosongkan kerusi tersebut untuk menerima lantikkan sebagai TYT YDP Negeri Sarawak. Apakah PBB akan memilih orang Melanau anak tempatan atau anak Melanau yang membesar dan membina kehidupan di tempat lain sebagai calon mereka. Ramai anak Melanau tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi, berpengalaman luas sebagai pentadbir dan berjawatan tinggi di luar Mukah yang pada pandangan aku layak dipilih sebagai calon BN-PBB. Pada hemat aku PBB sudah pun mengenalpasti siapa calon pilihan mereka, sekiranya benar-benar berlaku pilihan raya kecil di N51 Balingian nanti cuma adakah calon mereka itu calon yang diterima oleh 90 peratus pengundi Mukah Balingian ? Aku tidak menjangkakan kejutan bakal berlaku di kawasan tersebut kerana pastinya pilihan raya kecil itu nanti sebagai endorsement sahaja untuk calon BN menjadi wakil rakyat berdasarkan sejarah lampau. Pun begitu, seandainya BN-PBB mampu ditewaskan di N51 Balingian , maka tidak mustahil kerusi-kerusi luar bandar BN yang lain bakal ditakluki oleh pembangkang dalam PRN 2016 nanti.


Sama-sama kita tunggu keputusan Pehin Sri Taib selepas 28 Februari nanti dan apakah tindakan yang akan dilakukan oleh Tan Sri Adenan Satem, Ketua Menteri Sarawak yang baru. Adakah PBB akan memilih Mahmud Taib sebagai pengganti ayahnya atau memilih calon baru yang lain seperti ..Dato ‘ ....or Datu ..... 

Monday, February 17, 2014

Berhenti Beri Amaran ..Ambil Tindakan Tegas

Aku tertarik dengan kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengingatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh menyebabkan kekacauan dalam negara.  Malah beliau memberi amaran akan menggunakan SOSMA jika perlu, seandainya masih ada individu atau kumpulan yang terus menerus mengeluarkan kenyataan yang berbaur perkauman dan juga agama.  Aku tabik dengan ketegasan IGP dan seingat aku..beliau pernah mengeluarkan amaran yang bernada sama selepas inisden balingan bom buatan sendiri ke gereja di Penang baru-baru ini. Aku rasa tuan IGP tak perlu beri amaran lagi..ambik jer tindakan ke atas mana-mana individu atau kumpulan, tak kira dari juak-juak pakatan ke..pemimpin-pemimpin kerajaan ke.. NGO-NGO ker … atau sesiapa sahaja..tanpa mengira pangkat dan darjat mereka.

Aku setuju sangat dengan pandangan YB Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia yang mahu tahu apa berlaku seterusnya selepas siasatan selesai dilakukan ke atas individu atau kumpulan yang dikatakan telah menerbitkan kenyataan yang berbaur perkauman dan juga agama. Bila siasatan SKMM dah selesai..apa berlaku seterusnya ? Ada kah kes itu hanya masuk fail sahaja..dan disimpan atau kes-kes itu akan diambil tindakan berdasarkan hasil siasatan ? Pada hemat aku.. mungkin inilah punca mengapa kenyataan-kenyataan rasis makin berleluasa..kerana tindakan undang-undang ke atas mereka yang melakukan kesalahan..walaupun siasatan sudah selesai masih tidak diambil oleh pihak berkuasa. Pada pandangan orang-orang yang gemar mengambil kesempatan, dalam pandangan aku ini…seolah-olah pihak berkuasa tidak mampu mengambil tindakan ke atas mereka dan mudah memberi peluang kedua …dengan mengambil contoh kes seorang individu yang terlepas bebas walaupun menghina negara. Inilah precedent kepada apa yang berlaku hari ini…yang menjadi ikutan bukan sahaja orang biasa…tetapi juga sudah melarat kepada ahli Yang Berhormat.

