Monday, November 12, 2012

Malaysia Semakin Membangun dan Maju?

Tun Dr. Mahathir mengimpikan Wawasan 2020 akan menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020    dan kini hanya tinggal lapan tahun lagi..ke arah itu..walaupun sebenarnya ..Malaysia sudah begitu maju..

Mungkin ramai tak percaya bila aku kata Malaysia sudah begitu maju...sebab ramai tahu masih banyak lagi kawasan yang tidak mempunyai infrastruktur yang lengkap seperti..kemudahan air bersih, bekalan elektrik 24 jam dan juga jalan raya..sebenarnya aku nak kata kita sudah maju dari segi sikap kita..dan cara hidup masyarakat kita yang sudah jauh berubah..

Malaysia sudah membangun dan maju dari segi sikap biadap dan kurang ajar ..terutamanya kepada ibu bapa dan juga guru..sebab itu lah semakin banyak rumah kebajikan orang-orang tua dibina..kerana semakin ramai ibu bapa ditinggalkan anak-anak di rumah orang-orang tua dalam abad ini. Itu ibu bapa yang dianggap bertuah kerana di hantar anak-anak ke rumah orang tua...bagaimana pula ibu bapa yang ditinggalkan begitu sahaja tanpa dipedulikan oleh anak? Malah ada kes ibu bapa ditinggalkan di tepi jalan..sahaja. Nak salahkan siapa? Anak-anak? Sebenarnya anak-anak tidak bersalah kerana anak-anak mencontohi tauladan yang diajar oleh ibu bapa itu sendiri. Semasa mereka masih kecil, ibu bapa menghantar mereka ke rumah asuhan atau ke rumah penjaga kanak-kanak..atau mengupah amah untuk menjaga mereka..semua makan minum, pakai..diuruskan oleh penjaga rumah asuhan atau amah. Itulah kehidupan mereka seharian, rutin hidup yang mereka jalani sehingga mereka mampu berdikari. Alasan ibu bapa..mereka mencari nafkah..mencari rezeki..terpaksa bekerja kuat untuk kehidupan yang selesa..dan tiada masa untuk menjaga makan minum, pakai..serta membesarkan mereka.. tidak dinafikan mereka beri kasih sayang sepenuhnya..apa sahaja anak mereka minta..semua dapat...jadi..bila anak-anak dah besar dan ada kerja dan keluarga sendiri...mereka pun tak ada masa nak jaga mak bapak mereka..mereka pun nak cari rezeki..kerja kuat..untuk hidup selesa dan senang...dan mereka cukup sayang dengan mak bapak mereka sebab itu mereka (mak bapak) dihantar ke rumah orang-orang tua agar dapat dijaga dengan baik dari segi pakaian dan juga makan minum. Adil kan?

Kurang ajar dan biadap kepada guru? Sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat hari ini. Dalam tahun 60an..jika seorang murid dirotan oleh gurunya kerana tidak membuat kerja rumah...emak bapak akan tambah lagi hukuman bila sampai di rumah...tapi dunia hari ini..sungguh berbeza...jika perkara itu berlaku hari ini..guru tersebut mungkin disaman oleh mak bapak murid berkenaan atau pasti mendapat balasan daripada murid berkenaan..kenapa semua ini berlaku? Murid sekolah atau pelajar..biadap dan kurang ajar kerana maka bapak sendiri yang terlalu manjakan anak-anak mereka...hinggakan orang lain nak mendidik pun payah. Betul kan?

Budaya sopan santun dah dianggap kolot pada zaman ini!. Tengok la dalam kampung-kampung Melayu..mana-mana ada anak-anak, remaja atau belia yang nak minta izin..membongkok..masa nak lalu di hadapan orang yang lebih tua! Kalau buat macam tu..harus kena gelak..kerana kita sudah membangun dan maju..hingga tak terlarat nak mendidik atau mengajar anak erti kesopanan ..erti kesantunan.atau cara menghormati orang yang lebih tua..terutamanya dalam majlis keraian...kita dah majukan? Sebab itu jugalah tiada segan silu bagi anak-anal lelaki untuk membawa teman wanita nya balik rumah atau anak perempuan membawa teman lelaki balik rumah...kan? sudah menjadi satu trend atau satu budaya hidup...anak-anak membawa girlfren aau boyfren dalam majlis-majlis keluarga..seolah-olah jadi satu kebanggaan pulak kepada ibu bapa zaman ini... kalau ini berlaku pada zaman dulu...aku pasti anak-anak tersebut sudah kena hukum. Salah siapa? Semuanya kerana kita nak maju..kita nak membangun hingga terlupa mendidik anak-anak kita ketertiban dalam masyarakat..konon nya keluarga yang moden..konon nya keluarga yang berpelajaran..konon nya keluarga yang berfikiran terbuka...semua nak buka...kan? Jangan salahkan anak-anak...salahkan diri kita sebagai mak bapak dan juga masyarakat yang sudah lupa untuk menegur!.

Orang Malaysia juga sudah maju...maju dari segi membuat fitnah dan juga membangun dari segi berjaya memecahbelahkan orang Melayu. Dulu nak dengar orang politik Melayu memburuk atau mengaibkan orang Melayu..sukar..tetapi..hari ini tiap hari..pasti ada pemimpin politik Melayu memburuk dan mengaibkan lawan politik mereka..melalui apa sahaja saluran...tidak mustahil orang-orang Melayu..bukan sahaja hilang agama mereka..tetapi juga akan hilang identiti diri mereka...kerana perpecahan dikalangan orang Melayu sudah begitu kronik...maka jangan salahkan bangsa lain jika orang Melayu sekali lagi akan menjadi hamba di bumi sendiri..jangan salahkan orang lain jika Melayu terus dijajah ..dari segi minda dan ekonomi...jangan salahkan bangsa lain..jika Melayu mengemis di bumi sendiri...kerana demi kemajuan..demi pembangunan..Melayu sudah hilang fokus..sudah hilang matlamat semata-mata untuk berkuasa..Melayu UMNO, Melayu PKR dan Melayu PAS sudah tidak mampu duduk semeja membincangkan agenda Melayu...kerana setiap satu mempunyai kepentingan politik masing-masing!. Jadi salah siapa jika Malaysia tergadai ke tangan kuasa asing!





No comments:

Post a Comment