Wednesday, July 1, 2015

#SehatiSejiwa .. Malaysia Tanah Airku..

Aku sangat suka dengan tema Hari Kebangsaan 2015 #SehatiSejiwa kerana ia merupakan satu usaha untuk menyatupadukan rakyat yang sudah mula berpecah belah akibat fahaman politik yang keterlaluan serta sikap ekstrimisme yang semakin menjadi-jadi. Berdasarkan tema #SehatiSejiwa ianya ‘cerminan ruh kesepaduan, kesefahaman dan kemanusiaan seluruh rakyat kepada Malaysia Negara yang tercinta’. #SehatiSejiwa juga garapan untuk ‘setiap lapisan masyarakat Malaysia akan terus menyatupadu kita tanpa mengira garis sempadan nautika lautan, susur galur keturunan, kepercayaan, adat resam dan negeri kelahiran’. Jika aku amati benar-benar dua pernyataan itu.. hati aku berbunga-bunga penuh dengan kebanggaan … syukur Alhamdulillah kerana dilahirkan sebagai rakyat Malaysia .. pun begitu aku masih rasa terkilan ..kerana masih wujud manusia yang hidup dalam tempurung..dikelilingi hutan dara … hingga tak sedar negeri Sarawak dan Sabah itu juga sudah membangun .. seiring dengan tanah Malaya .. walaupun tidak se gah … masih ada lagi yang tidak henti-henti menghina, mencerca kehidupan anak peribumi Sarawak dan Sabah .. menghina negeri ..adat dan resam budaya yang diamalkan .. rasanya aku dah buat laporan polis banyak kali jugak .. tapi … aku nie hanya orang kecil..orang jalanan … nie ada daknya nak ambik peduli …. (mana ada orang nak ambil tindakan).. aku pun tak tau nak kata apa kepada jenis golongan manusia yang suka membuat onar dan kekecohan sebegini .. adakah mereka benar-benar tidak tahu disebabkan kedunguan ..kebebalan dan kebodohan mereka .. atau mereka sengaja ingin membuat provokasi terhadap anak-anak peribumi Sabah dan Sarawak ?? .. apapun.. bagi aku mereka hanya parasit yang kecil bilangan nya berbanding jutaan manusia yang lebih bertamadun …

Pada aku #SehatiSejiwa diperlukan dalam negara ini kerana semakin ramai yang bersikap terlalu taksub dan ekstrim hinggakan setiap inci pergerakan dan perbuatan dikaitkan dengan keagamaan .. malah ada yang cukup bahlul dan paloi (bahasa Sarawak untuk bodoh) mengaitkan senaman ringan sebagai usaha untuk mengkristianisasikan pelajar-pelajar Islam!! Begitu ekstrim dan pendeknya akal manusia ini sehingga sebuah Salib di gereja dikatakan boleh menganggu gugat akidah anak-anak mereka ..hanya dengan melihatnya!! Aku setiap hari melihat Salib dalam perjalanan ku berulang alik dari sekolah dari Darjah Satu … dan kemudian mengajar sebagai guru sementara dalam sebuah gereja (kerana kekurangan tempat di sekolah berkenaan) selama setahun .. dan memasuki gereja bersama rakan-rakan Kristian … tidak sekelumit pun perasaan ku terganggu .. atau timbul keinginan untuk menukarkan agama ku !! .. kerana aku pasti sudah tercatit dalam Rukun Negara yang setiap hari dilafazkan dari Darjah 1 hingga tamat pengajian..hingga ke hari ini … diucapkan Belief In God ..Kepercayaan Kepada Tuhan yang secara mudahnya mengatakan Ugama Islam Ugama Rasmi Persekutuan tetapi agama-agama lain boleh diamalkan di negara ini . Kenapa kita perlu takut pada agama atau kepercayaan orang lain? Rapuhnya pegangan kepercayaan seseorang itu jika iman dan akidahnya boleh goyah hanya semata-mata melihat salib .. atau melihat sebuah gereja dalam kawasan mereka… sikap ekstrimisme inilah yang sepatutnya dibendung ..oleh pihak yang bertanggungjawab.. agar tidak wujud kumpulan ekstrimis yang sengaja ingin memporak perandakan masyarakat kita … sikap pelampau yang sentiasa melihat ancaman dari agama lain .. sedangkan yang melemahkan akidah dan memporak perandakan iman mereka ialah kelemahan mereka sendiri .. sepertimana sebahagian daripada masyarakat kita yang sering menyalahkan cara wanita berpakaian menjadi penyumbang kepada jenayah rogol … bukan kah satu pandangan atau persepsi yang ekstrim… walhal jenayah rogol berlaku kerana seseorang itu gagal mengawal atau menahan nafsu serakah mereka .. sehinggakan bayi berumur 3 tahun pun boleh nampak seksi dan menghairahkan .. dan menjadi mangsa kebuasan nafsu mereka …


Maka roh kesepaduan #SehatiSejiwa perlu diperkukuhkan …. dengan setiap dari kita menerima dan menghayati apa erti sebenar #SehatiSejiwa .. sepatutnya sudah tidak ada lagi ungkapan seperti ‘selamat datang ke Malaysia’ ..oleh rakan dari tanah semenanjung kepada rakan dari Sarawak atau Sabah .. atau ucapan seperti ‘seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak’oleh penyiar atau mana-mana pihak yang membuah hebahan… setiap warga harus dididik di peringkat awal lagi apa itu Malaysia … dan bagaimana Malaysia itu sebuah negara yang wujud dari gabungan tiga wilayah, yakni Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak .. dan pihak berwajib perlu berusaha untuk menjadi hari sambutan kemerdekaan itu ditetapkan pada hanya satu tarikh sahaja ..iaitu kewujudan Malaysia. Roh kesepaduan ini perlu diterapkan .. bermula diperingkat Tadika lagi … penyatuan perlu bersifat universal agar generasi akan datang lebih terarah kepada pembinaan negara bangsa yang satu .. dan bukan berlandaskan ethnic, budaya atau keagamaan .. kerana sesungguhnya .. masih ramai warga negara ini yang sangat sayangkan Malaysia … Negara ini tidak memerlukan golongan ekstrim dalam apa jua bentuk pun..samada agama, bangsa ataupun politik .. negara ini milik kita semua dan bukan milik satu kaum sahaja.. boleh dikatakan 99 peratus daripada kita lahir disini .. samada Melayu, Cina, India, Melanau, Iban, Kadazan, Murut dan sebagainya …. Tidak perlu lagi diagung-agungkan tempat asal nenek moyang kita dulu.. kerana sebenarnya .. Malaysia inilah satu-satunya negara kita … Malaysia Tanah Airku ..

No comments:

Post a Comment