Pada pandangan aku..ianya juga menjadi ikutan apabila ada NGO-NGO yang bebas mengeluarkan kenyataan-kenyataan berbaur perkauman tanpa ada tindakan di ambil ke atas mereka dengan alasan mereka mempertahankan agama dan kaum mereka. Malah ada juga ahli Yang Berhormat dalam kepimpinan kerajaan juga melakukan perkara yang sama..dan mereka juga terlepas dari tindakan undang-undang. Perkara seumpama ini dilihat oleh masses sebagai tidak adil seolah-olah negara kita mempunyai dua undang-undang yang berbeza..walaupun dilihat dari sudut provokasi ..kedua-dua pihak sebenarnya melakukan kesalahan yang sama… bezanya satu puak dikatakan membuat provokasi rasis..dan satu lagi hanya mempertahankan atau membalas provokasi tersebut. Pada hemat aku jika ingin melihat semua pihak tidak mengeluarkan kenyataan rasis … tindakan undang-undang harus diambil ke atas kedua-dua pihak…dan hukuman dikenakan harus setimpal dengan kenyataan yang mereka keluarkan..dan siapa yang membuat provokasi. Jika ini mampu dilaksanakan mungkin semua pihak akan lebih berhati-hati dalam mengeluar kenyataan atau menerbitkan penulisan mereka.

Jika lah Polis mengambil tindakan ke atas mana-mana individu atau kumpulan, berdasarkan laporan orangramai..sepertimana mereka memberi saman kepada sesiapa yang melanggar peraturan jalan raya…aku rasa…tiada siapa begitu berani mengeluarkan kenyataan rasis kecuali sememangnya orang itu memang sengaja ingin mencetuskan perbalahan dan juga kekacauan. Memang aku tahu tugas pihak berkuasa, terutamanya pihak Polis amatlah mencabar dan bukan mudah untuk mereka menjalankan tanggungjawab. Jika tersilap ambil tindakan mereka dikatakan berat sebelah, bias dan dianggap ‘anjing kerajaan’ ..dan jika mereka tidak melaksanakan tanggungjawab..mereka dikatakan makan gaji buta… dan inilah dilemma yang dihadapi oleh pihak polis. Cuma aku berharap pihak polis boleh bersikap lebih telus dengan mengambil tindakan ke atas semua pihak… yang mengeluarkan kenyataan rasis..atau menerbitkan kenyataan rasis atau apa-apa yang menyentuh agama orang lain. Aku juga berharap sudah tiba masanya pihak polis berhenti memberi amaran… dan mengambil tindakan terus..sebaik sahaja ada laporan dilaporkan oleh masyarakat. Tiada guna memberi amaran lagi… kerana pasti ada yang berani melanggar undang-undang … di atas tuntutan untuk menjadi ‘jagoan’ atau menjadi popular dikalangan penyokong mereka dan juga ingin dilihat sebagai ‘berani’. Perhatikan sahaja undang-undang jalan raya ..walau bagaimana kempen ..apa pun amaran yang dikeluarkan.. pengguna jalan raya masih tidak mematuhi had laju …masih meletak kenderaan mereka di garisan kuning..masih melanggar lampu merah … masih ada yang tidak memakai talipinggang keledar. Begitu juga dengan amaran-amaran Jangan Membuang Sampah ..yang tidak memberi kesan..walau denda dinaikkan sehingga RM5000.00 sekalipun… sampah tetap dibuang sembarangan dimana-mana …


Amaran ‘Jangan Merokok Disini ‘ hanya menjadi hiasan..kerana masih ada yang merokok di kawasan larangan… kerana kebanyakkan orang kita seolah-olah mencabar undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas mereka … dan jika tindakan diambil ke atas mereka… mereka tetap akan menyalahkan penguatkuasa dan kerajaan. Justeru… ambil tindakan tegas ..dan jadikan orang-orang yang tegar terhadap amaran ini sebagai contoh bahawa undang-undang tidak mengenali pangkat, darjat, keturunan dan juga puak pakatan atau kerajaan… semoga dengan cara ini… sedikit sebanyak mungkin mampu mengurangkan kenyataan rasis atau bersifat keagamaan… yang akhirnya dapat mengekalkan keamanan, kesefahaman dan juga perpaduan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.

Saturday, February 15, 2014

Politik Sarawak VS Politik Semenanjung

Aku amat tertarik dengan kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir iaitu UMNO tidak perlu melebar sayapnya ke Sarawak kerana parti-parti komponen BN di Sarawak adalah kukuh dan bersatu padu serta mempunyai jalinan yang kuat. Apa yang diperkatakan Tun Mahathir adalah benar kerana sejak dahulu lagi parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai tunjang BN di Sarawak telah mengekalkan kekuasaan BN walaupun parti-parti komponen nya berpecah belah dan dilanda pelbagai krisis. PBB sebagai parti untuk kaum bumiputera amat berbeza dengan UMNO yang asas penubuhan nya adalah hanya untuk kepentingan orang Melayu sahaja ..bukan merangkumi bumiputera lain seperti orang asli. UMNO atau United Malay National Organisation  terpaksa mengubah perlembagaan nya bagi memboleh orang bumiputera Sabah menjadi ahlinya.

Berbeza dengan UMNO, parti PBB adalah gabungan kaum Melayu, Melanau, Iban, Bidayuh, Orang Ulu dan bumiputera yang ada di Sarawak hingga ianya mewakili hampir setiap etnik yang ada di Sarawak. Penyatuan etnik-etnik bumiputera inilah yang memperkuatkan PBB sebagai parti bumiputera yang kuat kerana tidak berfokus kepada satu-satu etnik sahaja berbanding UMNO, MCA dan juga MIC. Satu ketika SNAP atau Sarawak National Party merupakan parti  yang memperjuangkan hak-hak kaum Iban yang dipelopori oleh mendiang Stephen Kalong Ningkan tetapi kini hanya sebuah parti serpihan apabila sentiasa dilanda krisis kempimpinan yang menyaksikan wujudnya tiga parti, iaitu PBDS, PRS dan juga SPDP. PBDS atau Parti Bansa Dayak Sarawak di bawah kepimpinan Leo Moggie satu ketika dilihat sebagai pencabar kepada penguasaan PBB, namun seklai lagi krisis kepimpinan telah menyebabkan parti itu terus lenyap dari radar politik dengan wujudnya PRS atau pun Parti Rakyat Sarawak.  Parti Rakyat Sarawak juga hamper berkubur bila berlakunya krisis kepimpinan namun kebijaksanaan James Masing memastikan PRS meneruskan survival politik parti tersebut meskipun pencabarnya menubuhkan parti baru iaitu Sarawak Workers Party atau SWP.Sarawak Peoples Demokratik Party atau SPDP yang diterajui oleh William Mawan Ikom lahir daripada krisis dalam SNAP manakala SUPP atau Sarawak United Peoples Party masih lagi berdiri utuh dengan sokongan kaum bumiputera  walaupun gagal menguasai undi kaum Cina dalam pilihan raya negeri dan juga PRU 14 yang lalu.

Bezanya di politik Sarawak dan semenanjung ialah, setiap parti menghormati hak-hak masing-masing dan tidak pernah mengungkit kaum mana yang menjadi tuan, kaum mana yang lebih kuat dan kaum mana yang berhak memerintah negeri Sarawak sejak dari dahulu lagi. Permuafakatan itu telah menjadi pegangan kepimpinan BN negeri hingga ia terus memperkukuhkan jalinan kerjasama antara komponen parti. Meskipun satu ketika, PBDS cuba untuk mencetuskan politik perkauman namun ianya tidak mendapat suara majoriti malah mendapat tentangan daripada kaum Dayak sendiri yang melihat tiada satu kaum mampu memerintah negeri Sarawak tanpa kerjasama kaum-kaum lain. Di semenanjung ada pemimin UMNO dan NGO di bawah tajaan UMNO gemar mengungkitkan ketuanan Melayu sebagai membuktikan Melayu adalah kuasa yang perlu dihormati hingga mencetuskan ketidak senang hati kaum-kaum lain seperti Cina dan India. Faktor inilah yang menyebabkan kaum Cina dan India semakin menjauhkan diri daripada mengundi MCA dan juga MIC yang dilihat tidak bersuara dan memperjuangkan hak mereka, sebagai rakan dalam BN. MCA dan MIC dilihat lemah dan menjadi pak turut walaupun pemimpin UMNO begitu lantang melaungkan ketuanan Melayu dan hak agama Islam.

Politik rasis semakin menjadi-jadi apabila wujudnya PKR yang bergabung dengan DAP dan juga PAS. DAP yang dikenali sebagai parti cauvinis Cina sejak dahulu lagi dan PAS yang dikenali sebagai amat ekstrim dalam agama Islam bersatu dengan parti yang ditubuhkan untuk memperjuangkan keadilan untuk seorang individu. Akibat tekanan gabungan tiga parti ini UMNO yang satu ketika dahulu agak akomodatif tiba-tiba menjadi parti yang lantang dan agresif dalam mempertahankan ketuanan Melayu dan Islam. Provokasi-provokasi yang dilakukan oleh pakatan tiga parti itu dilihat sebagai sesuatu yang harus ditangani oleh puak-puak UMNO. UMNO mengikut rentak tari gendang pakatan tiga parti yang sememangnya ingin melihat UMNO dibenci oleh masyarakat kerana UMNO terlalu berkuasa..dan kebanyakkan pemimpin nya kaya raya.. malah pemimpin-pemimpin PKR yang kaya raya merupakan bekas-bekas orang UMNO yang kecewa kerana gagal mendapat kuasa dalam parti.

Inilah bezanya politik Sarawak dan politik Semenanjung hingga Pehin Sri Taib menasihatkan agar kepimpina BN Sarawak terus mempertahankan negeri Sarawak dariada pengaruh politik rasis yang cuba di bawa oleh pembangkang dan juga rakan dari semenanjung. Di Sarawak tidak timbul isu agama manakala di semenanjung isu kalimah Allah masih lagi belum selesai..malah ada pemimpin NGO dan pemimpin UMNO yang memandai-mandai cuba untuk mengaitkan negeri Sarawak ke dalam kemelut isu tersebut. Di Sarawak tidak timbul isu kaum mana yang lebih berkuasa..tapi di Semenanjung masih adalah polemik tentang ketuanan Melayu…


Maka..apa yang diperkata dan dipertahan oleh Pehin Sri Taib adalah demi kebaikan semua pihak dan memastikan Sarawak terus aman, tenteram dan juga tidak tercetusnya perpecahan kaum yang boleh membawa akibat buruk seperti di Myanmar dan juga Thailand.

Friday, February 14, 2014

Buku Digital – Satu Pembaharuan atau ..... ?

Hebat, menarik dan inovatif …begitu reaksi aku kepada cetusan idea buku digital oleh Kementerian Pelajaran. Sesungguhnya orang Malaysia adalah amat kreatif dan sentiasa berpandangan jauh untuk mencapai kemajuan. Gabungan idea kreatif dan kecanggihan teknologi menjadi buku digital satu realiti untuk memberi kelainan kepada para pelajar dan pastiya akan lebih menarik minat mereka untuk menulis, membaca dan mengira. Pun begitu , buku digital dikatakan hanya berfungsi jika ada kemudahan internet.  Guru-guru yang ditemubual semuanya guru-guru yang mengajar di kawasan yang mempunyai prasarana yang lengkap. Bagaimana kah buku digital itu nanti akan berfungsi di kawasan-kawasan yang tidak mempunyai prasarana yang baik? Orang-orang kreatif yang mencipta buku digital itu mungkin tidak terpikir pun sebab kemahiran dia adalah merekacipta satu teknologi baru berdasarkan kreativiti beliau...yang patut berpikir ke arah itu ialah orang-orang yang telah berpikir untuk menwujudkan buku digital itu!! ..

Sepertimana yang di persoalkan oleh seseorang di laman sosial..adakah Kementerian Pelajaran terpikir bagaimana nak menjadikan buku digital itu digunakan di kawasan-kawasan pendalaman yang tidak mempunyai akses kepada internet? Atau penggunaan buku digital itu hanya untuk pelajar-pelajar di kawasan bandar sahaja ? Sistem PBS pun masih bermasalah dan menjadi beban kepada guru-guru..dan kini ditambah pula dengan buku digital ?? Sejauhmana aspek digital ini memberi manafaat kepada semua pelajar di Malaysia atau ia hanya untuk orang-orang di bandar sahaja tanpa mengambilkira pelajar-pelajar yang berada nun jauh di pelusok pendalaman seperti di negeri Sabah dan Sarawak, dimana capaian internet adalah masih agak rendah.

Aku tidak mempersoalkan kewajaran untuk mempunyai buku digital kerana sudah sampai masa kita mempunyai alternatif kepada penyediaan buku teks yang sering dikatakan membebankan pelajar-pelajar. Cuma pada pandangan aku orang biasa ini ialah adakah pihak yang mencadangkan pengwujudan buku digital itu memikirkan bagaimana pelaksanaan nya di sekolah-sekolah yang tidak ada akses atau capaian internet sedangkan mereka sedia maklum prasarana seperti itu amat perlu bagi memastikan buku digital memberi manafaat sepenuhnya kepada semua pelajar di Malaysia bukan sebahagian sahaja!. Alangkah sedih dan malangnya kepada pelajar-pelajar di kawasan pendalaman yang hanya mampu melihat dan mendengar betapa mudahnya dan seronoknya rakan-rakan mereka di bandar mempunyai buku digital. Selain itu apakah kemudahan seperti tablets itu disediakan oleh sekolah atau ibu bapa perlu menyediakan nya ?

Aku ucap tahniah kepada Kementerian Pelajaran kerana mempunyai idea yang amat kreatif dan menjangkakan buku digital adalah untuk jangka masa yang panjang bukan satu projek yang akan ‘tiba-tiba pupus’ bila ianya gagal dimanafaat dan dilaksanakan dengan betul. Pun begitu pada pandangan aku, selagi kemudahan internet dan akses kepada internet di negara masih berada di tahap masa ini, agak mustahil untuk melaksanakan buku digital secara menyeluruh ke seluruh negara. Jika pun ada yang mengatakan projek itu dilaksanakan berperingkat peringkat, selama manakah tempoh masa diperlukan ? Setahun ? Dua tahun ? 10 tahun atau 20 tahun lagi ? Jika tempoh masa nya adalah terlalu panjang, secara teorinya (ini pandangan aku laa), projek itu tidak viable dan tidak memberi impak semaksima mungkin kepada semua pihak. Kita sedia maklum memang sudah wujud buku-buku secara digital dan boleh diakses di telefon pintar dan juga tablets...tetapi ianya amat terhad kepada satu-satu kawasan yang mempunyai capaian internet yang tinggi untuk ianya boleh digunakan dengan baik. Jika capaian internet rendah maka kandungan buku itu akan lambat untuk di muatturun dan terpaksa menunggu masa yang agak lama. Itu adalah satu kelemahan yang paling utama kenapa kurangnya pengguna membaca buku secara digital di Malaysia berbanding di negara-negara yang lebih maju dari segi capaian internetnya. Aku percaya itu lah yang akan berlaku di kebanyakkan sekolah-sekolah dimana mereka akan menunggu masa yang lama untuk kandungan buku itu dapat dimuat turun sepenuhnya jika capaian internet mereka hanya setakat satu atau dua bar sahaja.


Pandangan aku ini bukanlah nak memperkecilkan usaha Kementerian Pelajaran tetapi hanya ingin mereka melihat secara menyeluruh kelemahan dan halangan yang bakal mereka hadapi bagi melaksanakan buku digital tersebut. Jika PBS sudah memberi masalah dan sedang dikaji semula oleh pihak kementerian kerana kelemahan capaian ..apakah buku digital juga tidak akan mengalami nasib yang sama ? Dalam usaha kerajaan untuk berjimat cermat maka adalah perlu setiap projek yang dilaksanakan oleh mana-mana kementerian mempunyai impak semaksima mungkin kepada penggunanya ..dalam dalam hal ini..guru dan juga pelajar dan dapat dinilai sebagai value for money.Setiap gerak langkah pemerintah yang telah berikrar untuk berjimat cermat akan diperhati oleh rakyat dan juga penentangnya ..maka perlulah berhati-hati supaya ianya tidak menjadi projek ‘gajah putih’ dan merugikan kerajaan.

Thursday, February 13, 2014

Bermula Era Baru Sarawak

Pertama sekali, tahniah Tan Sri Adenan Haji Satem di atas perlantikkan beliau sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baru … wUUUUUUhaaaaa. Terima kasih kepada Pehin Sri Taib Mahmud yang telah melakukan segala nya untuk menjadikan bumi Kenyalang sebaik mungkin walaupun masih banyak yang perlu di bangunkan. Kepada penyokong-penyokong yang setia dengan Pehin Sri Taib Mahmud pengunduran beliau adalah satu kehilangan yang amat besar dalam arena politik negeri Sarawak manakala bagi yang sentiasa ingin melihat Pehin Sri Taib berundur..mungkin mereka sedang meraikan kejayaan mereka pada ketika ini.. Suka atau tidak..Pehin Sri Taib banyak berjasa kepada negeri Sarawak..dan hakikat itu harus diakui oleh semua anak Sarawak …tak kira apa pun fahaman politik mereka. Aku puji sikap Saudara Chee See How yang jantan dan ‘gentleman’ dalam memperakui kehebatan Pehin Sri Taib walaupun beliau selama ini merupakan salah seorang yang sentiasa mengkritik kepimpinan Pehin Sri Taib … berbanding beberapa pemimpin pembangkang lain…yang seolah-olah melihat diri mereka sahaja yang betul … dan terbaik ..padahal boss mereka terpalit sana sini dengan kontroversi pun..sanggup lagi mereka jilat dan sanjung ..

A gentleman politician, Pehin Sri Taib sentiasa bersifat akomodatif kepada pihak lawan dan amat jarang sekali beliau menyelar pembangkang dengan menyerang keperibadian mereka berbanding puak pembangkang yang selalu hit below the belt. Sepanjang apa yang aku perhatikan..malah dalam ucapan-ucapan beliau dalam kempen-kempen pilihan raya….amat jarang beliau mengungkit cerita-cerita sensasi ..cerita dalam kelambu puak yang menentangnya … yang amat berbeza dengan pendekatan puak yang menentangnya ..lebih-lebih lagi selepas wujudnya team Bang Nuar yang melebar sayap ke negeri Sarawak. Corak politik yang di bawa mereka dari seberang laut itu ternyata lebih agresif..lebih rasis dan sanggup melakukan apa sahaja demi mempengaruhi masses untuk memilih mereka. Malah dalam ucapan-ucapan sepanjang beliau menjadi Ketua Menteri..lebih banyak berfokus kepada bagaimana nak membangunkan masyarakat dan negeri …

Apa pun yang dilakukan oleh puak yang membenci nya jarang sekali melihat Pehin Sri membuat keputusan melulu walau pun di sebarkan pelbagai fitnah melalui apa jua saluran media ..termasuk lah mempengaruhi kaum keluarga nya yang rapat untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti beliau sebagai seorang pemimpin negeri.  Sebagaimana beliau membuat keputusan untuk meletak jawatan ..yang mengambil masa agak lama…kerana beliau perlu memikirkan yang terbaik untuk negeri Sarawak. Apa pun yang diperkatakan terhadap beliau majoriti rakyat Sarawak menyanyangi dan mengasihi Pehin Sri Taib di atas sumbangan nya terhadap pembangunan negeri Sarawak. Mungkin ada rakan-rakan dari Semenanjung yang agak terkejut dengan kenyataan beliau ‘Sarawak for Sarawakian’ dan tidak membenarkan UMNO melebar sayapnya ke Sarawak . Pehin Sri Taib bukan hendak bersikap kenegerian tetapi beliau mahukan Sarawak ditadbir urus sendiri oleh anak negeri Sarawak . Pada hemat aku..keenggaan beliau menerima UMNO ke Sarawak ialah cukup lah UMNO menjadi tunjang BN di Malaysia tanpa perlu membuka sayapnya ke Sarawak. Di Sarawak parti PBB sudah cukup untuk menampung kehendak dan keperluan kaum Bumiputera yang disokong serta didokong oleh dua Dayak-based party..iaitu PRS dan SPDP dengan kaum Cina diwakili oleh SUPP.

Pemilihan Tan Sri Adenan Satem sebagai Ketua Menteri Sarawak yang kelima dikatakan sebagai tepat kerana beliau merupakan ahli politik yang berpengalaman luas dan juga mempunyai ciri-ciri yang amat diperlukan oleh Pehin Sri Taib untuk meneruskan kesinambungan agenda negeri Sarawak. Tan Sri Adenan Satem seorang tegas dan pada masa yang sama mampu memperkukuhkan parti PBB. Di anggap sebagai unifying politician selain mampu mempertahankan hak-hak negeri Sarawak menjadikan beliau pilihan utama Pehin Sri Taib ke atas dua lagi calon, iaitu Datuk Amar Abang Johari Openg dan juga Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan. Sepertimana yang diperkatakan oleh seorang rakan, Pehin Sri Taib is a very tactical politician and we will never know his next move ternyata benar dan pemilihan Tan Sri Adenan Satem adalah tepat sekali. Reaksi pemimpin-pemimpin parti komponen dan juga rakan dalam parti PBB membuktikan pemilihan Pehin Sri Taib mendapat restu dan dipersetujui oleh banyak pihak. Tan Sri Adenan Satem merupakan anak Melayu pertama menjadi Ketua Menteri Sarawak yang sebelum ini diduduki oleh kaum Iban dan juga Melanau. Berusia 68 tahun dan mencebur diri dalam politik sebagai ADUN dan juga Ahli Parlimen sejak tahun 1979 beliau dijangka akan meneruskan segala perancangan dan agenda pembangunan negeri Sarawak. Tan Sri Adenan Satem juga secara automatiknya menjadi Pemangku Yang Di Pertua PBB dan pastinya menggalas tugas yang amat berat mengepalai BN negeri Sarawak dalam pilihan raya negeri akan datang.


TAHNIAH sekali lagi Tan Sri Adenan Satem . Semoga Tan Sri terus cemerlang membangunkan negeri yang tercinta .Terima Kasih Pehin Sri Taib. Woooooohaaaaaaa!!..Nyak aja jako aku.